Asma

Pengenalan

Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Batuk yang sering berlaku adalah pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Bagaimana asma berlaku

Walaupun tiada sebab yang khusus diketahui untuk penyakit asma, semua penghidap mempunyai persamaan yang sama iaitu keradangan saluran pernafasan yang kronik. Saluran pernafasan mereka adalah sangat sensitif kepada pelbagai sebab. Jika terdapat faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku, saluran pernafasan akan menjadi radang (saluran pernafasan mengandungi lendir, bengkak, dan sempit). Seterusnya otot yang berhubung dengan saluran pernafasan ini menjadi lebih sempit daripada biasa. Ini menyebabkan pesakit sukar untuk bernafas dan boleh menyebabkan serangan asma.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan asma berlaku

Penting untuk menyedari perkara-perkara dalam persekitaran anda yang cenderung untuk membuat asma menjadi lebih teruk. Faktor-faktor ini berbeza untuk setiap individu. Perkara yang menyebabkan berlakunya asma adalah seperti berikut:

  • Jangkitan pernafasan dan selsema
  • Pendedahan kepada asap rokok
  • Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan, dan lipas
  • Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
  • Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
  • Tekanan (stress)
  • Latihan (senaman)
  • Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubatan anti-radang bukan steroid seperti asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen

Tindakan yang perlu diambil jika menghidapi asma

Jika seseorang menghidapi asma, dia perlu mengikuti pelan tindakan doktor sebagai langkah berjaga-jaga untuk bersedia menghadapi ancaman serangan asma. Sesiapa yang merasakan boleh berada di dalam kesukaran untuk bernafas atau sesak nafas akut hendaklah segera mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan. Nasihat ini juga disarankan bagi penghidap asma yang merasakan keadaan mereka adalah lebih buruk/teruk daripada biasa atau tidak bertindak balas kepada rawatan yang biasa.

Adakah asma boleh sembuh?

Tidak, tetapi gejala-gejala asma dan serangan boleh bertambah baik dengan rawatan. Jika asma tidak dirawat, pesakit boleh mendapat asma yang lebih teruk dari masa ke masa. Ini boleh menyebabkan kerosakan di saluran udara yang kekal. Tujuan penjagaan asma adalah untuk mengelakkan serangan asma yang boleh memburukkan lagi keadaan pesakit.

Ubat-ubatan yang sesuai untuk pesakit asma

Terdapat dua jenis ubat-ubatan asma

  1. Ubat-ubatan pengawal – adalah untuk kawalan asma yang berterusan. Ubat-ubatan ini membantu mengurangkan keradangan ketika serangan asma. Ubat-ubat ini perlu diambil setiap hari sama ada seseorang mempunyai gejala atau tidak. Ubat pengawal termasuk kortikosteroid dihidu (jenis ubat utama) dan perencat leukotriene. Contoh ubat : Beclomethasone, Budesonide, Fluticasone .
  2. Ubat Penyelamat – diambil apabila tanda-tanda serangan asma bermula dan ia boleh menghentikan serangan tersebut.  Antara ubat yang digunakan termasuk beta-agonis dan anticholinergic. Contoh ubat: Salbutamol, Terbutaline, Fenoterol, Ipratropium bromide (Atrovent).

Bagi kedua-dua ubat pengawal dan ubat penyelamat di atas alat sedut adalah kaedah yang berkesan, dimana pesakit perlu mengendalikan alat sedut tersebut dengan betul supaya ubat tersebut boleh mencapai bahagian dalam paru-paru yang memerlukannya. Adalah penting untuk mempelajari penjagaan dan penggunaan alat sedut tersebut dengan betul.

Terdapat banyak jenis alat sedut (inhaler). Salah satunya adalah alat sedut dos bermeter (MDI). Cara penggunaan MDI sedut adalah:

  1. Duduk atau berdiri tegak
  2. Keluarkan penutupnya dari corong
  3. Letakkan alat sedut dengan jari telunjuk di bahagian atas tabung dan ibu jari di bahagian bawah
  4. Goncang alat sedut
  5. Tarik nafas sepenuhnya melalui mulut dan hembus nafas perlahan-lahan
  6. Letakkan pelekap mulut alat sedut di dalam mulut. Tutup bibir di sekitar corong dengan rapat. Dongakkan kepala sedikit ke belakang
  7. Mula untuk menarik nafas perlahan-lahan dan mendalam melalui corong dan pada masa yang sama tekan ke bawah pada tabung alat sedut dengan jari telunjuk
  8. Terus tarik nafas dalam dan dengan perlahan-lahan tahan nafas selama 5 hingga 10 saat (mengikut kemampuan)
  9. Keluarkan alat sedut dari mulut dan hembus nafas perlahan-lahan melalui hidung tanpa membuka mulut
  10. Tunggu 1 minit sebelum mengulangi dos kedua
  11. Gantikan penutup selepas digunakan
  12. Bilas mulut selepas menggunakan steroid yang telah disedut

Pencegahan asma

Serangan asma tidak dapat dielakkan, tetapi asma boleh dicegah.

  • Elakkan faktor penyebab sebanyak mungkin
  • Ambil ubat-ubatan seperti yang disyorkan
  • Orang yang mempunyai alahan luaran harus mengelakkan aktiviti luar apabila bacaan indeks pencemaran adalah tinggi/tidak sihat.
  • Senaman juga boleh menyebabkan berlakunya asma. Beberapa perkara boleh membantu seperti menjalankan aktiviti pemanasan (warming up) sebelum memulakan aktiviti dan secara beransur-ansur melakukan penyejukan badan selepas bersenam. Elakkan bersenam semasa jangkitan saluran pernafasan serta elakkan senaman dalam cuaca yang sangat sejuk.

APA ITU BEKAM?

Adakah bekam benar-benar membantu di dalam proses penyembuhan ini atau pun ianya hanyalah satu kaedah perubatan tradisional yang mengandungi amalan serta pantang larang yang bertindak mengurangkan kesan penyakit? Mari kita kenali apa itu BEKAM.

Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.

Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.

Orang-orang di Eropah pula dikhabarkan menggunakan lintah sebagai alat berbekam. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila ditempelkan pada tubuh manusia yang sakit, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, lintah tersebut tidak berupaya lagi untuk bergerak, lantas jatuh dan mengakhiri penghisapannya.

JENIS-JENIS BEKAM

BEKAM KERING

Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.

