{"id":782,"date":"2011-01-21T02:26:41","date_gmt":"2011-01-21T02:26:41","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/\/?p=782"},"modified":"2011-01-21T02:26:41","modified_gmt":"2011-01-21T02:26:41","slug":"ada-masa-kita-tonjol-potensi-merendah-diri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/2011\/01\/21\/ada-masa-kita-tonjol-potensi-merendah-diri\/","title":{"rendered":"Ada masa kita tonjol potensi, merendah diri"},"content":{"rendered":"<address><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/bharian\/articles\/Adamasakitatonjolpotensi_merendahdiri\/Article\">Berita Harian &#8211; Rencana (Minda Lestari), Jumaat 21 Januari 2011<\/a><\/address>\n<address>Prof. Dato&#8217; Ir. Dr. Zaini Ujang (zaini@utm.my)<br \/>\n <\/address>\n<p><strong>Universiti tempatan tidak patut sembunyi kelebihan elak tanggapan negatif negara luar<\/strong><\/p>\n<p>RAKYAT Malaysia secara umumnya mempunyai sifat merendah diri yang  ketara. Dalam masyarakat Melayu misalnya, semakin merendah diri, semakin  dipandang tinggi, tandanya semakin beradab. Selain itu kita sering kali  diperingatkan supaya tidak mengikut rasmi ayam, telur sebiji riuh  sekampung. Apatah lagi berlagak seperti &#8216;tin kosong&#8217;. Ikut rasmi padi,  semakin tunduk semakin berisi.<\/p>\n<p>Dalam kehidupan harian kita juga kerap memohon maaf sebelum berbuat  sesuatu, atau memula bicara kerana mungkin ada kelemahan atau kesilapan  nanti. Malah sudah menjadi prosedur rasmi dalam mana-mana majlis  diakhiri dengan kata-kata stereotaip pengerusi atau pengacara majlis  memohon maaf terhadap apa saja kepincangan pada majlis itu, walaupun  hakikatnya sangat cemerlang.    Justeru, sifat merendah diri atau tawaduk itu membuatkan kita jarang  menonjolkan kehebatan diri. Kita selalunya \u2018beralas\u2019 dalam mengemukakan  sesuatu pendapat atau idea. Hal ini juga terbawa-bawa dalam bidang  saintifik dan pengajian tinggi.<\/p>\n<p>Biasanya apabila menjawab persoalan orang asing berkaitan kualiti  akademik atau pencapaian saintifik, kita akan mencari pendekatan  merendah diri. \u2018Kami baru bermula\u2019 atau \u2018peralatan belum lengkap dan  tidak begitu canggih\u2019. Barangkali hal ini kita ungkapkan dalam konteks  pembandingan dengan negara serantau yang semakin maju, terutama  Singapura, China dan Korea Selatan.<\/p>\n<p>Bagi kita masih banyak kelemahan yang ada perlu ditangani. Malah  tidak sedikit yang melihat kelemahan sebagai suatu \u2018deskripsi utama\u2019  terutama dalam sistem pendidikan dan pembangunan saintifik. Maka itulah  sebabnya kita sering kali kritis terhadap mutu kebanyakan graduan yang  tidak mahir berkomunikasi. Kita juga menyuarakan kebimbangan mengenai  keupayaan generasi muda memacu daya saing negara dalam bidang strategik.<\/p>\n<p>Namun hal ini ada juga baiknya. Itu tandanya kita tidak berpuas  hati dengan pencapaian semasa. Kita ingin lebih maju dan mantap. Kita  juga sentiasa berusaha untuk mencari kekuatan baru, pengetahuan dan ilmu  baru.<\/p>\n<p>\n Hal ini mudah ditanggapi ramai pelancong dan tetamu yang  berkunjung ke Malaysia. Minggu lalu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  menerima kunjungan rombongan peringkat tertinggi dari Universiti Qatar  (UQ), diketuai oleh Presidennya, Prof Sheikha Abdalla Al-Misnad dan  timbalannya, Profesor Sheikha Jabbor Al-Thani.<\/p>\n<p>Bagi mereka sifat merendah diri orang Malaysia begitu ketara,  sekali gus menimbulkan tanda tanya. Menurut mereka pencapaian Malaysia  dalam bidang akademik jauh melebihi promosi dilakukan. Standard  pengajian tinggi universiti utama di Malaysia mengatasi banyak  universiti yang lebih tua dan berbelanja besar.<\/p>\n<p>Malangnya, sifat merendah diri itu juga membuatkan kita tidak  begitu dikenali. Ada kalanya tidak begitu dihargai dalam kalangan  komuniti antarabangsa. Pakej promosi kita, khususnya universiti awam dan  agensi berkait penyelidikan dan inovasi di Malaysia, tidak  menggambarkan pencapaian sebenar kita yang jauh lebih baik. Pakej  promosi kita juga kurang mantap dalam konteks strategi dan penyampaian,  berbanding, misalnya Singapura.