{"id":965,"date":"2011-03-25T09:30:46","date_gmt":"2011-03-25T09:30:46","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/\/?p=965"},"modified":"2011-03-25T09:30:46","modified_gmt":"2011-03-25T09:30:46","slug":"kerjasama-kesarjanaan-asean-tak-sekukuh-kesatuan-eropah-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/2011\/03\/25\/kerjasama-kesarjanaan-asean-tak-sekukuh-kesatuan-eropah-2\/","title":{"rendered":"Kerjasama kesarjanaan ASEAN tak sekukuh Kesatuan Eropah"},"content":{"rendered":"<h2><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/bharian\/articles\/KerjasamakesarjanaanASEANtaksekukuhKesatuanEropah\/Article\">Rencana (Minda Lestari), Jumaat 25 Mac 2011<\/a><br \/>\n Oleh Prof. Dato&#8217; Ir. Dr Zaini Ujang (zaini@utm.my)<\/p>\n<p><br class=\"spacer_\" \/><\/p>\n<\/h2>\n<p>DALAM konteks serantau di kalangan negara Persatuan Negara Asia Tenggara  (ASEAN), kerjasama ilmiah masih pada tahap lama. Setiap negara  khususnya pada peringkat kerajaan dan institusi ilmu mempunyai sebab  untuk bersikap berhati-hati dengan apa saja inisiatif yang dikemukakan.<\/p>\n<p>Tidak salah jika disebut bahawa kerjasama kesarjanaan masih belum  menyerlah, khususnya membabitkan strategi inovasi serantau dan mekanisme  pembiayaan.<\/p>\n<div><a href=\"http:\/\/bs.serving-sys.com\/BurstingPipe\/adServer.bs?cn=brd&amp;FlightID=2342875&amp;Page=&amp;PluID=0&amp;Pos=7701\" target=\"_blank\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/bs.serving-sys.com\/BurstingPipe\/adServer.bs?cn=bsr&amp;FlightID=2342875&amp;Page=&amp;PluID=0&amp;Pos=7701\" border=\"0\" alt=\"\" width=\"400\" height=\"200\" \/><\/a><\/div>\n<p>Hal ini jauh bezanya berbanding dengan anggota Kesatuan Eropah (EU)  menerusi kerjasama akademik, penyelidikan dan jaringan kesarjanaan.  Malah, pada hemat saya, beberapa negara di rantau Asia Tenggara lebih  akrab dan biasa dengan kerangka Kesatuan Eropah.<\/p>\n<div><a href=\"http:\/\/avn.innity.com\/click\/avncl.php?bannerid=29287&amp;zoneid=761&amp;cb=1&amp;url=http%3A\/\/bs.serving-sys.com\/BurstingPipe\/adServer.bs%3Fcn%3Dbrd%26FlightID%3D2315501%26Page%3D%26PluID%3D0%26Pos%3D7566\" target=\"_blank\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"http:\/\/bs.serving-sys.com\/BurstingPipe\/adServer.bs?cn=bsr&amp;FlightID=2315501&amp;Page=&amp;PluID=0&amp;Pos=7566\" border=\"0\" alt=\"\" width=\"400\" height=\"200\" \/><\/a><\/div>\n<p>Secara peribadi, saya terbabit dalam satu program penyelidikan  membabitkan tujuh universiti di Eropah, termasuk Oxford dan Wageningen,  Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Institut Teknologi Surabaya  (ITS), Indonesia sejak 2004.<\/p>\n<p>Apabila pembiayaan kewangan Kesatuan Eropah tamat pada akhir 2009,  kami menghadapi cabaran untuk mendapat pembiayaan bagi melanjutkan  program berkenaan pada peringkat serantau.<\/p>\n<p>Agak aneh tetapi itu hakikatnya, bahawa jaringan ilmiah di Asia  Tenggara ditaja Kesatuan Eropah. Hal ini berlaku kerana kerangka lama  masih tebal dalam minda kita bahawa persaingan dengan negara jiran perlu  diperhebatkan.<\/p>\n<p>Kita juga masih beranggapan bahawa jiran perlu dilayani secara  berhemah tetapi jangan sampai terlalu pasrah sehingga segalanya  dimaklumi jiran.     <br \/>\n Jika ada kepakaran atau pengetahuan maka kita pendamkan dan jika  perlu hanya berkongsi dengan pihak tertentu yang pasti bukan di kalangan  jiran tetangga. Hal ini lebih ketara dari segi pengajian strategik,  pembangunan ekonomi dan pertumbuhan teknologi termaju.<\/p>\n<p>Realitinya persekitaran dunia sudah jauh berubah. Dengan adanya  globalisasi, maka peranan kita tidak terbatas kepada sempadan negara  saja. Kita perlu meneroka peluang di serata dunia, terutamanya negara  jiran. Dengan adanya konsep inovasi terbuka maka sumber ilmu dan  kepakaran perlu diperoleh di segala peringkat dari seluruh dimensi,  terutama di kalangan jiran tetangga.<\/p>\n<p>Itu kekuatan negara maju khususnya Amerika Syarikat dan Kesatuan  Eropah yang ketika ini adalah wadah paling subur dari segi inovasi dan  perkembangan ilmu. Hal ini diperteguhkan menerusi konsep memanfaatkan  jiran adalah satu keutamaan paling mudah dilaksanakan.<\/p>\n<p>Ini mendorong UTM dan beberapa universiti awam tempatan mengusulkan  penubuhan Forum Cendikiawan Malaysia-Indonesia pada akhir tahun lalu.  Forum yang mendapat dukungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  adalah susulan beberapa pertemuan beliau dengan Presiden Indonesia,  Susilo Bambang Yudhoyono.<\/p>\n<p>Menerusi forum itu, kita berharap lebih banyak inisiatif serantau  dilaksanakan sekurang-kurangnya antara Malaysia dan Indonesia terlebih  dulu. Matlamatnya ialah membentuk sinergi di kalangan sarjana,  penyelidik dan pemikir di rantau ini sebagaimana kerangka yang wujud di  negara EU. Selain bersama melaksana misi kesarjanaan, kita juga berharap  hubungan setiakawan dan jaringan produktif dapat diperteguhkan dalam  konteks keamanan, kemajuan dan kelestarian serantau.<\/p>\n<p>Kemuncaknya kita berharap lebih banyak penjanaan nilai, inovasi,  penemuan ilmiah, harta intelek, gagasan besar dan penghayatan ilmu pada  tahap tertinggi disuburkan di rantau  ASEAN sebagaimana Lembah Silikon  atau persisiran Charles River di Boston dalam konteks model ekonomi  baru.<\/p>\n<p>Usaha ini pada tahap tertentu memang sudah lama berjalan antara  Malaysia dan Indonesia. Malangnya, usaha ini tidak dinukilkan dalam  konteks gagasan serantau dan kenegaraan, sebaliknya terhad kepada  beberapa bidang seperti persuratan dan sastera menerusi Gabungan Penulis  Nasional (GAPENA) dan kerabatnya di Indonesia.<\/p>\n<p>Ketika ini lebih 1,000 mahasiswa Indonesia belajar peringkat ijazah  lanjutan di beberapa universiti awam menerusi dana penyelidikan ditaja  kerajaan Malaysia, sama ada geran Kementerian Sains, Teknologi dan  Inovasi atau geran Universiti Penyelidikan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, ribuan mahasiswa Indonesia mengunjungi universiti di  Malaysia setiap tahun dalam rangka program pertukaran akademik.<\/p>\n<p>Dalam konteks UTM misalnya, Indonesia adalah destinasi utama sejak  2009 menerusi Global Outreach Program (GOP). Pada tahun ini saja,  daripada 5,000 peserta, lebih 1,500 mahasiswa UTM dijangka mengunjungi  pelbagai universiti di Indonesia.<\/p>\n<p>Di kalangan ahli akademik, usaha sama dalam program ijazah  kedoktoran (PhD) bermula pada 2010 lagi. Ini membabitkan mahasiswa dari  dua negara menerusi penyeliaan bersama oleh sekumpulan profesor dari dua  universiti di Indonesia dan Malaysia.<\/p>\n<p>Ini bermakna pengalaman mengendalikan penyelidikan seorang mahasiswa  PhD dapat dikongsi bersama oleh dua institusi ilmu dari dua negara dari  segi pengalaman menyelia, melaksana kajian, penulisan ilmiah dalam  jurnal berimpak tinggi dan reputasi.<\/p>\n<p>Namun, tanpa hebahan barangkali perkembangan positif ini akan luput  dalam lipatan sejarah, atau tidak dihargai. Maka itu sebabnya pada  majlis Konvokesyen ke-46 pada 26 Mac ini, Senat UTM bersetuju untuk  menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada Menteri Pendidikan  Indonesia (sejak 2009), Bapak Prof Dr Ir Muhammad Nuh.<\/p>\n<div><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/b.scorecardresearch.com\/p?c1=8&amp;c2=6864323&amp;c3=993&amp;c4=&amp;c5=&amp;c6=&amp;c10=&amp;c15=&amp;cj=1\" alt=\"\" \/><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rencana (Minda Lestari), Jumaat 25 Mac 2011 Oleh Prof. Dato&#8217; Ir. Dr Zaini Ujang (zaini@utm.my) DALAM konteks serantau di kalangan negara Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN), kerjasama ilmiah masih pada tahap lama. Setiap negara khususnya pada peringkat kerajaan dan institusi ilmu mempunyai sebab untuk bersikap berhati-hati dengan apa saja inisiatif yang dikemukakan. Tidak salah jika [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":322,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":["post-965","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article-in-press"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/965","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/users\/322"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=965"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/965\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=965"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=965"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=965"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}