Mantan KPU (1924-2019)

Jupem dalam website mereka melapor bahawa Mantan Ketua Pengarah Ukur Dato’ Paul Foo telah meninggal dunia. Mendiang memegang jawatan KPU pada period September 1976 hingga March 1979.

– – – – –

The history of computer in celestial mechanics (2011)

Pemakaian komputer dalam bidang geomatik adalah satu yang sangat perlu. Pemakaian komputer amat relevan kerana geomatik melibatkan banyak kerja hitungan. Sebut sahaja apa bidang pun dalam geomatik – astronomi, geodesi, pelarasan spatial dan sebagainya pasti ada hitungan yang terlibat.

Berikut adalah satu contoh pemakaian komputer dalam bidang astronomi yang melibatkan celestial mechanic.

Satu tesis phd dalam sejarah bertajuk “Just a beginning: computers and celestial mechanics in the work of Wallace J Eckert” selesai pada 2011 lalu. Tesis oleh Allan Olley dikemuka ke Institute for History and Philosophy of Science, University of Toronto.

This thesis details and analyzes the interaction between computers and science in a particular case. The case is the career of Wallace J. Eckert (1902-1971). Eckert was a professor of astronomy at Columbia University and scientific researcher for IBM. He has received some attention in the history of computing for his significant work in machine computation in the 1930s and 1940s and was the foremost expert on lunar theory for much of his life.

Kandungan:

Introduction
The methods of celestial mechanics
Eckert before computer
Ever onward – Eckert at IBM
Eckert’s work on the SSEC
Eckert’s later work on lunar theory
Conclusion.

Royal Observatory

Source: Dell D – web fght – Ogos – Ogos G – french expedition

– – – – –

Geodesist Richard Rapp (1937-2020)

Richard “Dick” Henry Rapp, professor emeritus OSU telah meninggal dunia pada September 20, 2020 pada usia 83 tahun. Rapp memperoleh BSc dari Rensselaer Polytechnic Institute, MSc (OSU) 1961 dan PhD (OSU) pada 1964. Beliau memperolehi professor penuh di OSU pada 1971.

Antara penghargaan yang beliau terima adalah the University Distinguished Scholar Award pada 1986, dan the NASA Group Achievement Award to TOPEX/POSEIDON Mission Design pada 1993. mmm

Baca orbituary Rapp – link1.

Richard Rapp (1937-2020)

– – – – –

Artikel Geodesy for Gravity and Height System

Sebuah publication – A special issue of “Geodesy for Gravity and Height System” terbitan mdpi di bawah kategori Remote Sensing.

Ada beberapa artikel yang amat relevan dengan geodesi fizikal.

Source – link.

– – – – –

Koleksi Buku Surveying Perpustakaan Awam

Perpustakaan Awam adalah fasiliti yang yang disediakan oleh perbadanan perpustakaan setempat seperti kerajaan negeri dan majlis tempatan. Koleksi buku yang tersimpan di perpustakaan awam adalah berfokus untuk pembacaan umum. Maka majoriti buku yang ada adalah untuk pembaca dari kalangan orang awam.

Ada juga sedikit koleksi buku dengan judul surveying yang ditemui. Namun judul yang ada adalah buku terbitan lama yang sudah obsolete kandungannya.

Sedikit buku surveying di Librari Raja Tun Uda

– – – – –

Recent articles on geoid

Berikut adalah beberapa artikel jurnal terkini berkaitan dengan geodesi fizikal;

“An alternative approach to generate temporal geopotential models similar to GRACE”. Survey Review, Vol 52, Issue 374, 2020.

“The impact of terrestrial gravity data density on geoid accuracy: case study Bilogora in Croatia. . Survey Review, Vol 52, Issue 373, 2020.

“The 5mm geoid model for Estonia computed by the least squares modified Stokes’ formula”. Survey Review, Vol 52, Issue 373, 2020.

“Study on the selection of optimal global geopotential models for geoid determination in Kuwait. Survey Review, Vol 52, Issue 373, 2020.

“Precise local quasigeoid modelling using GNSS/levelling height anomalies and gravity data. . Survey Review, Vol 52, Issue 370, 2020.

Accuracy on unmodified Stokes’ integration in the r-c-r procedure for geoid computation” by Zahra Ismail and Olivier Jamet. Journal of Applied Geodesy, 2015, 9(2). 22 pages. Link – hal.

“Hybrid geoid model theory and application in Brazil”. Anais da Academia Brasileira de Ciências (2017) 89(3): 1943-1959. (Annals of the Brazilian Academy of Sciences). Link – scielo.

