What a MCO life.. tiket dah beli, terjah juga ke Penang. Kebetulan PKPB belum diisytihar, tapi sentiasa hati-hati dan mengikut SOP. Solo birthday trip, tak berani nak ajak mom dan birthday 6 Oktober pada hari biasa. Sedih sikit sebab flight re-timed dan take off jam 6.30pm. Plan aktiviti terpaksa dikurangkan, yang penting kali ni nak merasa nasi kandar. Hujan renyai maghrib usai tiba di airport Penang terus check in Hotel Royale Chulan (RM160/night) berdekatan Pengkalan Weld. Great greetings by staff dan diaorang hantar 1 slice pandan cake & wish me birthday! Thanks guys~ Sebelum naik kereta Grab dari airport, me dah order food panda – nasi kandar Kampung Melayu. Timing bagus, sampai je hotel nasi dah ada. Malam tak jadi keluar sebab hujan makin lebat.
7 Oktober 2020: Bangun subuh, hujan masih renyai. Tak banjirkah Penang? risau jugak nak pi jalan-jalan satgi. Selepas breakfast terus keluar ke Hard Rock Hotel Penang, beli souvenir bos & bf kirim and me 2 tshirts 🙂 hadiah untuk diri sendiri. Lama jugak sebab tiba awal dah terpacak depan pintu Hard Rock Shop jam 9.50pagi. Tengahari masih lagi hujan, makin lebat. Naik Grab terus menuju ke Hameediyah Nasi Kandar dan redah hujan renyai ke Chowrasta, bungkus laksa Mamu. Sempat beli jeruk Pak Ali sebelum balik hotel. Late check out jam 4.00 petang dan terus ke airport. Sambil menunggu boarding, makan laksa di Dunkin Donut. Moga tahun depan birthday lebih aman dan tiada pandemik lagi.