Part of My Task (4)

with No Comments

Hari ini UTMDigital menerima lawatan dari Bahagian Pengurusan Teknologi dan Maklumat, Kementerian Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengenai Pelaksanaan dan Penggunaan Sistem Kehadiran Face Recognition di UTMKL.

Part of my task menyediakan teks ucapan Pengarah/CIO.

……………………………………………………………

UCAPAN ALUAN PENGARAH UTMDIGITAL [LAWATAN MESTECC]

Tarikh:  20 Februari 2020

 

Bismillahirahmannirahim..

Yang dialu-alukan delegasi dari Mestecc yang diketuai oleh Encik Johari bin Hashim dan rakan-rakan UTMDigital sekelian. Assalammualaikum wbt.

 

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT di atas kurniaanNya mengizinkan kita berjumpa di sini dalam program lawatan Pelaksanaan dan Penggunaan Sistem Kehadiran Face Recognition di UTM Kuala Lumpur.

 

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran delegasi dari Bahagian Pengurusan Teknologi dan Maklumat, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Mestecc).

 

Untuk makluman tuan puan, Sistem Face Recognition ini telah digunakan di UTM Skudai pada awal tahun 2018 dan diwar-warkan semasa kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menyampaikan Syarahan Perdana sempena MJIIT Japan Day 2018 dan perasmian Residensi UTMKL pada 23 September 2018. UTMDigital sentiasa menambahbaik Sistem Face Recognition ini dengan kerjasama dari syarikat pembekal dan kami menerima maklum balas yang baik dari warga kampus UTM melalui aduan dari masa ke semasa.

 

Kita masih di peringkat permulaan era yang baharu dengan kemunculan big data, IoT, keselamatan siber, blockchain, cloud computing dan pengenalan wajah (facial recognition) yang merupakan aspek utama membawa perubahan persekitaran. Industri tempatan harus mengambil peluang dan inisiatif untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan di dalam dunia digital agar terus relevan sepanjang zaman.

 

Saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kesudian pihak Mestecc mengadakan lawatan ke UTM Kuala Lumpur.  Harapan saya semoga program lawatan ini sebagai satu platform kerjasama antara Mestecc dan UTMDigital memandangkan aspek perubahan dan perkembangan Digital memainkan peranan penting di Malaysia masa kini.

 

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah wasalammualaikum wbt