Jenis Bumbung Rumah Kediaman

Assalamualaikum…
Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk berkongsi lagi tentang rekabentuk kediaman. Namun kali ini yus akan berkongsi mengenai jenis-jenis bumbung yang sesuai dipraktikkan di kediaman anda lebih-lebih lagi untuk mereka yang akan mendirikan rumah kediaman dari tanah yang kosong. Pastinya rekabentuk rumah kediaman anda memerlukan rekabentuk yang menarik di samping kewujudan bumbung bagi memenuhi keperluan dan fungsi ruang di dalam rumah.

Bumbung merupakan satu komponen struktur bangunan yang paling atas dan berbentuk rata ataupun curam. Struktur bumbung dibina daripada kayu, keluli atau konkrit adalah untuk menanggung beban diri, beban penutup bumbung dan beban angin.

Manakala penutup bumbung terdiri daripada kepingan zink, konkrit, aluminium, kepingan kayu, genting serta polycarbonate.


Rakan senibina anda,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS


Posted

in

by

Tags: