{"id":955,"date":"2011-03-18T03:21:56","date_gmt":"2011-03-18T03:21:56","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/\/?p=955"},"modified":"2011-03-18T03:21:56","modified_gmt":"2011-03-18T03:21:56","slug":"ilmu-matematik-ajar-manusia-hidup-lebih-bersistem-efisien-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/2011\/03\/18\/ilmu-matematik-ajar-manusia-hidup-lebih-bersistem-efisien-2\/","title":{"rendered":"Ilmu matematik ajar manusia hidup lebih bersistem, efisien"},"content":{"rendered":"<p><strong><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/bharian\/articles\/Ilmumatematikajarmanusiahiduplebihbersistem_efisien\/Article\">Berita Harian- Rencana (Minda Lestari), Jumaat 18 Mac 2011<\/a><br \/>\n Oleh Prof. Dato\u2019 Ir. Dr. Zaini Ujang (zaini@utm.my)<\/strong><\/p>\n<p>&#8220;APA saiz kasut awak?&#8221; <\/p>\n<p>\u201cBerapa ketinggian awak?\u201d<\/p>\n<p>\u201cBerapa berat badan awak?\u201d  Demikian antara pertanyaan profesor matematik terhadap setiap orang  ditemuinya dalam novel Yoko Ogawa, The Housekeeper and The Professor  (2009). Bagi profesor yang mengalami penyakit memori singkat itu, hanya  angka dan ungkapan matematik saja yang mudah difahami dan diingatinya.  Selain itu, memang tidak diingati lebih 80 minit termasuk rupa, nama,  sejarah, peristiwa, benda, foto apatah lagi konsep bukan matematik.  <\/p>\n<p> Maka sepanjang perbualan dalam novel itu, profesor itu hanya  mengungkapkan semua hal membabitkan angka dan formula matematik.  Menariknya, pembantu rumah dan anak lelakinya juga terpaksa \u2018belajar\u2019  matematik untuk membolehkan mereka berinteraksi dengan profesor itu. <\/p>\n<p>Novel itu begitu bermakna kepada saya. Setiap kali saya dijadualkan  bertemu tokoh matematik, saya akan membaca kembali novel itu untuk  membolehkan saya mengungkapkan pemikiran saya secara matematik walaupun  pada hakikatnya pengetahuan matematik saya sangat terbatas.  <\/p>\n<p> Sepanjang minggu ini, kampus UTM Johor Bahru dikunjungi sekumpulan  ahli matematik diketuai Prof John Ockendon, Pengasas Oxford Centre for  Collaborative Applied Mathmetics (OCCAM), Universiti Oxford. Selari  dengan program kerjasama akademik antara Oxford dan UTM, mereka  mengendalikan bengkel Mathematics in Industry Study Group (MISG) yang  ditaja King Abdullah University of Science and Technology (KAUST), Arab  Saudi.      <br \/>\n MISG, jenama dikaitkan dengan Prof John Ockendon. Menerusi MISG,  pihak industri tampil mengemukakan pelbagai isu dan masalah dari segi  proses, kejuruteraan, pengurusan, perancangan dan sebagainya. Di satu  pihak lain, ahli matematik khususnya di kalangan akademik akan berusaha  memahami persoalan sebenar dan mengungkapkannya dalam formula matematik.  Banyak kaedah boleh digunakan termasuk permodelan, simulasi dan sistem  pakar yang akhirnya membolehkan pihak industri merancang dan menggunakan  sumber secara lebih efektif serta efisien.  <\/p>\n<p> Sepanjang minggu ini lebih enam isu industri dibincangkan oleh  lebih 100 ahli matematik dari pelbagai bidang dan institusi. Program  yang turut ditaja MIMOS itu juga dijangka akan menjadi acara tahunan  bagi membolehkan ahli matematik lebih menyerlah dalam konteks  pembangunan industri. <\/p>\n<p>Kita juga berharap kehadiran ramai tokoh matematik ternama ke  Malaysia akan membuka lebih banyak ruang  membudayakan matematik dalam  konteks lebih luas dan produktif. Dalam konteks yang lebih tepat,  matematik perlu dihayati untuk menjadikan kehidupan kita lebih bermakna,  kreatif dan santai. <\/p>\n<p> Ketika berbual dengan Prof Ockendon semasa melawat pejabatnya di  Oxford tahun lalu, beliau memperihalkan peranan matematik  dalam  mengubah minda dan menyediakan landasan pemikiran lebih kukuh.  <\/p>\n<p> Ketika menikmati hidangan makan malam pada awal minggu ini di Johor  Bharu, saya cuba berbual dengan penuh angka dan rumus matematik. Secara  berjenaka saya menyebut dalam satu ucapan bahawa saya boleh meneka  latar belakang akademik seseorang penutur ketika mereka memberi ucapan,  khususnya ahli matematik. <\/p>\n<p> Beliau bertanya apa kelainan ahli matematik? Jawab saya, gaya dan  cara mereka berucap seperti persamaan terbitan (differential equation).  Jawapan sedemikian memang mengundang perbahasan dan lebih banyak tanda  tanya. Itu yang menggegarkan perbualan kami sepanjang dua jam mengadap  hidangan makan malam! <\/p>\n<p> Hal ini tidak jauh bezanya dengan perbualan profesor dan pembantu  rumah dalam The Housekeeper and the Professor. Segala hal dituturkan  berkait dengan angka, formula dan teori matematik, walaupun dengan  seorang pembantu rumah dan anak lelakinya. <\/p>\n<p> Keindahan matematik hanya boleh difahami mereka yang mencintai  ilmu, menghayati resam kesarjanaan yang tinggi dan utuh. Itu sebabnya  hampir semua tokoh ilmu sebelum bermula Revolusi Industri di Eropah  adalah pakar dalam sesuatu bidang yang juga mempunyai pengetahuan  matematik yang mendalam.  <\/p>\n<p> Dalam tradisi keilmuan Barat, Leonardo da Vinci, misalnya pakar  matematik, sekali gus ahli falsafah dan pelukis ternama. Begitu juga  dalam tradisi Islam menerusi Ibn Sina dan Alkhawarizmi. Hakikatnya  matematik adalah asas ilmu untuk membolehkan kita berfikir secara logik,  teratur dan bersistem.  <\/p>\n<p> Selepas mengikuti pengajian wajib selama 11 tahun di sekolah,  seluruh warga Malaysia seharusnya sudah mampu mengira dengan betul,  memahami pelbagai teori asas matematik, biarpun tidak sampai ke tahap si  pembantu rumah dalam karya Ogawa itu dengan teori angka dan teori  terakhir Ferment. Sekurang-kurangnya kita wajib memahami bahawa 28 ialah  nombor sempurna!<\/p>\n<p>\n<strong>Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)<\/strong><\/p>\n<div>\n<\/div>\n<p><a id=\"talk\" name=\"talk\"><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita Harian- Rencana (Minda Lestari), Jumaat 18 Mac 2011 Oleh Prof. Dato\u2019 Ir. Dr. Zaini Ujang (zaini@utm.my) &#8220;APA saiz kasut awak?&#8221; \u201cBerapa ketinggian awak?\u201d \u201cBerapa berat badan awak?\u201d Demikian antara pertanyaan profesor matematik terhadap setiap orang ditemuinya dalam novel Yoko Ogawa, The Housekeeper and The Professor (2009). Bagi profesor yang mengalami penyakit memori singkat itu, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":322,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":["post-955","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article-in-press"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/955","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/users\/322"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=955"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/955\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=955"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=955"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=955"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}