BEKAM BASAH

Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.

Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.


BEKAM API

Kadang disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.

PERBEZAAN BEKAM DAN DERMA DARAH

BERBEKAMDERMA DARAH
Darah dari kalipariDarah dari arteri
Mengeluarkan toksid dan kotoran sahajaSemua kandungan bendalir keluar
Tidak keluar semua darah putihKeluar sel darah putih beserta sel darah merah
Keluarkan zat besi berlebihan (elak talasemia)Mengeluarkan mineral dan zat besi dari tubuh

Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya. Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.

FAEDAH BERBEKAM

  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

Kesemua faedah yang dinyatakan di atas adalah bergantung kepada individu. Ada yang mengalami salah satu atau pun sebahagian darinya. Rawatan hendaklah dibuat beberapa kali sehingga menampakkan hasil.

Kesan Sampingan Bekam


Sepertimana kaedah perubatan lain, bekam juga mempunyai kesan sampingan sekiranya tidak dilakukan dengan kaedah yang betul. Antara kesan sampingan yang boleh timbul ialah jangkitan kuman serta penularan penyakit yang disebabkan oleh peralatan yang tidak disteril.

Kepada yang ingin mencuba kaedah rawatan bekam hendaklah terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan tradisional serta doktor anda. Umumnya, individu yang tidak digalakkan untuk berbekam ialah wanita mengandung, wanita haid, wanita yang kerap keguguran, individu yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius dan pengidap penyakit kulit serius.

Perut Buncit?? Sihat ke?

perut buncit

Kalau sebut mengenai perut buncit, pasti ramai individu, sama ada lelaki atau wanita mahu mengelakkannya. Maka wujudlah pelbagai jenis mitos dan kepercayaan berkaitan kesihatan perut ini.

5 mitos berkaitan perut buncit

Diet pemakanan yang seimbang merupakan antara faktor penting dalam penjagaan kesihatan. Ia dapat membantu anda untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. 

Walau bagaimanapun, dikatakan terdapat beberapa perkara tertentu berkaitan pemakanan yang boleh mengakibatkan anda mengalami perut buncit, betul ke?

Berikut adalah 5 mitos popular yang mengaitkan masalah perut buncit:

1. Tidur selepas makan

Kebanyakan individu takut untuk tidur selepas makan kerana bimbang akan kenaikan berat badan atau kegemukan. Namun, sebenarnya tabiat tidur boleh mengundang masalah lain berkaitan kesihatan. 

Menurut Jurulatih Bertauliah dan Pakar Pemakanan Peribadi, Kevin Zahri, kenaikan berat boleh berlaku akibat makan selepas tidur adalah tidak tepat. Ini kerana proses kenaikan atau penurunan berat badan tidak bergantung kepada jarak anda makan dan tidur. 

Sebaliknya anda boleh menjadi gemuk bergantung kepada kadar pengambilan kalori sepanjang hari. Jika kalori masuk adalah lebih tinggi berbanding kalori yang keluar, maka kecenderungan untuk berat badan meningkat adalah tinggi.

Umumnya, tidur selepas makan dalam keadaan perut kenyang boleh menyebabkan masalah seperti pedih ulu hati dan peningkatan risiko strok. Pakar mencadangkan 2 jam selepas makan adalah tempoh terbaik untuk tidur.

2. Makan bersulam air

Pernah tidak anda dimarahi kerana makan bersulam dengan minum? Kononnya boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Tetapi kalau makanan itu pedas, bagaimana pula?

Mungkin ada benarnya perut akan menjadi buncit, tetapi untuk tempoh sementara sahaja. Ini kerana menurut Kevin, lebih banyak isipadu air yang diminum, maka akan lebih buncit perut anda.

Tetapi isipadu air itu akan dicerna dan diserap oleh badan dalam proses pencernaan makanan. Keadaan ini sekali gus akan menghilangkan masalah buncit yang dialami.

perut-buncit-dan-masalah-kesihatan

3. Mandi selepas makan

1 mitos paling popular berkaitan makan adalah dilarang mandi selepas mengambil sesuatu hidangan makanan berat, kononnya boleh mengakibatkan perut buncit. Ini kerana proses pencernaan makanan akan terganggu akibat penurunan suhu badan semasa mandi, betul ke?

Mengarut sangat! Ia adalah mitos semata-mata. Tidak terdapat langsung hubungan atau kaitan antara mandi sama ada air sejuk atau air panas, selepas makan dengan perut yang buncit. Jadi selepas ini, jangan guna alasan ini untuk mengelakkan mandi, okay?

4. Tabiat merokok

Ada sesetengah perokok mengelak daripada merokok kononnya sebab tidak mahu menjadi buncit. Tetapi adakah kepercayaan itu sahih?

Umumnya, merokok sememangnya berbahaya untuk kesihatan. Namun, secara faktanya tabiat merokok sejurus selepas makan adalah sama seperti merokok 10 batang rokok. Jadi, ia tidak menyebabkan perut menjadi buncit, tetapi akan meningkatkan risiko masalah penyakit lain. 

Nasihat daripada kami di Hello Doktor, berhenti merokok adalah 1 pilihan terbaik untuk kesihatan anda.

5. Kena bersenam selepas makan

Selepas makan perlu terus bersenam kalau tidak mahu mengalami masalah buncit. Seriously? Anda baru lepas makan dan kekenyangan, kemudian kena pula bersenam seperti berlari atau turun naik tangga untuk mengelakkan buncit?

Kenapa mahu menyeksa diri? Bersenam dalam keadaan perut yang kenyang dan penuh dengan makanan hanya akan menyebabkan masalah ketidakselesaan pada perut. Anda berisiko untuk mengalami loya serta masalah kesihatan lain yang berbahaya. 

Jadi kalau anda masih ingin bersenam selepas makan, kerana takut gemuk atau buncit, sebaiknya lakukan senaman ringan seperti berjalan perlahan-lahan. Atau lebih baik, lakukan sebarang aktiviti fizikal 4 jam selepas makan.

Masalah perut buncit dan kesihatan

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Berikut disenaraikan 3 punca lazim perut membuncit:

  • Angin atau gas

Merupakan faktor penyebab utama perut menjadi buncit. Keadaan itu berlaku kerana terdapat angin yang terhasil dalam saluran pencernaan apabila makanan tidak dapat dicernakan dengan sempurna. 

