{"id":1111,"date":"2011-04-22T04:17:05","date_gmt":"2011-04-22T04:17:05","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/\/?p=1111"},"modified":"2011-04-22T04:17:05","modified_gmt":"2011-04-22T04:17:05","slug":"penyertaan-aktif-masyarakat-mampu-melestarikan-alam-sekitar-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/2011\/04\/22\/penyertaan-aktif-masyarakat-mampu-melestarikan-alam-sekitar-2\/","title":{"rendered":"Penyertaan aktif masyarakat mampu melestarikan alam sekitar"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/bharian\/articles\/Penyertaanaktifmasyarakatmampumelestarikanalamsekitar\/Article\">Berita Harian &#8211; Rencana (Minda Lestari), Jumaat 22 April 2011<\/a><br \/>\nOleh Prof. Dato&#8217; Ir. Dr. Zaini Ujang (zaini@utm.my)<\/p>\n<p>SESI  bersama masyarakat adalah amalan dimulakan Datuk Seri Najib Razak  sejak minggu pertama beliau menjadi Perdana Menteri untuk meninjau  suasana sebenar  kehidupan rakyat. Menerusi sesi itu  masalah rakyat  dapat diselesaikan segera.<\/p>\n<p>Pada peringkat organisasi, ketua jabatan juga diminta melakukan  sesi lawatan lebih kerap secara tidak berjadual dan tanpa protokol. Ada  kalanya lawatan dibuat secara mengejut dan tidak dijangka. Selain   meninjau  perkembangan  sesebuah organisasi, lawatan  juga dapat  mengeratkan hubungan dengan  pekerja peringkat akar umbi dan penerima  perkhidmatan.<\/p>\n<p>Dalam konteks pengurusan alam sekitar, peranan masyarakat sangat  kritikal. Pada asasnya masyarakat mesra alam terbabit secara langsung  sebagai individu, kelompok atau institusi melaksanakan inisiatif  memulihara alam sekitar. Setidak-tidaknya, tidak mencemar  atau membuang  sampah merata tempat!<\/p>\n<p>Masyarakat Malaysia secara amnya, semakin prihatin terhadap alam sekitar.  <br \/>\n Kajian saya menunjukkan 20 peratus isu ditimbulkan  media massa  khusus dalam ruangan surat  berkaitan alam sekitar. Masyarakat  menyatakan masalah alam sekitar yang mereka hadapi, memberi cadangan  mengatasinya, malah ada juga menuding jari menyalahkan sesuatu pihak.<\/p>\n<p>Jika difahami, hal ini menunjukkan hasrat masyarakat  berperanan  aktif dalam menangani masalah alam sekitar dan jika hal ini difahami dan  diterjemahkan dalam konteks  proaktif, kita sebenarnya  mempunyai  \u2018polis\u2019 alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia yang  membantu agensi  awam menguruskan alam sekitar secara  lestari.<\/p>\n<p>Dasar penyertaan masyarakat semakin mendapat perhatian di serata  dunia dalam konteks mematangkan lagi sistem demokrasi. Mengikut model  Arnstein, penyertaan masyarakat terbahagi  lapan tahap. Tahap pertama  ialah manipulasi di mana masyarakat disuapkan dengan maklumat yang  ditapis dan terencana untuk mendapatkan persetujuan menerusi undi atau  pendapat umum.  <br \/>\n Tahap kedua ialah pendidikan alam sekitar berkaitan sebab musabab dan  kesan risiko menerusi media dan pendidikan formal. Tahap ketiga ialah  penjelasan sebenar secara saintifik, biarpun kadangkala ada kesan  sampingan. Kesan penerangan ini  sedikit sebanyak negatif dari segi  pelancongan atau persepsi umum tetapi menandakan dasar proaktif dan  telus. Selain itu, meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap  kesungguhan pihak berkuasa.<\/p>\n<p>Tahap keempat ialah perundingan dengan masyarakat mengenai sesuatu  isu berkaitan alam sekitar seperti sudah dilaksanakan di Malaysia dalam  konteks Kajian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA). Tahap kelima ialah  penyertaan langsung masyarakat dalam sesuatu inisiatif seperti penanaman  pokok, guna semula barang terpakai dan penurunan tahap pelepasan karbon  dalam industri.<\/p>\n<p>Tahap keenam ialah perkongsian bijak dalam  pembangunan, sesuai   situasi, keunikan dan kepelbagaian faktor  seperti eko-tourism dan  pertanian organik. Tahap ketujuh ialah penurunan kuasa (empowerment)  kepada industri, pertubuhan masyarakat dan individu   berperanan  sebaiknya dalam pembangunan mesra alam, misalnya dalam konteks teknologi  hijau dan penjimatan tenaga.<\/p>\n<p>Tahap kelapan ialah autonomi dengan memberi ruang sepenuhnya kepada  siapa saja untuk berperanan asalnya terangkum dalam kerangka dasar alam  sekitar.<\/p>\n<p>Menerusi sesi lawatan akar umbi, tahap penyertaan masyarakat dapat  dikenal pasti dan ditingkatkan. Rakyat berpeluang menunjukkan komitmen  mereka, sekali gus menyatakan dasar serta tindakan perlu dilakukan pihak  berkuasa.<\/p>\n<p>Sesi itu  dapat melihat sendiri  kelemahan  penyampaian  perkhidmatan. Kelemahan itu bukan disebabkan dasar atau peruntukan  kewangan tetapi  komitmen masih  rendah di kalangan  pelaksana dasar  atau pertindihan kuasa antara pelbagai agensi sehingga menyebabkan  masalah kecil memudaratkan alam sekitar , misalnya kualiti air dalam  longkang.<\/p>\n<p><strong>Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM).<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita Harian &#8211; Rencana (Minda Lestari), Jumaat 22 April 2011 Oleh Prof. Dato&#8217; Ir. Dr. Zaini Ujang (zaini@utm.my) SESI bersama masyarakat adalah amalan dimulakan Datuk Seri Najib Razak sejak minggu pertama beliau menjadi Perdana Menteri untuk meninjau suasana sebenar kehidupan rakyat. Menerusi sesi itu masalah rakyat dapat diselesaikan segera. Pada peringkat organisasi, ketua jabatan juga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":322,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[35,29],"tags":[],"class_list":["post-1111","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article-in-press","category-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1111","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/users\/322"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1111"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1111\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1111"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1111"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1111"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}