{"id":909,"date":"2011-02-25T07:06:05","date_gmt":"2011-02-25T07:06:05","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/\/?p=909"},"modified":"2011-02-25T07:06:05","modified_gmt":"2011-02-25T07:06:05","slug":"internet-semakin-mencabar-kedudukan-kedai-buku-ternama-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/2011\/02\/25\/internet-semakin-mencabar-kedudukan-kedai-buku-ternama-2\/","title":{"rendered":"Internet semakin mencabar kedudukan kedai buku ternama"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/bharian\/articles\/Internetsemakinmencabarkedudukankedaibukuternama\/Article\"><strong>B<\/strong><strong>erita Harian, Rencana (Minda Lestari), Jumaat 25 Februari 2011<\/strong><\/a><strong><br \/>\n Oleh Prof. Dato&#8217; Ir. Dr. Zaini Ujang (zaini@utm.my)<\/strong><\/p>\n<p>MELUANGKAN masa sepuas-puasnya di sesebuah kedai buku adalah antara  keghairahan yang selalu dikaitkan dengan penghayatan budaya ilmu.  Penggemar buku bukan saja tekun membelek halaman buku berjam-jam  lamanya, sebelum mengambil keputusan membeli buku yang kadangkala  mencecah ribuan ringgit harganya.<\/p>\n<p>Itulah yang membuatkan saya teruja ketika berada di Harvard Coop  di Cambridge MA minggu lalu. Dalam kesejukan musim dingin di bawah 0  darjah Celcius, berada dalam kedai sedemikian memang menghangatkan azam  untuk memburu bahan ilmu, sekali gus menenangkan. Memang mengasyikkan.<\/p>\n<p>Ada tiga sebab saya sering mengunjungi Harvard Coop setiap kali ada  kesempatan ke Massachusetts, Amerika Syarikat. Pertama, Harvard Coop  mempunyai koleksi buku, majalah dan jurnal antara yang terbaik dalam  bidang yang saya minati iaitu falsafah, alam sekitar, pelestarian,  pentadbiran dan pentadbiran perniagaan.<\/p>\n<p>Kedua, suasana kedai bukunya begitu mesra-sarjana. Buku dan bahan  bacaan disusun sedemikian rupa membolehkan pengunjung melihat tajuk dan  membelek tajuk buku dengan mudah. Kemudahan mencari bahan yang  diperlukan juga mudah bukan saja menerusi pembantu jualan yang ramah,  malah komputer yang disediakan.<\/p>\n<p>Ketiga, kedai buku itu mempunyai kafe besar untuk membolehkan  pengunjung duduk, membelek halaman buku sambil menghirup kopi beraroma  sebelum membuat keputusan membeli sesebuah karya. Kadangkala ada juga  pengunjung berbincang sesebuah karya dengan pengunjung lain.<\/p>\n<p>Minggu lalu, saya berkesempatan tiga kali ke Harvard Coop tidak  kurang tiga jam setiap kali. Selepas memilih kira-kira 10 buku, saya  segera membawa buku itu ke kafe. Dengan berbekalkan secawan coffee latte  grande, saya segera mencari tempat duduk untuk membelek semua buku  berkenaan.<\/p>\n<p>Biasanya selepas memutuskan buku yang hendak dibeli, saya akan  terus menikmati  secawan kopi lagi sambil memerhati keadaan sekitar,  atau sekadar melayan kenakalan mata menjeling gadis-gadis genit Harvard  menjilat ais krim atau menghirup cappuccino!<\/p>\n<p>Dari segi sejarah kedai buku adalah pasar ilmu. Ilmuwan  menyerahkan karya tulisan tangan kepada pemilik kedai buku untuk dibeli  oleh pelajar atau pencinta ilmu. Biasanya kedai buku juga adalah di  kalangan cerdik pandai atau sekurang-kurangnya peminat buku. Ada kalanya  pemilik buku mencari ilmuwan untuk menulis sesuatu bidang kerana buku  bidang berkenaan diperlukan oleh pelajar. Biasanya buku yang bernilai  tinggi akan disalin oleh pelajar dengan izin penulis buku untuk  disebarkan kepada pelajar lain.