Perkara ini selalu berlaku dalam kalangan individu yang mengalami masalah lactose intolerance atau tidak tahan dengan laktosa serta penyakit Coeliac iaitu alahan pada gluten.

Walau bagaimanapun, gejala itu hanyalah bersifat sementara sahaja dan berlaku apabila wujudnya makanan sebagai pencetus simptom.

  • Hormon 

Perubahan hormon seperti mengalami menopaus, akan membuatkan penghasilan hormon seks estrogen berkurangan. Keadaan ini akan menyebabkan pengumpulan lemak pada bahagian perut. 

Masalah lemak yang tidak sekata boleh mengakibatkan perut menjadi buncit. Selain itu perubahan hormon ketika kedatangan haid juga boleh menyebabkan masalah buncit serta penghadaman.

  • Gemuk 

Sudah tentu perut yang buncit berlaku disebabkan masalah berat badan yang semakin meningkat. Pengambilan makanan yang berlemak dengan kandungan karbohidrat berlebihan boleh menyebabkan masalah obesiti serta peningkatan risiko penyakit kronik, seperti masalah berkaitan kesihatan jantung. 

perut-buncit-dan-masalah-kesihatan

Kesimpulannya 

Masalah perut buncit boleh berlaku walaupun bukan selepas makan. Ia terjadi disebabkan banyak faktor seperti masalah perubatan atau pengamalan diet rendah lemak. 

Jadi kebanyakan mitos selepas makan sebagai penyebab buncit adalah tidak benar sama sekali. Paling utama, jagalah kesihatan badan dan pastikan bersenam, okay?

Gula Perang VS Gula Putih. Mana lagi baik?

gula perang

Gula dalam sejarah dunia

Sebelum kita berbincang tentang perbezaan antara gula perang dan juga jenis-jenis gula yang lain, mari kita imbau kembali sejarah gula dalam peradaban manusia. Di benua Asia, gula mula dihasilkan di sub-benua India sejak zaman purba. Dari situ, penyebarannya mula berlaku sehingga ke Afghanistan masa kini. Penting untuk diingatkan bahawa gula bukanlah sesuatu yang mudah didapati mahupun murah ketika zaman purba. Malahan, di kebanyakan bahagian-bahagian lain di dunia ketika itu, pemanis utama yang digunakan adalah madu. Asalnya, manusia awal mengunyah tebu demi mendapatkan rasa manis gula di dalamnya. Mujurlah untuk penduduk Asia Tenggara dan sub-benua India, tebu merupakan spesis tumbuhan yang natif kepada kawasan tersebut, membolehkan penemuan ciri-ciri dan potensi tebu. Antara rujukan sejarah terawal berkaitan tebu boleh didapati dalam manuskrip Cina, dikatakan bertarikh sekitar abad ke-8 BCE. Dalam tradisi perubatan tamadun India (Ayurveda), gula asalnya bukanlah sesuatu yang dikira penting sehinggalah mereka menjumpai kaedah untuk menukarkan gula daripada tebu menjadi granul kristal, memudahkan proses simpanan dan penghantarannya. Gula dalam bentuk granul kristal ini mula ditemui pada zaman empayar Gupta sekitar abad ke 5 CE.  Pelayar-pelayar India yang membawa mentega dan juga gula ini kemudiannya bertindak mengajar pelayar dan pedagang lain yang mereka temui dalam perjalanan mereka. Tidak lama kemudian, sami Buddha yang bermusafir pula membawa ilmu penghasilan gula ini ke tanah besar China.

Struktur dan jenis gula

Gula, dalam bentuk karbohidrat, merupakan salah satu daripada makronutrien polimer semula jadi yang penting untuk kestabilan fungsi badan manusia selain lemak dan protein. Ianya merupakan nutrisi utama kerana monomer atau bahan binaan asasnya (glukosa) merupakan ‘bahan bakar’ utama metabolisma badan kita, membekalkan tenaga untuk aktiviti sel, tisu dan juga organ. Selain itu, ianya juga penting bagi membentuk struktur-struktur kompleks yang menjadi bahan binaan sel-sel dalam badan kita. Dari segi strukturnya, glukosa terdiri daripada tiga elemen asas iaitu karbon, hidrogen dan oksigen. Gula dapat dikelaskan kepada tiga paras yang berbeza berdasarkan paras rantaiannya. Ketiga-tiga paras tersebut adalah:

  • Monosakarida – Monosakarida ialah kumpulan struktur gula yang paling asas dan kecil. Dalam erti kata lain, ianya adalah batu-bata kepada struktur polimer yang lebih kompleks. Gula asas atau gula mudah dalam kumpulan monosakarida ini tidak boleh lagi dipecahkan melalui proses hidrolisis kepada unit yang lebih kecil. Contoh gula asas dalam kumpulan ini adalah glukosa, galaktosa, fruktosa, ribosa, dan deoksiribosa.
  • Oligosakarida – Berada satu tahap lebih tinggi dalam bentuk struktur berbanding kumpulan monosakarida. Ianya adalah kumpulan yang membabitkan gabungan lebih daripada satu struktur gula asas, serendah-rendah gabungan dua unit, sehinggalah setinggi lapan unit monosakarida. Dalam pembentukan rantaian monosakarida yang lebih panjang dan kompleks ini, setiap unit terikat dengan yang lain melalui ikatan glikosida. Oligosakarida boleh dibahagikan kepada kumpulan disakarida, trisakarida, dan seterusnya menurut bilangan unit monosakarida yang terdapat dalam molekulnya. Contoh Oligosakarida yang mungkin anda pernah dengari termasuklah maltosa, laktosa dan juga sukrosa.
  • Polisakarida – Polisakarida merupakan kelas karbohidrat yang mempunyai lebih daripada lapan unit monosakarida, menjadikannya berada pada hierarki tertinggi dalam struktur rantaian gula. Polisakarida seterusnya dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan homopolisakarida (contohnya kanji, glikogen dan selulusa) dan juga kumpulan heteropolisakarida (contohnya heparin).

