
Projek-projek perumahan baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Rata-rata rekabentuk dalaman ruang bagi perumahan-perumahan baru ini adalah secara memanjang tanpa apa-apa sekatan. Ketiadaan pengkhususan ruang seperti ruang tamu, ruang makan, ruang masak dan ada juga melibatkan ruang rehat keluarga menyebabkan ramai pemilik rumah menjadi bingung dan ketetapan ruang dalam rumah menjadi lebih serabut.
Jom Yus kongsikan beberapa idea tatahias rumah memanjang dalam entri kali ini.
Solusi Rumah Memanjang | Panduan Rekabentuk (yusnorsyazanayunos.blogspot.com)
Tips ini pastinya telah diketahui umum bagi rumah yang berkeluasan sempit dan kecil. Walau bagaimanapun, ia juga boleh digunakan untuk rumah yang memanjang bagi mendapatkan kesan luas di antara dinding ruang tamu. Apabila ruang-ruang telah dibezakan fungsi (seperti yang dicadangkan di atas), masih terdapat ruang yang memerlukan ‘ruang lega’ seperti ruang tamu dan ruang makan untuk seisi keluarga.
Mahukan lagi tips dan panduan rekabentuk rumah kediaman anda? Kita bertemu lagi di entri seterusnya.
Salam Rakan Senibina anda,
YUSNORSYAZANA MOHD YUNOS