Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 – “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”
“Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM2023).
Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.
HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.