Dari sudut nutrisi dan juga untuk kepentingan kesihatan, terdapat dua jenis karbohidrat utama yang selalu dibincangkan iaitu ringkas dan kompleks. Jenis yang ringkas atau disebut sebagai refined carbs dalam bahasa Inggeris, merujuk kepada gula ringkas yang terdapat di dalam kek, gula-gula, biskut, makanan diproses, atau air bersoda. Gula putih juga dianggap sebagai karbohidrat ringkas. Gula ringkas boleh didapati di dalam susu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gula ringkas mudah dihadam dan diserap ke dalam darah. Gula ringkas menyebabkan insulin lebih cepat meningkat. Ini bukanlah sesuatu yang diinginkan kerana peningkatan paras gula yang laju dan mendadak dalam darah akan menyebabkan kecederaan kepada salur darah dalam jangka panjang.

Bagi gula kompleks pula, ianya terdiri daripada dua kumpulan iaitu jenis yang berkanji dan juga bijirin penuh. Kedua-duanya mengambil lebih masa untuk diuraikan dan untuk dihadam oleh badan. Turut disebut sebagai whole carbs dalam bahasa Inggeris, ianya merupakan alternatif yang lebih sihat berbanding gula ringkas kerana keupayaannya untuk tidak mengakibatkan peningkatan paras gula dalam darah yang mendadak dan cepat. Selain itu, ianya juga berupaya untuk membekalkan tenaga dalam tempoh yang lebih lama akibat daripada peningkatan paras gula yang beransur-ansur dan terkawal. Tambahan lagi, bijirin penuh adalah sumber serat dan nutrien yang baik. Sesetengah bijirin tertentu mungkin mengandungi zat besi dan asid folik (seperti beras putih dan roti putih).Contoh makanan yang tergolong dalam kumpulan gula kompleks ini adalah seperti berikut:

Berkanji 

  • Sayuran berkanji seperti kentang, kacang, jagung
  • Roti, bijirin

Bijirin penuh

  • Oatmeal
  • Kacang dan bijian (badam, walnut, kacang tanah)
  • Buah-buahan (beri, epal)
  • Kacang kering
  • Roti gandum
  • Beras perang
  • Sayuran

Apa itu gula perang?

Gula perang adalah gula yang berteraskan sukrosa yang kaya dengan molases. Ianya boleh terjadi melalui beberapa cara sama ada tanpa proses tapisan, melalui sedikit proses tapisan dan mempunyai warna perang akibat sisa molases (gula perang semula jadi) ataupun ianya boleh dihasilkan dengan penambahan molases kepada gula putih komersil sedia ada di pasaran (gula perang komersil). Majoriti daripada gula perang yang berada di pasaran adalah daripada kategori yang terakhir iaitu dengan penambahan molases daripada gula tebu kepada kristal gula putih yang ditapis di kilang. Gula perang yang disediakan dengan cara ini mempunyai tekstur yang lebih kasar berbanding gula perang yang tidak terhasil melalui cara ini. Molasesnya juga dapat dipisahkan dengan mudah daripada kristal gula putih dengan hanya membasuhnya. 

Gula perang semula jadi

Gula perang semula jadi, gula mentah atau gula tebu penuh adalah gula yang mengekalkan sebilangan molases di dalamnya. Memandangkan terdapat lebih banyak molases dalam gula perang semula jadi, ianya mengandungi lebih sedikit nilai nutrisi dan juga kandungan mineral berbanding gula komersial biasa. Sesetengah daripadanya mempunyai nama atau terma yang khusus dan juga ciri-ciri yang unik. Berdasarkan perbezaan ini, ianya boleh dijual dengan nama-nama seperti Turbinado, Demerara dan juga gula mentah jika ianya telahpun melalui proses centrifuge pada darjah yang tinggi. Turbinado, Demerara dan juga gula mentah ini dihasilkan daripada jus gula tebu separa meruap yang sudah menjadi kristal terlebih dahulu sebelum melalui proses centrifuge yang disebut tadi bagi membuang hampir kesemua kandungan molasesnya. 

Jika ianya tidak melalui proses centrifuge pada darjah yang tinggi (atau tidak melalui proses penapisan), ianya akan mengandungi kandungan molases yang lebih tinggi dan disebut dengan pelbagai nama mengikut negara dan juga budaya serata dunia seperti Panela, Rapadura, Jaggery, Muscovado, Piloncillo dan sebagainya. Kesemua gula yang disebut tadi dan juga gula perang gelap yang lain sama ada melalui proses centrifuge pada kadar yang minima, atau tidak langsung melaluinya. Lazimnya, gula daripada jenis ini dihasilkan di kilang-kilang kecil di negara-negara membangun di seluruh dunia kerana kebanyakan kilang kecil ini tidak mempunyai teknologi centrifuge ataupun vakum tahap industri. Ia sebaliknya dididihkan dalam kuali panas menggunakan dapur kayu sehingga jus gula tebu mencapai kira-kira 30% daripada isipadu asal dan pembentukan kristal sukrosa mula berlaku. Kemudiannya, ianya akan dituang ke dalam acuan untuk mengeras atau dalam periuk penyejuk sebelum diketuk dan dipecahkan untuk menjadi bentuk pasir yang halus. 

Manfaat kesihatan gula perang

Terdapat ramai orang yang mempercayai bahawa ianya merupakan alternatif yang jauh lebih sihat berbanding gula putih biasa selain mempunyai rasa yang berbeza dan lebih enak. Trend kesihatan ini telah mempelopori pelbagai perkara seperti industri penghasilan dan penjualan gula perang, bisnes minuman dan juga penghasilan manisan berteraskannya. Antara dakwaan manfaat kesihatan yang dicanangkan adalah ianya mampu untuk melegakan kejang akibat datang bulan dan juga mampu memberikan kesan antipenuaan. Namun yang demikian, adakah ianya benar bahawa memilih gula perang ini adalah lebih baik? Adakah dakwaan terhadap manfaat dan kebaikannya bersandarkan kepada kajian saintifik?

Persoalan manfaat kesihatan itu lebih mudah untuk dijawab, maka ianya akan dibincangkan terlebih dahulu. Ianya mudah untuk dijawab kerana tidak ada sebarang manfaat kesihatan yang terbukti ataupun telah dikaji yang dapat dikaitkan dengan gula perang. Kemungkinan besar, rasa sihat dan hebat yang terhasil setelah mengambilnya dapat disandarkan kepada kesan placebo semata-mata. 

Dari sudut nutrisi pula, tidak ada perbezaan yang ketara antara gula perang dan gula putih tapisan yang komersial. Ianya mengandungi 377 kalori untuk setiap satu ratus gram, pengurangan yang sangat sedikit berbanding gula putih tapisan komersial yang mengandungi 387 kalori bagi jumlah yang sama. Kesemua mineral yang terdapat di dalamnya berpunca daripada kandungan molases. 

