{"id":976,"date":"2011-04-02T22:42:53","date_gmt":"2011-04-02T22:42:53","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/\/?p=976"},"modified":"2011-04-02T22:42:53","modified_gmt":"2011-04-02T22:42:53","slug":"jasa-horie-kepada-malaysia-tidak-dilupakan-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/2011\/04\/02\/jasa-horie-kepada-malaysia-tidak-dilupakan-2\/","title":{"rendered":"Jasa Horie kepada Malaysia tidak dilupakan"},"content":{"rendered":"<h2><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/bharian\/articles\/JasaHoriekepadaMalaysiatidakdilupakan\/Article\/index_html\">Berita Harian -Rencana (Minda Lestari), Jumaat 1 April 2011<\/a><\/h2>\n<p>Oleh Prof. Dato&#8217; Ir. Dr. Zaini Ujang (zaini@utm.my)<\/p>\n<p><br class=\"spacer_\" \/><\/p>\n<p>MASAHIKO Horie, 65, ialah duta yang luar biasa, murah dengan senyuman  dan cepat mesra. Setiap kali bertemu beliau, Duta Besar Jepun ke  Malaysia itu tersenyum riang dan sering berjenaka. Kali terakhir  bertemu,  saya sempat menterjemahkan seni kata lagu P Ramlee berjudul  Getaran Jiwa yang begitu diminatinya.<\/p>\n<p>Namun lain halnya ketika beliau memberi sidang media pada 15 Mac  lalu mengenai situasi selepas gempa bumi pada skala 9 magnitud dan  tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac jam 2:46 petang.\u00a0  Duta Horie  menangis!<\/p>\n<p>Selepas mendengar berita itu, saya menghantar SMS kepada beliau untuk  sekurang-kurangnya berkongsi empati serta menyampaikan rasa sedih dan  takziah  seluruh warga UTM, khususnya staf Malaysia-Japan International  Institute of Technology (MJIIT).<\/p>\n<p>Berita terkini, ketika artikel ini ditulis jumlah kematian mencecah  11,232 orang dan 16,361 masih hilang. Selain mayat masih bergelimpangan,   banyak lagi cabaran melanda, terutama ketidaktentuan berkaitan loji  jana kuasa nuklear di Fukushima. Tahap radiasi nuklear juga dikesan  30,000 lebih tinggi berbanding daripada aras selamat dalam air laut  berhampiran loji berkenaan.<\/p>\n<p>Sejurus  tragedi 11 Mac, 11 reaktor nuklear di Fukushima I,  Fukushima II, Onagawa dan Tokai ditutup. Loji di Higashidori di pantai  tenggara Jepun juga  ditutup sebelumnya untuk tujuan penyelenggaraan.  Penutupan loji nuklear ini menyebabkan Jepun menghadapi krisis tenaga  serius termasuklah di Tokyo kerana loji nuklear membekalkan 30 peratus  tenaga elektrik di Jepun. Masalah itu dirasakan oleh sektor pembuatan  dan pengangkutan.<\/p>\n<p>Selain memulihkan kembali kawasan dilanda tsunami di Sendai,  tumpuan dunia ialah  loji Fukushima. Persoalan utama mengelakkan letupan  reaktor lain, sekali gus memastikan bahan radioaktif dalam reaktor yang   meletup tidak tersebar. Ini  risiko alam sekitar yang membimbangkan  seluruh dunia, terutama negara jiran.<\/p>\n<p>Sementara itu,  mangsa tsunami mula kembali ke  rumah mereka.  Seperti dijangkakan, kawasan terbabit bagai padang jarak padang  terkukur. Hampir semua perlu dibangunkan semula termasuk infrastruktur  asas seperti jalan raya, bekalan air, elektrik, gas, telekomunikasi dan  saliran. Kos terkini dijangkakan AS$300 bilion.<\/p>\n<p>Memang rakyat Jepun tabah dan sabar. Tidak seperti bencana Katrina  di Amerika Syarikat atau gempa bumi di Haiti, rakyat Jepun tidak hilang  pertimbangan. Banyak yang mereka perlukan selain bantuan kecemasan  ketika pemindahan. Memang banyak hal yang mereka perlu tempuhi termasuk  mencari mayat  keluarga yang  hilang.<\/p>\n<p>Semuanya berlangsung dengan teratur, tertib dan mengikut skim  pengurusan bencana. Tiada jeritan pekik meluah kemarahan kepada kerajaan  atau pasukan bantuan bencana ketika mangsa ditemu bual pihak media.  Tiada demonstrasi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pelan  tindakan bencana yang lambat atau kurang efisien. Malah tidak terserlah  luapan perasaan mereka yang barangkali tidak perhatian sewajarnya.<\/p>\n<p>Dalam diam ramai rakyat Jepun berkorban untuk kepentingan mangsa  lain. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika ditemu ramah siaran  Asian News Channel menyatakan tindakannya ketika isyarat bencana  dibunyikan tanda tsunami akan melanda. Kanak-kanak  keluar dari rumah  dan menjerit mengingatkan jirannya di kalangan warga emas untuk segera  keluar meninggalkan rumah bagi menyelamatkan diri.<\/p>\n<p>Sudah pasti hal ini ada kaitan dengan pemikiran dan budaya orang  Jepun yang sering mementingkan orang lain. Ketika diumumkan mengenai  bencana yang memakan masa panjang untuk pemulihan, pengeluaran makanan  terpaksa dikawal akibat kesan radioaktif, mereka tidak berlumba-lumba  membeli makanan di pasaran untuk disimpan. Ramai yang hanya membeli  untuk keperluan tiga hari bagi memberi peluang kepada orang lain. Malah  tidak ramai peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjual makanan dan  barang pada harga tinggi.<\/p>\n<p>Keadaan ini diperteguhkan lagi menerusi semangat \u2018jinshuku\u2019 atau  berkabung. Secara sukarela, peniaga restoran mengehadkan juadah makanan  yang dihidangkan di restoran serata Jepun. Pusat hiburan ditutup.  Minuman keras tidak dijual. Begitu juga dengan aspek kemewahan seperti  berpakaian dan bersantaian dihadkan kepada keperluan asasi semata-mata  untuk turut merasai penderitaan mangsa dan keluarga bencana.<\/p>\n<p>Demikianlah Duta Horie. Beliau yang akan bersara pada 28 April ini  juga tidak lagi senyum semesra yang saya kenali sejak 2007. Memang  sumbangan beliau ketara terhadap Malaysia, termasuk UTM. Beliau adalah  pemangkin dalam merealisasikan MJIIT. Sejak memulakan tugas di Malaysia  sejak 2007, MJIIT adalah antara projek usaha sama kedua-dua kerajaan  yang menjadi keutamaan beliau. Kepada Duta Horie, selamat bersara.<\/p>\n<p><strong>Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)<\/strong><\/p>\n<div>\n<div>\n<div><a href=\"http:\/\/a.admaxserver.com\/click\/CiQwODlkNGExMC02OTMzLTRmNmUtOGU3NS05YzczNmMzZTY3OTYQ1YgbGPyFGyIDQ1BDKNKUGTDSkBE9AAAAAEAASLPQGVCy0BlaJDJhYmZlNmQxLWMzYmEtNGIwYS1iOGFjLWQ0MzhmNmE3NTk5Y2ICdmpt-gu9OXgAgAEAiAEAkgEAmgEkY2Y1Mjk2OWYtNjg0Ni00ZmY1LWFlODItNmFlZjFlN2ZkYWQ4ogEkNTQ4ODk2YTMtNzkyZi00ZmMwLWE1NzgtMmE1OTE2OGNmOGQ5qgEkMjhlMDIxZWItOTI0Mi00YzYxLWI4NjctMzExMjhiNTBkZGU1sAEBuAEB\/\" target=\"_blank\"><br \/>\n <\/a><\/div>\n<\/div>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/b.scorecardresearch.com\/p?c1=8&amp;c2=6864323&amp;c3=993&amp;c4=&amp;c5=&amp;c6=&amp;c10=&amp;c15=&amp;cj=1\" alt=\"\" \/><\/p>\n<\/div>\n<p><a id=\"talk\" name=\"talk\"><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita Harian -Rencana (Minda Lestari), Jumaat 1 April 2011 Oleh Prof. Dato&#8217; Ir. Dr. Zaini Ujang (zaini@utm.my) MASAHIKO Horie, 65, ialah duta yang luar biasa, murah dengan senyuman dan cepat mesra. Setiap kali bertemu beliau, Duta Besar Jepun ke Malaysia itu tersenyum riang dan sering berjenaka. Kali terakhir bertemu, saya sempat menterjemahkan seni kata lagu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":322,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":["post-976","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article-in-press"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/976","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/users\/322"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=976"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/976\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=976"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=976"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/zainiujang\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=976"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}