<\/p>\n<p>Hal ini diaibkan lagi dengan komentar negatif yang sering kali  tersiar dalam media massa yang turut dibaca pelancong dan pengamat luar,  seolah-olah hasil penyelidikan dan pembangunan (R&amp;D) tempatan tidak  relevan dengan keperluan industri.<\/p>\n<p>Set kemahiran graduan tempatan seolah-olah tidak relevan dengan  kehendak pasaran, dan sebagainya. Hal ini diulang-ulang seolah-olah  suatu fenomena lumrah dalam pelbagai kesempatan, media dan forum.  Walaupun banyak langkah pembaikan sudah diambil tetapi lebih bersifat  defensif, bukan dalam konteks pembinaan set minda baru.<\/p>\n<p>Lawatan UQ ke UTM, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti  Malaya (UM) itu bertujuan untuk mencari kerangka baru mempergiatkan lagi  aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengajian siswazah. Secara terbuka,  pada majlis yang turut dihadiri oleh Canselor UTM,  Raja Zarith Sofia.<\/p>\n<p>Prof Sheikha Al-Misnad menyebut mengenai kelainan dan kekuatan  universiti di Malaysia berbanding universiti di Korea Selatan dan Hong  Kong yang beliau baru kunjungi, malah universiti lain di serata dunia.  Universiti awam berstatus universiti penyelidikan di Malaysia bukan saja  cemerlang tetapi mempunyai perancangan realistik, hala tuju jelas,  mengambil kira kepentingan negara sendiri dan berdaya saing.<\/p>\n<p>Hal ini disedari apabila ramai graduan universiti di Malaysia  menyerlah dalam pelbagai lapangan di Negara Teluk ketika ini. Mereka  adalah model kelompok profesional yang semakin mendapat perhatian. Malah  \u2018label Malaysia\u2019 adalah suatu jaminan kualiti dari segi etika,  kemahiran dan profesionalisme. Walaupun kita sering merungut mengenai  kemampuan berbahasa Inggeris dalam kalangan graduan tempatan,  apabila  berada di alam kerjaya, mereka cepat belajar dan menyesuaikan diri  berbanding graduan dari negara lain.<\/p>\n<p>Tanggapan positif terhadap graduan Malaysia di Negara Teluk sama  dengan tanggapan terhadap graduan universiti ternama India di Amerika  Syarikat. Mereka bukan saja diberi kedudukan yang baik malah menjadi  penggerak pembangunan teknologi di negara terbabit.<\/p>\n<p>Dalam konteks ini, saya berpendapat kita perlu melakukan lonjakan  minda supaya tidak lagi terikat dengan sikap merendah diri keterlaluan.  Promosi kita memerlukan pakej lebih bergaya dan kelas tersendiri.<\/p>\n<p>Henry Ford (1863-1947) menyebut bahawa \u2018sama ada kita fikir boleh (positif) atau sebaliknya, kedua-duanya betul\u2019.<\/p>\n<p><strong>Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)<\/strong><\/p>\n<p><a id=\"talk\" name=\"talk\"><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita Harian &#8211; Rencana (Minda Lestari), Jumaat 21 Januari 2011 Prof. Dato&#8217; Ir. Dr. Zaini Ujang (zaini@utm.my) Universiti tempatan tidak patut sembunyi kelebihan elak tanggapan negatif negara luar RAKYAT Malaysia secara umumnya mempunyai sifat merendah diri yang ketara. Dalam masyarakat Melayu misalnya, semakin merendah diri, semakin dipandang tinggi, tandanya semakin beradab. Selain itu kita sering [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":322,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":["post-782","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article-in-press"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/782","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/users\/322"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=782"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/782\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=782"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=782"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=782"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}