Namun yang demikian, kuantiti mineral dan vitamin yang terdapat di dalamnya adalah terlalu rendah untuk memberi apa-apa kesan yang signifikan atau bermakna kepada mereka yang mengambilnya. Untuk tujuan itu, kebanyakan pakar nutrisi dan juga mereka yang benar-benar arif tentang pemakanan akan menyimpulkan bahawa tidak ada manfaat tambahan dengan menjadikannya alternatif kepada gula putih tapisan komersial. 

Sebaliknya, ia hanyalah gimik kesihatan yang cuba untuk melariskan sesuatu produk dengan menjenamakannya sebagai makanan yang lebih sihat dan bersih. Seperti yang diceritakan dalam bab yang sebelumnya, kebanyakan daripada gula perang komersial yang berada di pasaran adalah versi yang telah diolah daripada gula putih tapisan melalui penambahan molases. Oleh yang demikian, anda tidak perlulah berasa bersalah sekiranya anda memilih gula putih berbanding pilihan ‘sihat’ ini kerana hakikatnya, tiada perbezaan yang ketara antara kedua-duanya dan pelbagai faktor lain yang memberikan kesan yang lebih signifikan kepada kesihatan anda seperti kuantiti dan corak diet anda.

Kesan pengambilan gula yang berlebihan

Di Malaysia, makanan yang tinggi dengan gula bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Minuman manis mudah didapati dan diambil dengan hampir semua hidangan. Minuman seperti teh ais, kopi, milo dan sebagainya menjadi kegemaran buat si kecil mahupun orang dewasa. Apa yang lebih merisaukan adalah minuman manis yang kaya dengan gula ini lazimnya diambil dengan hidangan yang turut kaya dengan kalori daripada gula dalam bentuk berbeza -nasi. Nasi adalah polimer kompleks bagi gula atau lebih tepat lagi, karbohidrat. Ianya merupakan makanan ruji di Malaysia, mendominasi sebahagian besar pinggan-pinggan hidangan di negara ini. Dalam satu hidangan bersertakan satu minuman sahaja, sebahagian besar keperluan kalori harian seseorang itu telahpun dipenuhi. Akibat daripada tabiat mengambil makanan yang tinggi dengan kalori daripada gula atau karbohidrat, ianya menyebabkan badan seseorang itu terus menerus membawa dan mengumpul kalori yang berlebihan dan juga simpanan gula (glukosa) yang tinggi dalam badan. 

Apabila gula dimakan dan dihadam, 4 kilo kalori tenaga dihasilkan untuk setiap satu gram gula mudah. Penghadaman karbohidrat bermula di mulut – di peringkat mulut, enzim amylase akan dikeluarkan oleh kelenjar-kelenjar air liur di sekitar bahagian dalaman mulut manusia. Proses pemecahan gula kompleks kepada gula yang lebih pendek dan asas ini berlaku melalui penguraian ikatan glikosida antara unit-unit gula. Penghadaman gula ini berlaku dengan tidak lengkap dan akan disambung semula apabila bahan makanan sampai ke bahagian usus kecil. Di dalam bahagian awal usus kecil, turut dikenali lebih tepat lagi sebagai Duodenum, enzim amylase dikeluarkan oleh struktur pankreas dan bertemu dengan bahan makanan, menghadam dengan lebih lanjut gula yang terdapat di dalamnya.

Pengambilan karbohidrat yang banyak mampu membekalkan tenaga yang banyak, dengan syarat, ianya digunakan. Oleh sebab itu, atlet profesional mengambil karbohidrat yang banyak bagi membekalkan badan mereka dengan jumlah tenaga yang tinggi bagi memenuhi keperluan tenaga harian mereka. Namun yang demikian, rakyat Malaysia rata-ratanya mengamalkan gaya hidup sedentar walaupun mereka mengambil jumlah karbohidrat dan gula yang tinggi. Apabila kandungan gula berlebihan dalam badan berlaku, terdapat beberapa proses yang akan berlaku bagi mengawal paras gula dalam darah. Antaranya ialah proses glikogenesis (penghasilan glikogen). Glikogen ini adalah gula dalam bentuk simpanan. Organ yang banyak bertanggungjawab dalam melaksanakan proses ini adalah organ hati. Glikogenesis hati menyumbang kepada penurunan paras glukosa dalam darah. Hormon yang paling penting dalam pengawalan kepekatan glukosa dalam plasma darah adalah insulin. Insulin yang terikat pada reseptor spesifik pada permukaan sel dalam tisu adipos dan otot, meningkatkan kadar kemasukan glukosa ke dalam sel-sel ini. 

Proses seterusnya dalam membantu mengawal kandungan gula berlebihan dalam darah adalah pembentukan lemak. Seperti yang dinyatakan di atas, reseptor untuk insulin boleh didapati pada permukaan tisu adipos (tisu lemak). Ini bermakna ianya juga boleh mengambil gula lebihan untuk disimpan. Dalam usaha untuk menurunkan paras gula dalam darah, gula lebihan akan diproses menjadi suatu struktur yang dikenali sebagai asetil coA. Asetil coA adalah bahan binaan asas yang digunakan untuk membina tisu lemak sekali gus menambah bilangan lemak pada badan seseorang.

Pertambahan glukosa susulan akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi tinggi dan dalam jangka masa panjang, akan menyebabkan kecederaan kepada salur darah di dalam saraf dan juga salur darah kecil. Selain itu, ianya juga boleh menyebabkan rintangan insulin. Susulan daripada pengambilan gula berlebihan dan rintangan insulin ini adalah penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus Type 2). Tambahan lagi, pengumpulan lemak berlebihan akan menyebabkan seseorang itu berisiko untuk mendapat penyakit obesiti. Kecederaan salur darah akibat daripada produk akhir metabolisma gula berlebihan ini juga dapat menyebabkan penyakit salur darah koronari, yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit jantung seperti serangan jantung akut dan juga kegagalan jantung. 

Sebagai konklusi, trend kesihatan belum tentu mempunyai asas saintifik yang kukuh. Oleh yang demikian, berhati-hati apabila anda mendengar dakwaan kesihatan tertentu tentang sesuatu dan lakukan bacaan daripada sumber ilmiah yang sahih.

Best of life

SEMPUT SERANG TANPA MENGIRA USIA

Sukar bernafas, pernafasan yang tidak selesa atau lebih dikenali sebagai semput sering berlaku apabila menjelang usia emas. Ia masalah biasa yang berlaku dalam kalangan warga emas, namun boleh menyebabkan tekanan dan ketakutan bukan saja kepada pesakit, tetapi penjaga.

Menurut Pakar Perubatan Keluarga dan Ketua Pusat Pemeriksaan Kesihatan Hospital Beacon Dr Raja Ahmad Shaharul Raja Abdul Malek, adakalanya pesakit tidak pernah mengalami semput ketika muda, namun ia menyerang apabila menjelang usia tua.

“Bahkan ia boleh menjadi lebih teruk. Semput adalah satu gejala yang mungkin menunjukkan masalah dari segi sistem pernafasan. Kebiasaannya, ia berkaitan dengan penyakit asma apabila mengeluarkan ‘bunyi berdehit’ apabila menghembus keluar udara ketika bernafas.

“Namun, ada juga banyak keadaan lain yang boleh menyebabkan semput seperti lemah jantung, bronkitis, penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan sebagainya,” katanya.

Ujarnya, serangan terjadi apabila tiub pernafasan menjadi sempit sekali gus menyebabkan pesakit lebih susah untuk bernafas.

Warga emas lebih mudah mendapat semput disebabkan faktor usia, sistem pernafasan yang tidak sebaik dulu dan dipengaruhi penyakit lain hingga menjadikan masalah yang dihidapi bertambah teruk.

Bahaya semput

Ada pelbagai punca terjadinya sesak nafas. Ia mungkin disebabkan oleh pelbagai keadaan yang membabitkan paru-paru, jantung atau sistem pengaliran darah di dalam badan.

Kejadian sesak nafas tidak dapat dijangkakan kerana banyak punca yang boleh menyerang pesakit. Namun, antara punca paling utama semput me­nyerang pesakit ialah persekitaran ataupun alahan.

“Jika seseorang itu terdedah kepada asap dan sebagainya, ia mungkin boleh memulakan serangan semput. Ada juga pesakit yang boleh mengalami masalah berkenaan jika termakan jenis makanan yang memberi alahan kepada mereka.

“Secara amnya, gaya hidup seperti pemakanan, merokok dan pendedahan kepada persekitaran yang berasap serta jerebu akan meninggikan risiko individu itu mendapat serangan semput,” katanya.

Jelasnya, semput boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit terutama warga emas kerana ia boleh menyerang secara tiba-tiba. Jika tidak bersedia, ia boleh menjadi satu situasi yang mencemaskan bukan saja kepada pesakit, tetapi juga kepada penjaga.

Padah menimpa jika semput tidak dikawal dan diberikan rawatan sewajarnya kepada pesakit dengan segera ketika ia menyerang. Risiko komplikasi semput kepada warga emas merangkumi banyak aspek dan paling ketara dari segi fizikal pesakit.

“Individu yang mengalami masalah semput mudah lelah sekali gus menyebabkan mereka kurang melakukan aktiviti fizikal dan sukar membuat aktiviti harian lain.

“Ada pesakit yang memerlukan oksigen apabila semput dialami terlalu teruk. Jika ia berlaku, pesakit perlu sentiasa bersiap sedia dengan ubat sedut (inhaler) dan tahu cara menggunakannya untuk menangani serangan semput ini,” katanya.

Individu yang disyaki mengalami semput perlu berjumpa doktor dengan segera bagi melakukan pemeriksaan lanjut dan memberi rawatan sesuai mengikut keadaan pesakit.

Rawatan yang diperlukan untuk mengatasi semput bergantung kepada punca masalah berkenaan, ia boleh disebabkan pelbagai faktor. Justeru untuk mengatasinya, doktor perlu mengenal pasti semput boleh terjadi kepada pesakit berkenaan.

Bijak atasi semput

Apabila seseorang itu diserang semput, pertama sekali jangan panik. Berhenti melakukan segala aktiviti fizikal, cuba lakukan pernafasan dengan sempurna dan teknik betul.

“Jika ada ubat sedut, sila ambil dengan cara yang betul. Selalunya, tindakan ini dapat mengawal keadaan serangan.

“Pada masa sama, minta pertolongan rakan atau ahli keluarga untuk dibawa ke hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Kebiasaannya, pesakit akan diberi rawatan oksigen namun ia bergantung kepada punca serangan semput,” katanya.

Ujarnya, semput mungkin boleh dicegah jika pesakit dapat mengawal penyakit sedia ada. Faktor persekitaran yang boleh meningkatkan risiko mendapat semput seperti jerebu, tempat berasap dan merokok perlu dielakkan.

Amalan pengambilan makanan sihat dan senaman yang sesuai juga penting untuk memastikan seseorang itu memiliki tubuh yang sihat.

Selain itu, pemeriksaan yang dilakukan secara berkala terutama golongan warga emas juga membantu memantau keadaan kesihatan bagi memastikan penyakit lain yang boleh menyebabkan semput dapat dikawal dengan baik.

Tambahnya, pencegahan sebarang bentuk penyakit sentiasa memerlukan usaha jangka panjang termasuklah penyakit yang menyebabkan semput.

Namun, bagi mencegah masalah semput dalam kalangan warga emas, pendidikan kesihatan perlu didedahkan sejak usia masih muda.

Gaya hidup sihat seperti makanan dan senaman yang bersesuaian selain kurangkan merokok, mengelakkan diri daripada terdedah kepada faktor persekitaran seperti pencemaran udara membantu mencegah serangan semput.

Bukan hanya pesakit, malah ia perlu dibantu oleh masyarakat sekeliling. Menjaga kesihatan dari segi gaya hidup sihat ketika umur 30, 40 mahupun 50-an akan menentukan kesihatan seseorang apabila usia meningkat tua.

Begitupun, semput boleh menyerang tanpa mengenal usia, malah ramai orang yang sudah berusia mampu hidup sihat dan sejahtera.

“Mentaliti masyarakat di negara ini berkaitan kesihatan dan penyakit kronik amat lemah. Ramai orang berpendapat penyakit kronik seperti masalah paru-paru, kencing manis dan darah tinggi akan dihidapi apabila usia meningkat senja.

“Fikiran seperti ini perlu diubah. Kita mempunyai pilihan untuk menentukan tahap kesihatan sendiri untuk menjalani hidup yang lebih gembira di usia emas,” tegasnya.

