بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Ini merupakan perkara-perkara yang sulit dicari didunia ini. Pertama Emas, Kedua Berlian, Ketiga Diri Mu Sendiri. Mencari kemana-mana tak berjumpa, jumpanya secara kebetulan.
Mengenal diri merupakan perkara yang sulit untuk difahami. Carilah disegala penjuru dunia, tidak berjumpa. Jumpanya secara tidak sengaja.
Berguru kemana-mana belajar untuk mengenal diri. Tapi tak jugak mengenal diri. Bagaimana tak mengenal diri, kerana berguru kepada guru yang belum mengenal diri. Lebih teruk bila gurunya tak tau diri. Jadi, kalau berkeinginan untuk kenal diri, carilah orang yang sudah mengenal diri.
Walau bagaimanapun, kalau kita masih sering melakukan kesalahan, “yaa sudah”, kita yakini, kita masih manusia. Kalau kita masih salah, kita masih manusia. Tetapi, kalau kita boleh memaafkan orang lain, maknanya, kita manusia istimewa.
Memaafkan itu bukan bermakna melupakan. Tetapi, memahami sebab kenapa orang itu melakukannya. Contohnya, seseorang telah mencuri duit kamu. Setelah diselidiki, dia terpaksa, kerana anaknya perlu kos perawatan. Minta, tiada siapa yang beri. Kalau tak dibuat operasi, anaknya boleh mati. Bila kamu tahu, dengan rela hati kamu akan memaafkan.
Memaafkan itu bukan melupakan, bukan mengabaikan, bukan menyimpan, bukan mengamankan, bukan menyembunyikan sambil menunggu habis ditelan waktu. Ia tetap ada. Memaafkan orang itu ada alasannya. Anda berjiwa besar memaklumi bahawa orang itu kenapa melakukan kesalahan. Perlakuannya dapat kamu pahami. Itu makna yang sejatinya.
Tetapi, andainya setelah diselidiki, orang itu sengaja melakukan kesalahan terhadap kamu, itu sulit untuk memaafkan. Sekiranya begini, carilah Murshid, khusus untuk belajar memaafkan orang yang melakukan kesalahan yang disengajakan terhadap kamu. Seperti Nabi, terhadap Abu Sufian, yang berulang-ulang hendak membunuh nabi.
Kemiskinan itu bukan satu kesalahan. Kemiskinan itu bukan satu dosa. Dosanya bila kamu diberi kekayaan, tetapi kamu gunakan untuk menghinakan orang lain. Jangan kamu kira orang yang berlimpah-ruah hartanya bahagia. Ramai yang harta berlimpah-ruah tapi tidak dapat menikmatinya. Isterinya cantik, tapi dia tidak dapat menikmatinya. Makanan enak, tapi dia tidak dapat memakannya disebabkan kondisi tubuhnya.
Terdapat banyak paradigma-paradigma yang dibangun oleh kemanusiaan dalam sepanjang sejarah peradaban manusia. Tetapi ternyata terlalu banyak paradigma-paradigma palsu. Ia hanya bagai fatamorgana. Kebahagiaan kedamaian bukan di rumah, bukan dikenderaan, bukan dijabatan, bukan dibawah jambatan, tetapi kebahagiaan adanya didalam hatimu sendiri, sama-ada kamu bersyukur atau tidak bersyukur.