Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tahun 2019, adalah tahun memberi cabaran baru di mana tahun ini adalah tahun di mana saya cuba melatih diri untuk menjadi seorang pemimpin yang baik – mempunyai mentaliti seorang ‘leader’ bukan seorang ‘bos’.
Apa beza antara ‘Leader’ dan ‘Bos’?
- Leader hadir oleh rasa hormat, Bos hadir oleh kuasa yang diberi.
- Leader mementingkan prinsip kemanusiaan, Bos mementingkan proses.
- Leader memperbetulkan kesilapan, Bos menyalahkan orang lain atas kesilapan.
- Leader meminta tolong, Bos mengarah.
- Leader menambahbaik nilai orang lain, Bos menggunakan orang lain.
- Leader memberi motivasi, Bos menggunakan rasa takut.
- Leader memberi pujian, Bos menerima pujian.
- Leader selalu sebut ‘Kami’, Bos selalu sebut ‘Saya’.
Mahu jadi Leader yang hebat?
Anda kena bermula menjadi seorang Follower yang hebat.
Memberi untuk menerima.
Mutalib Mahat
Recent Comments