ISTIMEWANYA ANAK SULUNG PEREMPUAN

“Ingat senang ke nak jadi anak pertama ni. Orang senanglah kata ada banyak kelebihan anak sulung. Tapi, yang peritnya bukan orang pandang. Senang-senang anggap kita ‘bossy’ dan pentingkan diri.”

Bagi adik-adik, mungkin mereka mencemburui banyak kelebihan anak sulung. Contohnya, anak sulung akan didahulukan dalam pelbagai perkara – mereka dapat memandu kereta dulu, mereka dapat pegang ‘handphone’ dulu, dan mereka selalu mempunyai ‘kuasa’ terhadap adik-adik apabila ibu bapa tiada.

Malah, anak pertama dalam keluarga dianggap menerima kasih sayang yang melimpah daripada ibu bapa. Apatah lagi, sesetengah mereka telah dinantikan kehadirannya selama bertahun-tahun lamanya.

7 PENGORBANAN ANAK SULUNG YANG KITA SELALU TERLEPAS PANDANG

Walaupun ibu bapa sentiasa cuba berlaku adil, ramai yang mengaku bagaimana mereka akan berubah daripada seorang ibu atau bapa yang ‘garang’ kepada seorang yang lebih ‘lembut’.

Perubahan ini biasanya berlaku apabila apabila usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kadangkala ada pengorbanan anak sulung yang kita terlepas pandang.

1. IBU BAPA LEBIH ‘STRICT’ DENGAN ANAK SULUNG

“Masa kakak dulu, Mak Abah asyik marah je kalau tengok TV. Sekarang ni, senang-senang saja adik dapat tengok Youtube di ‘smartphone’.”

Masa pertama kali jadi ibu bapa, secara semulajadinya kita akan lebih bersemangat dan mahu melakukan yang terbaik. Mungkin juga kerana faktor usia yang masih muda ketika itu.

Sebab itulah kita banyak menetapkan peraturan (dan bertegas dengannya). Tapi, apabila masuk anak kedua atau ketiga, ramai daripada kita yang dah semakin sibuk, letih, lebih fleksibel dan akhirnya mula memberi kelonggaran terhadap perkara tersebut.

cara atasi anak menangis

Foto Kredit: fun-edu.ru

2. ANAK SULUNG JADI ‘BAHAN EKSPERIMEN’

Faktor ini juga berkait rapat dengan point di atas. Di kala ibu bapa masih belum mahir mengendalikan anak-anak, maka banyaklah kesilapan yang dilakukan apabila pertama kali mencuba.

Dari segi pemilihan makanan, pakaian, taska, dan barang mainan – kita selalunya akan ambil masa yang paling lama untuk pilih yang terbaik. Namun disebabkan kurang pengalaman, tentulah ada sesetengahnya yang tidak menjadi dan tidak sesuai dengan minat atau kemahuan mereka.

Tapi, ketahuilah bahawa ibu bapa anda sendiri sedang belajar dan ketika itu memang itulah tahap terbaik yang mereka dapat lakukan untuk anda!

Foto Kredit: news.xinhuanet.com

Foto Kredit: news.xinhuanet.com

3. ANAK SULUNG PERLU MENJADI CONTOH

Ramai anak sulung mula berasa tertekan apabila mereka mula persekolahan. Mana tidaknya, mereka rasa ‘perlu’ menjadi contoh yang baik buat adik-adik.

Maka, ramailah antara mereka yang membesar menjadi seorang ‘perfectionist’. Seperti yang dinyatakan oleh laman web Parents.com,  tingkah laku ini juga terjadi kerana mereka membesar dengan meniru kelakuan ibu bapa, iaitu orang dewasa. Maka, mereka mempunyai kecenderungan untuk berbuat apa yang orang dewasa buat, bukannya kanak-kanak.

Menariknya, kelebihan anak sulung ini mendorong mereka untuk cemerlang dalam kehidupan. LiveScience juga menyokong fakta ini dengan merungkaikan bahawa di kalangan 23 angkasawan NASA, 21 daripada mereka adalah anak sulung. (Dan 2 orang lagi adalah anak tunggal)

Foto kredit : rhythms.apeejay.edu

Foto kredit : rhythms.apeejay.edu

4. ANAK SULUNG MENGALAH UNTUK ADIK

Setelah lahirnya anak kedua atau ketiga, ada anak pertama yang sering berkecil hati dan cemburu. Kini, mereka terpaksa berkongsi kasih sayang ibu bapa dan tidak lagi mendapat perhatian 100% seperti dahulu. Mereka diajar untuk menyayangi dan mengasihani adik walaupun pada hakikatnya kadangkala emosi mereka masih belum bersedia.

Inilah salah satu punca ‘sibling rivalry’ atau pergaduhan adik beradik yang selalu berlaku akibat cemburu. Dalam hal ini, biasanya yang sulung akan diminta oleh ibu bapa untuk mengalah. Malah, memang selalu kita dengar kisah di mana abang dan kakak sanggup mengorbankan masa dan persekolahan demi membantu kedua ibu bapa menyara keluarga, bukan?

Ada kalanya ibu bapa tak menyuruh pun si sulung mengalah, tapi atas rasa tanggungjawab, mereka akan berbuat demikian secara semulajadi.

Foto Kredit: lady.day.az

Foto Kredit: lady.day.az

5. ANAK SULUNG SELALU DIPERSALAHKAN

Dalam kebanyakan hal, memang mereka akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga adik-adik. Mungkin ada adik beradik yang merungut dan menggelar mereka ‘bossy’.

Tapi, tahukah anda bahawa tanggungjawab ini bukanlah satu keistimewaan tetapi juga ‘beban’? Sebaliknya, mereka boleh dipersalahkan dan dihukum apabila tidak dapat menjalankan tanggungjawab mengikut kehendak ibu bapa.

kelebihan anak sulung

Foto Kredit: happyandpretty.com

6. ANAK SULUNG DIANGGAP ‘SEMPURNA’

Anak sulung sangat ‘takut’ untuk membuat sebarang kesilapan. Apatah lagi jika ibu bapa sering meletakkan ‘harapan’ yang tinggi berbanding adik-beradik yang lain. Impaknya, mereka kurang meneroka bidang yang mereka minati dan lebih percaya kepada sesuatu yang diyakini oleh ibu bapa.

