{"id":946,"date":"2011-03-11T01:41:04","date_gmt":"2011-03-11T01:41:04","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/\/?p=946"},"modified":"2011-03-11T01:41:04","modified_gmt":"2011-03-11T01:41:04","slug":"true-north-wajar-jadi-panduan-dukung-transformasi-kerajaan-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/2011\/03\/11\/true-north-wajar-jadi-panduan-dukung-transformasi-kerajaan-2\/","title":{"rendered":"True North wajar jadi panduan dukung transformasi kerajaan"},"content":{"rendered":"<p><strong><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/bharian\/articles\/TrueNorthwajarjadipanduandukungtransformasikerajaan\/Article\">Berita Harian- Rencana (Minda Lestari), Jumaat 12 Mac 2011<\/a><br \/>\n Oleh Prof. Dato&#8217; Ir. Dr. Zaini Ujang (zaini@utm.my)<\/strong><\/p>\n<p>\u201cWHAT is your number?\u201d Itulah antara dialog dalam filem Wall Street 2  yang menjadi perbualan ramai. Nombor yang dimaksudkan ialah angka bilion  yang menjadi \u2018matlamat\u2019 dalam kalangan ahli korporat. Sayangnya angka  itu, walaupun mudah dituturkan tetapi tidak mudah dikenal pasti! Ini  kerana angka itu berkait rapat dengan hakikat dan keunggulan diri.<\/p>\n<p>Kualiti dan hakikat diri sangat memberi kesan kepada tindakan kita  sepanjang hayat. Banyak cara untuk kita mengetahui mengenai kualiti dan  hakikat diri, termasuklah menerusi pelbagai kaedah psikometrik. Sejak  kebelakangan ini, pakar dalam bidang kepemimpinan dan pengurusan  organisasi turut memberi tumpuan kepada aspek \u2018autentisiti\u2019 atau hakikat  diri.<\/p>\n<p>Antaranya, Bill George, profesor bidang amalan pengurusan di Harvard  Business School (HBS) menerusi pelbagai buku dan makalah, terutama True  North (2007). Beliau berpendapat hakikat diri adalah faktor penentu dari  segi kualiti kepemimpinan, kemajuan kerjaya, pembabitan dalam  masyarakat dan sumbangan sepanjang hidup. True North adalah kompas diri  yang perlu dijadikan panduan oleh setiap orang. True North berkait  dengan tujuan hidup, matlamat kerjaya, hal terpenting dalam misi  kehidupan, keghairahan dan keseronokan, sumber kepuasan dan nilai  kehidupan.<\/p>\n<p>Realitinya, banyak orang tidak dapat menghubungkan antara agama dengan  cabaran kehidupan. Bagi orang Islam, misalnya tujuan hidup telah  dijelaskan iaitu untuk beribadah kepada Allah SWT. Malangnya sering kali  tujuan suci itu tidak dapat diperincikan oleh sesetengah pihak dalam  konteks lebih praktikal, khususnya yang berkaitan dengan kualiti dan  hakikat dari perspektif keluarga dan organisasi. Misalnya, bagaimana  aspek pengorbanan yang juga menjadi tuntutan dalam agama boleh  diterjemahkan dalam konteks hakikat diri dari segi pembabitan dalam  organisasi? Sanggupkah kita berkorban dengan memberi lebih banyak  sumbangan kepada organisasi tanpa imbuhan? Bagaimana amanah boleh  dijelmakan sebagai keunggulan diri yang menjadi pemandu dalam soal  kepemimpinan organisasi dan pengurusan kewangan?<\/p>\n<p>Persoalan ini tidak hanya dibahaskan dalam buku Prof Bill George  saja. Sejak 2010, banyak perubahan berlaku dari segi falsafah dan  kurikulum di HBS yang menjadi pusat pengajian terulung dalam bidang  pengurusan dan pentadbiran perniagaan. Aspek nilai, etika, tujuan hidup,  kualiti dan hakikat diri dan True North adalah antara persoalan penting  yang telah diberi peranan dan nafas baru sebagai teras pengajian. Hal  ini sudah pasti ada kaitannya sebagai reaksi dan susulan kepada krisis  kewangan di Amerika Syarikat pada 2008-2009. Antara lain, selain aspek  teknikal dan dasar kewangan, hampir semua pemikir dan pemimpin semasa  bersetuju bahawa krisis itu juga didorong oleh sifat tamak dan semangat  kapitalis yang keterlaluan.<\/p>\n<p>True North juga mendapat dukungan dekan baru HBS, Prof Nitin  Nohria. Beliau juga adalah antara pelopor yang mengadunkan antara misi  kepemimpinan dengan hakikat diri, antara kualiti sumbangan dengan nilai  kehidupan. Sebagai dekan HBS pertama di kalangan imigran dari Asia,  Nitin yang berasal dari India mempunyai kelebihan dengan mengadunkan  antara tradisi Asia dengan dinamisme Barat. Beliau juga \u2018menghalalkan\u2019  sesi akademik di HBS memasukkan unsur-unsur refleksi diri dan meditasi!<\/p>\n<p>Sebelum menjadi profesor di HBS, Bill George pernah menjadi Ketua  Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat yang kemudian menjadi peneraju dunia  dalam peralatan perubatan, iaitu Medtronic. Dalam tempuh 10 tahun  sebagai CEO, beliau paling menyerlah membawa pelbagai pembaharuan dan  kejayaan dalam pelbagai aspek, termasuklah nilai pelaburan dari AS$1.1  bilion kepada AS$60 bilion. Sumbangan beliau diiktiraf menerusi pelbagai  anugerah kecemerlangan termasuklah \u2018Executive of the Year\u2019  dan \u2018Top 25  Leaders of the Past 25 Years.\u2019     <br \/>\n Dengan reputasi sedemikian, True North mempunyai keaslian dan  rasionalnya yang tersendiri. Banyak pihak mula melakukan refleksi diri,  tanpa perlu bersikap apologetik. Secara terbuka banyak orang mengakui  bahawa mereka melakukan sesuatu bukan berpandukan kompas kehidupan,  sebaliknya desakan semasa dan persekitaran. Ada juga yang melakukan  sesuatu pekerjaan, tindakan dan amalan berdasarkan kepada kompas diri  yang salah semata-mata untuk kelihatan lebih bersaing dan bergaya, atau  sekurang-kurangnya mengikut kebiasaan sesebuah masyarakat atau  organisasi.<\/p>\n<p>Akhirnya tidak menyerlah keaslian dan keunikan sesuatu yang kita  lakukan kerana tidak dilaksanakan sepenuh hati. Kita melakukannya dengan  minda dan jasad saja, tidak dengan keikhlasan dan hati yang tulus.<\/p>\n<p>Hal ini boleh dinilai jika perlakuan atau amalan tersebut  dilaksanakan tanpa kesungguhan dan keseronokan. Itulah sebabnya ramai  yang bertugas tetapi dengan hati berang, wajah tanpa senyum dan tindakan  yang tidak berasaskan perasaan dan naluri insaniah. Tidak ada kasih  sayang dan keindahan. Memang kerja terlaksana, tetapi dengan \u2018paksaan\u2019  dan tanpa kerelaan. Akhirnya tampak kepincangan, sekadar melepas batuk  di tangga!<\/p>\n<p>Pada hemat saya, transformasi kerajaan perlu didukung True North dan penyerlahan hakikat diri yang sebenarnya!<\/p>\n<p><br class=\"spacer_\" \/><\/p>\n<p><strong>Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)<\/strong><\/p>\n<div><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/b.scorecardresearch.com\/p?c1=8&amp;c2=6864323&amp;c3=993&amp;c4=&amp;c5=&amp;c6=&amp;c10=&amp;c15=&amp;cj=1\" alt=\"\" \/><\/div>\n<p><a id=\"talk\" name=\"talk\"><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita Harian- Rencana (Minda Lestari), Jumaat 12 Mac 2011 Oleh Prof. Dato&#8217; Ir. Dr. Zaini Ujang (zaini@utm.my) \u201cWHAT is your number?\u201d Itulah antara dialog dalam filem Wall Street 2 yang menjadi perbualan ramai. Nombor yang dimaksudkan ialah angka bilion yang menjadi \u2018matlamat\u2019 dalam kalangan ahli korporat. Sayangnya angka itu, walaupun mudah dituturkan tetapi tidak mudah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":322,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":["post-946","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article-in-press"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/946","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/users\/322"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=946"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/946\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=946"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=946"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=946"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}