Archives for February 2019

Jadilah Leader bukan BOS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tahun 2019, adalah tahun memberi cabaran baru di mana tahun ini adalah tahun di mana saya cuba melatih diri untuk menjadi seorang pemimpin yang baik – mempunyai mentaliti seorang ‘leader’ bukan seorang ‘bos’.

Apa beza antara ‘Leader’ dan ‘Bos’?

  • Leader hadir oleh rasa hormat, Bos hadir oleh kuasa yang diberi.
  • Leader mementingkan prinsip kemanusiaan, Bos mementingkan proses.
  • Leader memperbetulkan kesilapan, Bos menyalahkan orang lain atas kesilapan.
  • Leader meminta tolong, Bos mengarah.
  • Leader menambahbaik nilai orang lain, Bos menggunakan orang lain.
  • Leader memberi motivasi, Bos menggunakan rasa takut.
  • Leader memberi pujian, Bos menerima pujian.
  • Leader selalu sebut ‘Kami’, Bos selalu sebut ‘Saya’.

Mahu jadi Leader yang hebat?

Anda kena bermula menjadi seorang Follower yang hebat.

Memberi untuk menerima.

Mutalib Mahat