Ahli psikologi kanak-kanak, Dr Rachel Andrew juga mengakui bahawa secara tidak langsung, kebanyakan anak sulung lebih terdedah untuk mengalami kemurungan yang serius. Walaupun mereka telah mencapai keputusan yang baik dalam pelajaran, namun ada yang masih keliru dan tidak gembira dengan apa yang mereka lakukan.

Foto Kredit : dawnnews.tv

Foto Kredit : dawnnews.tv

7. ANAK SULUNG IKUTKAN KEMAHUAN IBU BAPA

Walau apa pun yang mereka lalui, anak sulung biasanya bersifat ‘memendam’ perasaan dan tidak pandai memprotes. Kebanyakan mereka sanggup diperlakukan seperti apa pun oleh adik-beradik yang lain demi memastikan keluarga sentiasa bersatu dan harmoni. Jarang kita nampak mereka membantah atau mendahulukan keinginan mereka.

Ini kerana, kebanyakan anak pertama mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan ibu bapa dan tak sanggup melukakan hati mereka.

sifat anak kedua

Foto Kredit: afineparent.com

BANYAK JUGA KELEBIHAN ANAK SULUNG

Walaupun ada banyak pengorbanan yang telah dilakukan sebagai anak sulung, ia juga boleh dilihat dari segi positif. Yang penting, setiap ibu bapa perlu memastikan mereka menjadi pendengar setia sungguhpun mempunyai pendekatan yang berbeza dalam mendidik anak-anak.

Salah satu cara kita sebagai ibu bapa untuk menunjukkan penghargaan kepada anak sulung adalah dengan memberi sokongan dan ruang kepada mereka untuk mencuba. Selain itu, tunjukkan gambar-gambar lama mereka dan ingatkan bagaimana mereka juga ditatang bagai minyak yang penuh ketika lahir ke dunia.

Penting ke BMI (Body Mass Index)?

Body Mass Index (BMI) adalah sukatan lemak badan berdasarkan tinggi dan berat seseorang (lelaki & perempuan). Formula BMI adalah seperti berikut:

BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]

Kategori BMI:

  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5-24.9
  • Overweight = 25-29.9
  • Obese = BMI of 30 or greater

Tapi …. pentingkah BMI dalam menentukan berat badan anda yang ideal?

Hmmm tak jugak. Tidak menjadi masalah untuk mengetahui nilai BMI. Tapi adakah anda berpuas hati sekiranya BMI anda dalam kategori normal? Perasaan “puas hati” itu datang daripada kita sendiri.

Perlukah anda mengira BMI untuk mengenalpasti bahawa anda sebenarnya obes? Saya rasa tak perlu BMI. Tengok cermin pun dah tahu. Bagi saya, BMI adalah beberapa kekurangkan.

  • Bentuk Badan: Bagi mereka yang berbadan “stocky” secara automatik akan mempunyai BMI yang tinggi. “Berat” dalam pengiraan BMI tidak membezakan lemak & otot. Contoh: ahli bina badan akan mempunyai nilai BMI yang tinggi walaupun mereka kelihatan fit and sihat.
  • Struktur Tulang: Sesetengah orang mempunyai rangka tulang yang besar dan padat. So of couse nila BMI mereka lebih tinggi.
  • Menilai tahap fitness: Patutkah anda lega sekiranya nilai BMI anda “normal”. Hmmm…anda sendiri kena jawap soalan itu tetapi BMI tidak dapat menilai your tahab kecergasan dan kesihatan anda.

Jadi apakah berat badan yang ideal?

Baiklah, bagi saya andalah penentu berat badan anda yang sesuai. Bukan saya, bukan BMI! Yang penting adalah kegembiraan dan kepuasan masing-masing. Kalau anda rasa gembira dengan rupa diri anda, tidak perlu rujuk kepada BMI atau sesiapa.

Hanya perlu buka baju dan cermin diri sendiri. Tengok bahagian mana yang anda ingin kurang mahupun tambahkan.

Hanya perlu buka baju dan cermin diri sendiri. Mungkin anda rasa perlu kurangkan berat. Mungkin anda rasa perlu kempiskan peha. Itu yang penting. Tengok bahagian mana yang anda ingin kurang mahupun tambahkan. Tak kiralah. 1kg ke 10kg. Dan andaikata anda berjaya kurangkan, sekali lagi tengok cermin dan menilai. Ini adalah proses yang berterusan. Lagi-lagi apabila manusia tidak pernah berpuas hati 🙂

Semoga anda berjaya 🙂

Nasi Lemak VS Roti Canai

Di sini saya nak kongsikan serba sedikit mengenai roti canai dan juga nasi lemak.
Jika kita bekerja pada umur 20thn dan makan roti canai 1 setiap hari kita mungkin tidak akan hidup pada umur 55thn. Kenapa ye? ?
Sebiji roti canai mengandungi kalori yang sama dengan kita berjogging sejauh 5km.

 Ini bermakna jika kita berjogging sejauh 5km lepastu sapu sebiji roti canai ini serupalah kita tak berjogging langsung.Yg tu sebiji roti canai tapi kita mana cukup satu. tu blom roti canai telur, planta dan macam2 lagi.Ini kerana dalam membuat roti canai minyak terlalu banyak digunakan.Nak uli tepung taruh minyak,nak canai taruh minyak lagi.Nk goreng taruh minyak. Tu blom minyak tukang masak roti canai (peluh mamak) hehehe..

Bila kita exercise,kita berpeluh jadi penyakit akan keluar juga melalui peluh tu. Lagi satu, jangan makan roti canai yang pembuatnya pakai cincin sebelah kiri. Paham-paham jela kenapa ye..hehehe..Sebagai langkah alternatif makanlan capati kerana capati tak guna minyak.


Nasi lemak pula kandungan santan yang amat tinggi. Jadi kolestrol dia pon tinggi jgk. tetapi Nasi lemak la makanan kegemaran rakyat malaysia. Prof. ungku aziz ditanya mengenai rahsia beliau dengan keadan fizikan dan minda yang sehat walaupon umur lebih 80thn. Dia cakap tidak makan nasi lemak atau jarang sekali la..

 

So mana pilihan anda? Nasi Lemak atau Roti Canai atau kedua-duanya…

Gotong-royong perdana perumahan staf desa bakti…

 

Gotong royong sebelum bulan Ramadan di Perumahan Desa Bakti