{"id":1117,"date":"2011-04-29T00:28:32","date_gmt":"2011-04-29T00:28:32","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/\/?p=1117"},"modified":"2011-04-29T00:28:32","modified_gmt":"2011-04-29T00:28:32","slug":"isu-kewangan-jejas-pengajian-tinggi-berkualiti-di-england-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/2011\/04\/29\/isu-kewangan-jejas-pengajian-tinggi-berkualiti-di-england-2\/","title":{"rendered":"Isu kewangan jejas pengajian tinggi berkualiti di England"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: left\"><span style=\"font-size: small\"><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/bharian\/articles\/IsukewanganjejaspengajiantinggiberkualitidiEngland\/Article\">Berita Harian Rencana (Minda Lestari), Jumaat 29 April 2011<br \/>\n Oleh Prof. Dato&#8217; Ir. Dr Zaini Ujang (zaini@utm.my)<\/a><\/span><\/p>\n<p><br class=\"spacer_\" \/><\/p>\n<p>DI sebalik kemeriahan perkahwinan diraja antara Putera William dan Kate  Middleton, sebahagian besar mahasiswa di universiti serata England  berada dalam kebimbangan. Pada 25 April lalu, akhbar perdana The Times  menyiarkan laporan mengenai cadangan peningkatan yuran pengajian pada  September 2012. Selain itu, kemungkinan syarikat swasta mengambil alih  operasi dan pentadbiran beberapa universiti yang menghadapi masalah  kewangan.<\/p>\n<p>Memang isu kewangan menjadi semakin kritikal dalam konteks  penyampaian pengajian tinggi di seluruh dunia termasuk di England yang  ketika ini destinasi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.  Disebabkan masalah ekonomi serta langkah drastik kerajaan mengurangkan  defisit sekali gus menyediakan regim kewangan lebih telus dan cekap.<\/p>\n<p>Isu kewangan universiti di England disahkan pelbagai pihak, bukan saja  di kalangan pembuat dasar awam, malah   akademia sendiri. Sebagai  contoh, kajian  Kesatuan Universiti dan Kolej yang mewakili pensyarah  universiti menyebut 49 daripada 130 universiti di England menghadapi  risiko kewangan apabila kerajaan mengurangkan geran pengurusan  universiti. Semuanya bekas politeknik yang dinaikkan status menjadi  universiti menerusi dasar Margaret Thatcher selepas 1992.<\/p>\n<p>Kebimbangan mahasiswa itu memuncak apabila laporan Kertas Putih  dimuktamadkan pada 19 April lalu. Hal ini disahkan menteri  bertanggungjawab terhadap universiti, David Willetts. Antara lain, tiga  perkara penting terserlah dalam Kertas Putih itu, iaitu sebahagian  universiti tidak dapat menampung biaya diperlukan untuk menyediakan  perkhidmatan pengajian tinggi berkualiti menerusi dasar merit dalam  pembahagian dana awam. Kedua, bagi membolehkan perkhidmatan pengajian  tinggi bersifat lebih kompetitif dan berkualiti, yuran pengajian perlu  dinaikkan sehingga \u00a39,000. Ketiga, membenarkan pihak swasta menyediakan  perkhidmatan operasi dan pengurusan untuk membolehkan universiti diurus  secara lebih cekap dan produktif.<\/p>\n<p>Beberapa tahun lalu, pendekatan dasar awam di Britain menyelamatkan  universiti yang menghadapi masalah kewangan menerusi penggabungan  dengan universiti lebih berdaya maju. Misalnya, University of  Manchester, Institut of Science and Technology (UMIST) bergabung dengan  Universiti Manchester menjadi Universiti Manchester. Selain itu,  penutupan penawaran kursus yang tidak dapat menarik bilangan mahasiswa  dan geran penyelidikan mencukupi.<\/p>\n<p>Ini ditambah dengan beberapa langkah berkaitan sumber manusia  seperti menawarkan pencen awal kepada pensyarah dalam disiplin ilmu yang  tidak kompetitif. Ada juga pensyarah ditawarkan pakej persaraan awal  kerana prestasi kerja kurang memuaskan.<\/p>\n<p>Sekali imbas, perkembangan pengajian tinggi di England ketika ini  menampakkan dinamisme membina ekosistem akademik supaya lebih berdaya  saing. Dari segi institusi dan sejarah, universiti di England mempunyai  banyak kelebihan,  terutama Oxbridge dan \u2018red brick\u2019 (pasca Perang Dunia  Kedua). Ini ditambah  kedudukan Cambridge, Oxford, Imperial College,  University College of London dan Warwick yang tersenarai di kalangan  ranking universiti terbaik dunia.     <br \/>\n Namun, tidak semua universiti dapat menggunakan kelebihan itu  walaupun berjiran dengan Oxbridge. Nampaknya reputasi peringkat  antarabangsa memerlukan salasilah, komitmen, dana dan ekosistem ilmiah  tersendiri. Justeru mempertaruhkan reputasi kepada kemajuan negara atau  bahasa Inggeris sebagai lingua fraca akademia tidak menjanjikan pulangan  lumayan. Apatah lagi jika bersaing dalam kerangka kewangan berasaskan  pasaran bebas.<\/p>\n<p>Memang ketika ini kerangka kewangan pengajian tinggi suatu  paradoks. Yuran pengajian berbeza antara institusi tidak mencerminkan  kualiti perkhidmatan pengajian tinggi. Dengan kata lain, yuran tidak  ditetapkan mengikut kualiti dan perkhidmatan disediakan. Di kalangan  mahasiswa cemerlang mereka masih dapat menikmati pengajian secara  percuma menerusi pelbagai geran dan biasiswa. Ini begitu ketara di  Harvard iaitu yuran program ijazah pertama AS$38,000 tetapi kira-kira 70  peratus mahasiswa mendapat biasiswa endowmen. Sebaliknya, universiti  lain yang kurang ternama dengan kualiti pengajian tidak setaraf Harvard  mengenakan yuran jauh lebih murah tetapi hampir semua mahasiswa terpaksa  membayar sendiri yuran pengajian. Ini begitu ketara di England iaitu  yuran pengajian di Oxbridge sama dengan bekas politeknik pasca 1992.<\/p>\n<p>Justeru, kebimbangan mahasiswa memuncak minggu ini kerana Kertas  Putih pengajian tinggi di England itu dijangka akan menetapkan kerangka  dan regim baru   berkaitan antara kualiti dan yuran pengajian tinggi.  Mungkin tidak salah merumuskan banyak universiti, fakulti dan jabatan  yang tidak kompetitif dan kurang sambutan dari segi permintaan akan  terkeluar daripada liga perdana pengajian tinggi.<\/p>\n<p><strong>Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia<\/strong><\/p>\n<div><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/b.scorecardresearch.com\/p?c1=8&amp;c2=6864323&amp;c3=993&amp;c4=&amp;c5=&amp;c6=&amp;c10=&amp;c15=&amp;cj=1\" alt=\"\" \/> <a href=\"http:\/\/a.admaxserver.com\/servlet\/ajrotator\/419891\/0\/cc?z=admaxasia2&amp;pid=2abfe6d1-c3ba-4b0a-b8ac-d438f6a7599c&amp;asid=c36a2235-7eb1-4b70-8fb1-f680d30ffae6\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/a.admaxserver.com\/servlet\/ajrotator\/419891\/0\/vc?z=admaxasia2&amp;dim=280658&amp;pid=2abfe6d1-c3ba-4b0a-b8ac-d438f6a7599c&amp;asid=c36a2235-7eb1-4b70-8fb1-f680d30ffae6&amp;abr=$imginiframe\" border=\"0\" alt=\"\" width=\"468\" height=\"60\" \/><\/a><\/div>\n<p><a id=\"talk\" name=\"talk\"><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita Harian Rencana (Minda Lestari), Jumaat 29 April 2011 Oleh Prof. Dato&#8217; Ir. Dr Zaini Ujang (zaini@utm.my) DI sebalik kemeriahan perkahwinan diraja antara Putera William dan Kate Middleton, sebahagian besar mahasiswa di universiti serata England berada dalam kebimbangan. Pada 25 April lalu, akhbar perdana The Times menyiarkan laporan mengenai cadangan peningkatan yuran pengajian pada September [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":322,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":["post-1117","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article-in-press"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1117","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/users\/322"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1117"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1117\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1117"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1117"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1117"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}