{"id":904,"date":"2011-02-20T12:16:07","date_gmt":"2011-02-20T12:16:07","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/\/?p=904"},"modified":"2011-02-20T12:16:07","modified_gmt":"2011-02-20T12:16:07","slug":"kerangka-pemikiran-baru-tangani-ketidaktentuan-cuaca-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/2011\/02\/20\/kerangka-pemikiran-baru-tangani-ketidaktentuan-cuaca-2\/","title":{"rendered":"Kerangka pemikiran baru tangani ketidaktentuan cuaca"},"content":{"rendered":"<p>Oleh Prof. Dato\u2019 Ir. Dr. Zaini Ujang (zaini@utm.my)<br \/>\n<a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/bharian\/articles\/Kerangkapemikiranbarutanganiketidaktentuancuaca\/Article\">Berita Harian \u2013 Rencana (Minda Lestari), Jumaat 18 Februari 2011<\/a><\/p>\n<p><br class=\"spacer_\" \/><\/p>\n<p><strong>KETIDAKTENTUAN<\/strong> cuaca sejak beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan pencinta dan pakar alam sekitar di seluruh dunia. Penggubal dasar dan ahli politik pula nampaknya bertungkus-lumus mencari formula untuk merencana bagi mengurangkan impak banjir besar, kemarau panjang atau salji melampau.  Menurut rekod pengurusan lapangan terbang, musim sejuk ketika ini menyaksikan keadaan \u2018darurat\u2019 di beberapa lapangan terbaik dunia, termasuk di London, New York dan Amsterdam. Banjir besar yang melanda Australia baru-baru ini pula adalah yang terburuk dalam sejarah moden. Begitu juga banjir di beberapa wilayah lain, termasuk di Johor beberapa minggu lalu.<\/p>\n<p>Pada hemat saya, kita memerlukan satu kerangka pemikiran baru menangani  ketidaktentuan dari segi saintifik, kerangka dasar dan kaedah  pelaksanaan. Ketidaktetuan cuaca disebabkan peningkatan suhu bumi dan  ekosistem setempat yang mengalami perubahan struktural menerusi proses  perbandaran dan perindustrian.  Kedua-dua faktor ini menyukarkan pengurusan bencana. Selain aspek  ekosistem, pengurusan bencana juga memerlukan pendekatan baru dengan  mengambil kira aspek ketidaktentuan sebagai suatu parameter utama.  Selama ini, pengurusan alam sekitar dan pengawalan bencana menggunakan  pendekatan \u2018kepastian\u2019 yang mudah difahami secara linear dan diramalkan  menggunakan kaedah perkomputeran biasa.<\/p>\n<p>Ketidakpastian bermakna kita tidak lagi boleh menggunakan pendekatan  linear dan pelbagai anggapan konvensional, misalnya taburan hujan pada  bulan tertentu di negeri tertentu, kapasiti penyerapan hujan pada kadar  tinggi menerusi ekosistem hutan dan kadar biasa pengaliran air ke muara  sungai.<\/p>\n<p>Selain itu, kaedah ramalan banjir juga perlu dikemaskini mengambil  kira aspek ketidakpastian. Ini termasuk mendapatkan data topografi  berketepatan tinggi untuk meningkatkan sensitiviti sebarang perubahan  rupa bumi di kawasan berisiko banjir tinggi. Ketika ini banyak kawasan  berisiko banjir di Lembangan Sungai Johor, Sungai Muar dan Sungai Batu  Pahat berada dalam keadaan landai dengan perubahan ketinggian kurang  daripada dua hingga lima meter.<\/p>\n<p>Perlu juga disebutkan bahawa data topografi ketika ini dikumpulkan  bukan untuk tujuan pengurusan ekosistem. Itu rasional data direkodkan  dengan sela ketinggian 20 meter dan ketepatan data 10 meter. Dengan data  sedemikian, permodelan atau ramalan banjir menjadi tidak begitu tepat  pada paras rupa bumi kurang 10 meter.      <br \/>\n Menggunakan pendekatan ketidakpastian bermakna data topografi perlu  lebih terkini dan sensitif. Saya mencadangkan data lebih sesuai pada  ketepatan ketinggian 0.3 m. Memang tahap ketepatan ini memerlukan biaya  dan teknologi tinggi. Sehubungan itu saya juga mencadangkan agar data  topografi secara menyeluruh di kawasan berisiko banjir dikutip menerusi  cerapan lapangan atau menggunakan teknologi remote sensing LIDAR.