Sesi Perkongsian Penggunaan Webometric

30 Julai 2023, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah mengadakan satu bengkel sesi perkongsian tentang penggunaan Webometric di UTM khusus bagi Program Harta Tanah dan Pentadbiran Tanah. Bengkel ini dijalankan di Blok B08, UTM dan berlangsung selama 1 jam bermula dari pukul 9.00am hingga 10.00am. Bengkel ini telah mendapat penglibatan antara pensyarah seramai 13 orang.

Terima kasih kepada Dr Wan Ibrisam kerana sudi menjadi key-note speaker bagi bengkel ini.

Webometric berfungsi sebagai satu platform bagi semua pensyarah untuk membuat sebarang perkongsian termasuklah aktiviti-aktiviti harian,bengkel,seminar, nota, pengalaman, dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, platform ini berfungsi seakan-akan Linkedin, Facebook, Insta dan lain-lain. Walaubagaimanapun, webometric ini seharusnya digunakan sebaiknya untuk kebaikan dan manfaat kepada semua orang, elakkan untuk berkongsi sebarang isu-isu yang sensitif dan tidak benar.

Selain itu, Webometric juga boleh bertindak sebagai satu pencapaian di dalam e-Lppt sebanyak 5 mata maksimum. Malah, penulisan di dalam Webometric juga akan diambil kira untuk permohonan kenaikan pangkat.

Kesimpulannya, Webometric ini dapat memberikan kebaikan dan manfaat bagi penulis dan pembaca.

Sekian, terima kasih.


Posted

in

by

Tags: