{"id":1055,"date":"2011-04-08T02:40:14","date_gmt":"2011-04-08T02:40:14","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/\/?p=1055"},"modified":"2011-04-08T02:40:14","modified_gmt":"2011-04-08T02:40:14","slug":"menyuburkan-ekosistem-inovasi-tanpa-halangan-birokrasi-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/2011\/04\/08\/menyuburkan-ekosistem-inovasi-tanpa-halangan-birokrasi-2\/","title":{"rendered":"Menyuburkan ekosistem inovasi tanpa halangan birokrasi"},"content":{"rendered":"<h2><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/bharian\/articles\/Menyuburkanekosisteminovasitanpahalanganbirokrasi\/Article\">Berita Harian Rencana (Minda Lestari), Jumaat 8 April 2011<\/a><br \/>\n Oleh Prof. Dato&#8217; Ir. Dr Zaini Ujang (zaini@utm.my)<\/h2>\n<p><br class=\"spacer_\" \/><\/p>\n<p>APAKAH faktor terpenting pendorong inovasi dalam konteks negara  membangun seperti Malaysia? Apakah pendekatan lebih sesuai antara  &#8216;top-down&#8217; yang disokong kerangka perundangan, atau pendekatan pelbagai  hala organik yang lebih memberi penekanan kepada pembentukan ekosistem  inovasi?<\/p>\n<p>Demikian persoalan saya kemukakan pada persidangan Global Halal  Research bermula 6 April lalu di Kuala Lumpur. Persoalan itu juga  dibahaskan Prof Tony Sinskey daripada Massachussetts Institute of  Technology (MIT).<\/p>\n<div><a href=\"http:\/\/bs.serving-sys.com\/BurstingPipe\/adServer.bs?cn=brd&amp;FlightID=2342875&amp;Page=&amp;PluID=0&amp;Pos=7701\" target=\"_blank\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/bs.serving-sys.com\/BurstingPipe\/adServer.bs?cn=bsr&amp;FlightID=2342875&amp;Page=&amp;PluID=0&amp;Pos=7701\" border=\"0\" alt=\"\" width=\"400\" height=\"200\" \/><\/a><\/div>\n<p>Memang kepentingan inovasi sudah diterima umum sebagai  pemangkin  pertumbuhan ekonomi ketika ini. Inovasi menjana nilai baru yang memberi  ruang kepada penjanaan kekayaan baru dalam persekitaran ekonomi yang  semakin berdaya saing.  Persoalannya apakah pendekatan sesuai untuk  menyuburkan inovasi sehingga membuahkan hasil diharapkan?<\/p>\n<p>Tidak seperti Amerika Syarikat dan Jepun, pendekatan inovasi di  beberapa negara ekonomi bersaiz kecil, termasuk Malaysia diwarnai dasar  kerajaan. Dalam banyak hal, pembabitan kerajaan diperlukan untuk memberi  dorongan dan insentif baru bagi menggalakkan inovasi, khususnya inovasi  dalam konteks pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan  (R&amp;D).<\/p>\n<p>Hal ini   penerusan kepada pelbagai inisiatif dan dasar sebelumnya  yang mana peranan kerajaan adalah kritikal sebagai pendorong utama.  Dasar itu diterjemahkan dalam bentuk kerangka perundangan, agensi khas,  dana khusus dan penerusan menerusi pengembangan saiz sumber serta modal  insan.<\/p>\n<p>Persoalannya, apakah pendekatan sedemikian selari dengan penyuburan  ekosistem inovasi yang biasanya  bersikap bukan konvensional dan tidak  terancang? Apakah peranan langsung pihak kerajaan akan menggalakkan  hasil inovasi, atau menyukarkan lagi proses inovasi kerana rantaian  birokrasi yang semakin melebar? Apakah inovasi perlu direncana  sepenuhnya, atau dibiarkan berkembang selari dengan pengembangan  kreativiti dan penjanaan nilai tinggi?<\/p>\n<p>Dalam setiap sektor, termasuk industri halal yang ketika ini antara  keutamaan Malaysia, pendekatan inovasi perlu dilaksanakan dengan   fleksibel dan dinamik. Pada hemat Prof Sinskey, misalnya, formula  kejayaan sesuatu inisiatif berasaskan R&amp;D ialah 4P + 2I + 4T + 2S.       <br \/>\n P merangkumi pekerja, matlamat (purpose), paten dan program; 2I  adalah inovasi dan interdisciplinary; 4T pula ialah ketelusan, kebenaran  (truth), amanah (trustworthy) dan tepat masa (timely). Selain itu, 2S  adalah pelestarian dan saiz sesuai.<\/p>\n<p>Ketika memperihalkan kejayaan MIT sebagai antara pusat inovasi  utama di dunia ketika ini, Prof Sinskey meletakkan pekerja atau modal  insan yang mempunyai keinginan untuk berjaya sebagai faktor utama. Modal  insan sedemikian membolehkan kejayaan lain dicapai dengan mudah,  biarpun MIT tidak menyediakan kemudahan paling canggih, apatah lagi  sumber kewangan paling lumayan.<\/p>\n<p>Persoalan ini penting kita bahaskan kerana kerajaan pimpinan Datuk  Seri Najib Razak sedang melaksanakan transformasi menjadikan kreativiti  dan inovasi sebagai penjana nilai tinggi dalam Model Ekonomi Baru. Model  ekonomi itu memerlukan perubahan struktural dari segi modal insan dan  bentuk kegiatan ekonomi di Malaysia.<\/p>\n<p>Antara  nilai aspirasi terkandung dalam konsep 1Malaysia ialah  \u2018budaya inovasi\u2019. Dalam pengertian mudah, budaya inovasi merujuk kepada  kesediaan berubah, mencuba perkara dan cara baru dalam seluruh aspek  kehidupan untuk kemakmuran, kedamaian, kesenangan, kesejahteraan dan  kelestarian menerusi penyelesaian kreatif. Kreativiti membabitkan  pemikiran, idea dan gagasan baru. Sementara inovasi pula menjurus kepada  penambahbaikan dan penyesuaian kepada pemikiran, idea atau gagasan  sedia ada sehingga memberi nilai tambah baru yang boleh diguna pakai,  dimanfaatkan, dijadikan asas serta dasar lebih produktif, dan \u2013  bagi  sesuatu produk dan perkhidmatan \u2013  dikomersialkan.<\/p>\n<p>Dalam konteks institusi ilmu misalnya, kreativiti dan inovasi  membabitkan tiga peringkat iaitu (a) inovasi dalam organisasi secara  menyeluruh melibatkan fungsi, proses dan sistem organisasi (b) inovasi  dalam teras akademik iaitu pengajaran dan pembelajaran, R&amp;D dan  penerbitan melibatkan penjanaan dan perkembangan keilmuan yang membantu  menjana pertumbuhan ekonomi dan (c) inovasi memajukan hasil R&amp;D  bersama-sama pelbagai agensi luar bagi menjana kekayaan baru kepada  negara. Prinsipnya, kita perlu menyuburkan ekosistem inovasi bukan  merumitkan lagi birokrasi inovasi!<\/p>\n<p><strong>Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita Harian Rencana (Minda Lestari), Jumaat 8 April 2011 Oleh Prof. Dato&#8217; Ir. Dr Zaini Ujang (zaini@utm.my) APAKAH faktor terpenting pendorong inovasi dalam konteks negara membangun seperti Malaysia? Apakah pendekatan lebih sesuai antara &#8216;top-down&#8217; yang disokong kerangka perundangan, atau pendekatan pelbagai hala organik yang lebih memberi penekanan kepada pembentukan ekosistem inovasi? Demikian persoalan saya kemukakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":322,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":["post-1055","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article-in-press"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1055","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/users\/322"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1055"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1055\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1055"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1055"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1055"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}