<\/p>\n<p>Selain itu, saya juga mencadangkan agar kita lebih serius menangani  isu guna tanah. Ketika ini guna tanah ditadbir oleh Majlis Kerajaan  Tempatan. Dalam konteks lebih luas guna tanah memerlukan input pelbagai  agensi pusat seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran  dan sebagainya.<\/p>\n<p>Namun, dalam banyak situasi, input dan saranan agensi pusat tidak  begitu berkesan daripada segi pelaksanaan. Dalam banyak hal input agensi  pusat langsung tidak diperlukan. Sebagai contoh, kelulusan guna tanah  untuk pertanian di kalangan pekebun kecil di kawasan hulu lembangan  sungai.<\/p>\n<p>Sejak lebih 10 tahun lalu, saya dan kumpulan pengurusan air di  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sering diminta memberi pandangan  profesional oleh pelbagai pihak terhadap punca masalah banjir, kualiti  bekalan air mentah, pencemaran sungai dan seumpamanya. Kami konsisten  mengatakan bahawa punca utama masalah ini adalah ketidakseimbangan  ekosistem akibat aktiviti guna tanah yang tidak lestari.<\/p>\n<p>Atas nama perkembangan masyarakat luar bandar, kemajuan pertanian  dan meningkatkan pendapatan penduduk miskin maka banyak ekosistem  sensitif dibangunkan secara tidak lestari, mengubah rupa bumi dan  meningkatkan risiko banjir. Hal ini begitu ketara apabila hutan sekunder  diganti dengan kawasan pertanian. Perubahan ini menyebabkan berlaku  takungan air di sepanjang lembangan sungai (termasuk di hulu),  melambatkan aliran air dari hulu ke hilir lembangan, sekali gus  meningkatkan risiko banjir.<\/p>\n<p>Saya berharap insiden banjir di Johor beberapa minggu lalu membuka  minda kita seluas-luasnya supaya bersifat holistik dalam proses  pembangunan setempat. Saya juga ingin mencadangkan kita mengambil  pendekatan Peter Senge menerusi buku berjudul The Necessary Revolution:  How Individuals and Organizations are Working Together to Create a  Sustainable World (2008).<\/p>\n<p>Senge mengemukakan tiga prinsip untuk dilaksanakan segera bagi  membolehkan kehidupan lebih lestari, iaitu perancangan dan pelaksanaan  berasaskan pembangunan lestari, tindakan tidak lagi boleh diserahkan  kepada kesedaran dan komitmen individu atau kelompok berkepentingan  saja, tetapi perlu lebih menyeluruh secara sistemik dan perubahan perlu  dilakukan dengan kaedah dan pemikiran baru.<\/p>\n<p><strong> <\/strong><strong>Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekitar (EQC) <\/strong><strong> Malaysia.<\/strong><\/p>\n<p><a id=\"talk\" name=\"talk\"><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Prof. Dato\u2019 Ir. Dr. Zaini Ujang (zaini@utm.my) Berita Harian \u2013 Rencana (Minda Lestari), Jumaat 18 Februari 2011 KETIDAKTENTUAN cuaca sejak beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan pencinta dan pakar alam sekitar di seluruh dunia. Penggubal dasar dan ahli politik pula nampaknya bertungkus-lumus mencari formula untuk merencana bagi mengurangkan impak banjir besar, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":322,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":["post-904","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article-in-press"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/904","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/users\/322"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=904"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/904\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=904"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=904"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=904"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}