“Evaluation of transition to updated regional Q-geoid model”. Latvian Journal of Physics and Technical Science, 2018. 11 m/surat. Link – sciencedo.

– – – – –

International Workshop on Geoid Calculation – West Uni

UTM berjaya mengendalikan KTH Geoid School sebanyak dua kali. Kali pertama pada 2012 dan berikutnya pada 2016. Sejak itu Geoid School tersebut telah tertangguh walaupun ada usaha penganjurannya di KTH dan juga oleh West Univ.

Usaha terkini adalah untuk penganjuran pada Aug 18 -20 di West University, Sweden. Namun oleh kerana pandemik Covid-19 yang belum mereda maka rancangan tersebut terpaksa dibatalkan.

Baca info mengenai penganjuran Geoid Shool di West Univ – link.

Foto ketika perasmian Geoid School KTH-UTM 2016

– – – – –

Prof Adam Chrzanowski (1932-2020)

Prof Adam Chrzanowski dari Dept of Geodesy & Geomatic Engineering UNB meninggal dunia pada Jun 12, 2020 lalu. Beliau merupakan professor yang menjadi salah seorang pelopor penubuhan GGE sekitar pertengahan 1960-an. Chrzanowski memeprolehi phd dalam surveying dan mining engineering dari Cracow Poland. Beliau mula bertugas di UNB pada 1966 dan terus berkhidmat di UNB hinggalah pada kematian beliau.

Baca – link (globe and mail).

Bersama Prof Adam Chrzanowski sewaktu beliau berkunjung ke UTM

– – – – –

Tokoh Kartografi dan Geografi Al-Idrisi (1100-1165)

Al-Idrisi dikenali sebagai seorang ahli geografi dan kartografi silam yang tersohor. Beliau merupakan orang yang terawal menghasilkan peta dunia. Beliau menghasilkan peta tersebut hasil kerja pelayaran yang dilakukan sekitar kurun ke-12.

Nama penuh al-Idrisi Abu Abdullah Muhammad al-Idris. Beliau lahir pada 1100 di kota Sabta atau Ceuta, Morocco. Tahun kelahiran al-Idrisi adalah setahun setelah berakhirnya Perang Salib Pertama iaitu pada 1099. Beliau dari keluarga kaya dan berharta. Maka pada usia belasan tahun lagi beliau telah mampu mengembara melihat negara luar. al-Idrisi telah menjelajah Lisbon  dan kemudian ke Cordoba dan seterusnya ke Damsyik Syria.

Ketokohan al-Idrisi sebagai pengembara telah sampai kepada pengetahuan King Roger II, pemerintah kerajaan Norman Sicily. Roger II mula memerintah Sicily pada tahun 1112. Pada ketika itu Roger II berusia 16 tahun. Bermakna Roger II dan al-Idrisi hampir sebaya umur.

Pada tahun 1138 King Roger II telah menjemput al-Idrisi datang ke Sicily. Roger II mencadang al-Idrisi sebuah projek yang dinamai Nuzhat al-Mushtaq fi ikhtiraq al-afaq atau dalam english “The delight of he who desires to travel to the ends of the Earth”. Penjelajahan al-Idrisi bermula dari Canary Islands di barat sehinggalah ke Negeri China.

Penjelejahan al-Idrisi berjalan sama dengan period Perang Salib Kedua yang berakhir pada 1149. al-Idrisi meneruskan kerja keras beliau mengembara dan menghasilkan peta berdasarkan penjelejahan beliau. al-Idrisi juga mencatat segala hal pelayaran tersebut dalam sebuah buku yang dinamakan Book of Roger. Beliau mempersembahkan buku Book of Roger kepada King Roger II pada 1154.

Bibliotheca Paris – sebuah institusi yang menyimpan penerbitan bersejarah

– – – – –

Antara Sumbangan Astronomi al-Biruni

Masalah astronomi yang cuba diselesaikan oleh al-Biruni ialah masalah berkaitan dengan pergerakan apogee dan kaitannya dengan perubahan hari dalam setahun. Penyelesaian al-Biruni dianggap terbaik kerana ada unsur baharu (novelty) dalam teori yang beliau ketengahkan. Teori beliau adalah kali pertama mengenengahkan konsep pecutan sebagai subjek analisis matematik.

Perlu juga baca “Al-Biruni and the theory of solar apogee: an example of originality in Arabic Science”. Artikel oleh Willy Hartner dan Matthias Scramm dalam Scientific Change, Oxford 1961.

Sebuah buku tentang al-Biruni

– – – – –