<\/p>\n<p>Dengan adanya perkembangan mesin cetak, peranan kedai buku  menjadi komersial. Pemilik kedai buku berpeluang mendapat keuntungan  dengan jualan buku dan bahan cetak lain. Di Barat, perniagaan buku  sangat menguntungkan. Setiap tahun dianggarkan tiga bilion buku  diterbitkan di seluruh dunia (memerlukan 400,000 pokok untuk kertas).  Dari segi segmen, buku terbahagi tiga iaitu buku saintifik, buku umum  dan buku sekolah.<\/p>\n<p>Sejak 1996, perniagaan kedai buku mendapat saingan daripada  perniagaan melalui internet, khususnya Amazon. Buku yang dijual melalui  Amazon lebih murah dan dapat diperoleh dengan cepat dan mudah. Sejak  kebelakangan ini, buku mula dijual menerusi Kindell yang boleh memuatkan  1,500 buku dalam komputer riba kecil. Pada akhir 2009, syarikat  komputer Apple mengumumkan versi iPhone terbaru yang mempunyai kemudahan  seperti Kindell dengan kerjasama jaringan kedai buku terbesar iaitu  Brooks and Nobel. Maknanya kita tidak perlu lagi ke kedai buku untuk  membeli buku. Cukup sekadar talian internet untuk memesan dan membeli  buku, dan membaca buku menerusi skrin komputer.<\/p>\n<p>Saya tidak dapat menjangkakan nasib kedai buku pada masa akan  datang. Apakah suasana seperti di Harvard Coop akan terus mewarnai  ekosistem intelektual di sekitar kampus ternama? Hal ini tambah  membimbangkan dengan pengumuman Bordes, kedai buku kedua terbesar di  Amerika Syarikat minggu lalu untuk memfailkan Bab 11, perlindungan  bankrap dalam usaha menangani hutang lebih AS$500 juta.<\/p>\n<p>Saya juga tidak dapat menjangkakan ke mana lagi penggemar buku  dan \u2018penagih ilmu\u2019 dapat bersantai untuk melihat korpus ilmu, atau  sekadar menyemarakkan semula iltizam untuk menghayati budaya ilmu dengan  secawan kopi.<\/p>\n<p>Sesungguhnya telah sekian lama kedai buku sinonim dengan gaya  hidup sarjana dan pelajar. Bagi saya, kedai buku juga semakin besar  peranannya dalam menyuburkan daya fikir dan keinginan untuk terus  berkarya.<\/p>\n<p>Dan pada minggu lalu, ketika bersantai di Harvard Coop, saya  mendapat ketenangan secukupnya, sekali gus melakar gugusan ayat  menyiapkan artikel ini.<\/p>\n<p><strong>Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)<\/strong><\/p>\n<div><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/b.scorecardresearch.com\/p?c1=8&amp;c2=6864323&amp;c3=993&amp;c4=&amp;c5=&amp;c6=&amp;c10=&amp;c15=&amp;cj=1\" alt=\"\" \/><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita Harian, Rencana (Minda Lestari), Jumaat 25 Februari 2011 Oleh Prof. Dato&#8217; Ir. Dr. Zaini Ujang (zaini@utm.my) MELUANGKAN masa sepuas-puasnya di sesebuah kedai buku adalah antara keghairahan yang selalu dikaitkan dengan penghayatan budaya ilmu. Penggemar buku bukan saja tekun membelek halaman buku berjam-jam lamanya, sebelum mengambil keputusan membeli buku yang kadangkala mencecah ribuan ringgit harganya. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":322,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":["post-909","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article-in-press"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/909","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/users\/322"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=909"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/909\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=909"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=909"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=909"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}