{"id":893,"date":"2019-12-15T15:52:09","date_gmt":"2019-12-15T07:52:09","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/yathashim\/?p=893"},"modified":"2020-02-02T15:54:21","modified_gmt":"2020-02-02T07:54:21","slug":"part-of-my-task-3","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/yathashim\/893\/2019\/","title":{"rendered":"Part Of My Task (3)"},"content":{"rendered":"<p>Setiap kali Majlis Penganugerahan Staf (Terukir Di Bintang), saya diberi tanggungjawab untuk menyediakan teks ucapan Pengarah\/CIO. Hasil dari carian beberapa teks ucapan Menteri\/Naib Canselor dapatlah sedikit info untuk rujukan dan panduan.Majlis kali ini diadakan pada sebelah petang (Hi-Tea) di Impiana Hotel, Senai Johor dan dihadiri hampir keseluruhan pegawai dan staf sokongan Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Alhamdulillah.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Tahniah kepada penerima anugerah.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;&#8212;<\/p>\n<p><strong>TEKS UCAPAN PENGARAH\/CIO \u2013 12 Disember 2019<\/strong><\/p>\n<p>Bismillahirahmanirrahim.<\/p>\n<p>Terima kasih kepada pengacara majlis.<\/p>\n<p>Terlebih\u00a0 dahulu\u00a0 marilah\u00a0 kita memanjatkan kesyukuran\u00a0 ke\u00a0 hadrat Allah Subhanahu Wata\u2019ala (SWT) kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul di Majlis Penghargaan dan Kecemerlangan Staf Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.<\/p>\n<p>Terima\u00a0 kasih\u00a0 saya\u00a0 ucapkan kepada urusetia yang telah bertungkus lumus untuk menganjurkan majlis ini dan kepada semua staf yang meluangkan masa hadir walaupun ada kekangan dan kesibukan tugas masing-masing.<\/p>\n<p>Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada usaha, kudrat dan pengorbanan semua staf secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu pencapaian CICT sehingga ke tahap ini.\u00a0 Banyak perubahan, cabaran dan kejayaan yang telah kita harungi bersama. Tahniah atas sumbangan dan kesungguhan anda semua.<\/p>\n<p>Kebolehan pegawai dan kakitangan CICT hendaklah sentiasa dibentuk dan digilap supaya terus bersinar serta kompetensi\u00a0 mereka\u00a0 terus\u00a0 ditingkatkan\u00a0 untuk\u00a0 menjamin kecemerlangan organisasi.<\/p>\n<p><em>No one should sell themselves short. Each and everyone of us can be that glimmers of inspiration.So don\u2019t be just a rock when you really are a gem.\u00a0 A gem cannot be polished without friction, nor man perfected\u00a0 without trials.<\/em><\/p>\n<p>Justeru, saya berharap\u00a0 agar penerima anugerah pada tahun ini sebagai pembakar semangat kepada semua warga CICT\u00a0 yang\u00a0 lain\u00a0 untuk\u00a0 mereka memangkin\u00a0 kecemerlangan dalam pelbagai\u00a0 aspek\u00a0 sama\u00a0 ada\u00a0 dalam\u00a0 penjalanan\u00a0 tugasan\u00a0 harian mahupun\u00a0 sahsiah, sekaligus mewujudkan\u00a0 satu\u00a0 persekitaran persaingan yang positif.<\/p>\n<p>Akhir\u00a0 kata, sekalung\u00a0 tahniah\u00a0 saya\u00a0 ucapkan\u00a0 sekali\u00a0 lagi kepada penerima Sijil Anugerah dan penghargaan atas kecemerlangan yang telah ditunjukkan. Saya amat-amat berharap\u00a0 agar\u00a0 budaya\u00a0 dan\u00a0 momentum\u00a0 kecemerlangan\u00a0 yang telah tuan-tuan\u00a0 dan\u00a0 puan-puan kecapi ini akan\u00a0 diteruskan\u00a0 dari semasa ke semasa<\/p>\n<p>Saya menyeru kepada seluruh warga CICT agar menjadikan kecemerlangan rakan-rakan seperjuangan\u00a0\u00a0 tuan-tuan\u00a0\u00a0 dan\u00a0\u00a0 puan-puan\u00a0\u00a0 sebagai\u00a0\u00a0 pembakar semangat dalam meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan pada tahun ini dan juga tahun-tahun mendatang.<\/p>\n<p>Jadikan tahun 2020 \u201cthe year of success and the year of impressive result\u201d!<\/p>\n<p>Sekian,<\/p>\n<p>Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiap kali Majlis Penganugerahan Staf (Terukir Di Bintang), saya diberi tanggungjawab untuk menyediakan teks ucapan Pengarah\/CIO. Hasil dari carian beberapa teks ucapan Menteri\/Naib Canselor dapatlah sedikit info untuk rujukan dan panduan.Majlis kali ini diadakan pada sebelah petang (Hi-Tea) di Impiana &hellip; <a href=\"https:\/\/people.utm.my\/yathashim\/893\/2019\/\">Read More<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":14467,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-893","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/yathashim\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/893","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/yathashim\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/yathashim\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/yathashim\/wp-json\/wp\/v2\/users\/14467"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/yathashim\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=893"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/yathashim\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/893\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/yathashim\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=893"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/yathashim\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=893"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/yathashim\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=893"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}