Petua 1: bubuk beras dan daun limau purut


Banyak petua yang zsharer telah cuba untuk menyahkan bubuk beras ataupun ulat beras daripada beras seperti letak cili kering ataupun kayu manis tapi tetap tidak berjaya. Namun akhirnya zsharer telah berjaya dimana sekarang beras zsharer bebas daripada serangan bubuk beras. 


zsharer telah meletakkan daun limau purut kering dalam bekas beras sejak dua bulan yang lalu dah alhamdullilah tiada lagi serangan bubuk beras. Bukan sahaja daun limau purut ni bnyk digunakan dalam masakan rupa-rupanya ia jugak berguna untuk menghalau bubuk beras.