WELCOME TO MY WEBSITE

Featured

WELCOME…HAVE A NICE DAY

SELAMAT DATANG……SELAMAT MELAYARI LAMAN INI

Laman ini membincangkan perkara-perkara dan fenomena-fenomena yang berkaitan dengan ilmu astronomi. Astronomi merupakan ilmu tertua di dunia dan sebuah disiplin ilmu yang amat unik yang juga dirujuk sebagai Ratu Ilmu Sains. Perkembangan ilmu astronomi juga berdasarkan kedudukan dan kemajuan sesebuah tamadun berasaskan zon geografi masing-masing. Di samping itu, perkembangan astronomi juga berkait dengan kegunaan ilmu astronomi dalam sesebuah ketamadunan. Tamadun-tamadun yang hebat dalam perkembangan astronomi adalah seperti tamadun Sumeria, Babylon, Yunani, Mesir, China, India, Islam dan Maya. Setiap tamadun manusia akan melahirkan tokoh-tokoh astronomi masing-masing dan juga peralatan atau alat untuk mengukur matahari atau bintang bagi memudahkan mereka mengetahui lokasi dan waktu di tempat mereka. Astronomi boleh diaplikasikan di darat, air, udara dan angkasa yang semuanya boleh didokumentasikan seperti calendar, efemeris, almanac dan sebagainya.

This page discusses things and phenomena related to the science of astronomy. Astronomy is the oldest science in the world and a very unique discipline also referred to as Queen of Science.  The development of astronomy is also based on the position and progress of a civilization based on their respective geographical zones. In addition, the development of astronomy is also related to the use of astronomy in a civilization. The great civilizations in the development of astronomy are such as the Sumerian, Babylonian, Greek, Egyptian, Chinese, Indian, Islamic and Maya civilizations. Each human civilization will produce their own astronomical figures as well as tools or tools to measure the sun or stars to make it easier for them to know their location and time. Astronomy can be applied on land, water, air and space which can all be documented such as calendar, ephemeris, almanac and so on.

Apa Khabar Semua!

Featured

Laman ini merupakan kombinasi beberapa kursus yang akan dipelajari di dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik dengan Kepujian. Kejuruteraan Geomatik merupakan bidang teknologi untuk mengukur, mengurus, mempersembahkan dan menganalisis data geospatial yang berkaitan dengan bumi. Data geospatial diperolehi dari pelbagai sumber termasuk pemerhatian satelit yang mengorbit bumi, sensor yang berada di udara, laut dan instrumen terestrial. Data-data ini diproses dan dimanipulasi menggunakan komputer dan perisian terkini. Juga termasuk dalam bidang geospatial ialah pemetaan komputer, penderiaan jauh untuk pemantauan alam sekitar dan kedudukan serta navigasi yang tepat menggunakan Sistem Posisi Global (GPS).

Program Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatic) di Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia adalah salah satu program tertua di Malaysia.

Sebelum tahun 1994 program ini dikenali sebagai Sarjana Muda Ukur (Tanah).

Program ini mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Lembaga Juruukur Tanah Semenanjung Malaysia dan juga dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.