Tokoh Kartografi dan Geografi Al-Idrisi (1100-1165)

Al-Idrisi dikenali sebagai seorang ahli geografi dan kartografi silam yang tersohor. Beliau merupakan orang yang terawal menghasilkan peta dunia. Beliau menghasilkan peta tersebut hasil kerja pelayaran yang dilakukan sekitar kurun ke-12.

Nama penuh al-Idrisi Abu Abdullah Muhammad al-Idris. Beliau lahir pada 1100 di kota Sabta atau Ceuta, Morocco. Tahun kelahiran al-Idrisi adalah setahun setelah berakhirnya Perang Salib Pertama iaitu pada 1099. Beliau dari keluarga kaya dan berharta. Maka pada usia belasan tahun lagi beliau telah mampu mengembara melihat negara luar. al-Idrisi telah menjelajah Lisbon  dan kemudian ke Cordoba dan seterusnya ke Damsyik Syria.

Ketokohan al-Idrisi sebagai pengembara telah sampai kepada pengetahuan King Roger II, pemerintah kerajaan Norman Sicily. Roger II mula memerintah Sicily pada tahun 1112. Pada ketika itu Roger II berusia 16 tahun. Bermakna Roger II dan al-Idrisi hampir sebaya umur.

Pada tahun 1138 King Roger II telah menjemput al-Idrisi datang ke Sicily. Roger II mencadang al-Idrisi sebuah projek yang dinamai Nuzhat al-Mushtaq fi ikhtiraq al-afaq atau dalam english “The delight of he who desires to travel to the ends of the Earth”. Penjelajahan al-Idrisi bermula dari Canary Islands di barat sehinggalah ke Negeri China.

Penjelejahan al-Idrisi berjalan sama dengan period Perang Salib Kedua yang berakhir pada 1149. al-Idrisi meneruskan kerja keras beliau mengembara dan menghasilkan peta berdasarkan penjelejahan beliau. al-Idrisi juga mencatat segala hal pelayaran tersebut dalam sebuah buku yang dinamakan Book of Roger. Beliau mempersembahkan buku Book of Roger kepada King Roger II pada 1154.

Bibliotheca Paris – sebuah institusi yang menyimpan penerbitan bersejarah

– – – – –

Speak Your Mind

*