Coronavirus dan Projek Angkasa Lepas

Wabak Coronavirus telah melumpuhkan industri penerbangan di banyak negara. Di negara kita Air Asia dan Malindo terjejas teruk. Selain sektor penerbangan penumpang, Coronavirus turut memberi kesan kepada industri penerbangan angkasa lepas. Syarikat Bigelow Aerospace (BE) yang berpengkalan di Nevada AS telah memberhenti kesemua 68 pekerja mereka pada hujung Mac 2020. BE berperanan membantu NASA dengan membekal modul spacecraft aksesori yang dipasang kepada ISS. Modul tersebut diguna sebagai ruang store tambahan dan juga ruang bekerja ketika berada di angkasa lepas.

Menurut pemilik BE tindakan drastik menghenti pekerja terpaksa diambil apabila Gabenor Nevada mengisytihar syarikat aerospace tidak dibenar beroperasi sepanjang adanya wabak Covic-19 ini. Gabenor Nevada mengkelasifikasi BE sebagai industri aerospace dan tergolong sebagai industri bukan keperluan.

Dalam perkembangan lain NASA akan terus menggunakan teknologi yang dicadang oleh BE. NASA memutuskan untuk menyalur peruntukan kepada sebuah lagi syarikat pembekal iaitu Axiom Space. Mereka akan melancar modul bakal dibangun Axiom Space menjelang tahun 2024.

Modul yang dibangun Bigelow Aerospace pada 2014

Modul Bigelow Aerospace diguna pakai oleh ISS pada 2016mm

– – – – –

Speak Your Mind

*