Usah jadikan pandemik alasan tidak bersukan

Terdapat segelintir dikalangan individu mungkin tidak pernah bersukan atau dikatakan baru ingin menjinakkan diri dengan sukan selalunya malu dan mempunyai persepsi negatif sehinggakan mereka membuat keputusan untuk tidak bersukan. Isu ini boleh ditangani kerana dengan adanya mindset yang tepat dan bersesuaian ianya mampu membantu kita sentiasa kekal bermotivasi.

Selain itu, ketika pandemik ini, digalakkan juga untuk bersenam bersama rakan-rakan secara maya atau menggunakan aplikasi kecergasan kerana dengan cara membandingkan prestasi dengan rakan-rakan ianya membantu meningkatkan motivasi individu secara luaran.

Tentu amalan gaya hidup sihat sebegini dapat memberikan banyak manfaat dalam kehidupan kita dan masyarakat. Disamping menyihatkan tubuh badan, aktiviti seperti ini juga dapat meninggalkan memori berharga dan menjadi motivasi yang sangat berkesan untuk memastikan masyarakat sihat meneruskan kehidupan. Jangan jadikan pandemik ini sebagai alasan untuk kita hidup dalam keadaan lemah tanpa kekalkan tabiat hidup yang sihat. “Sukan untuk Sihat”.

Link: Jump Rope for fun