-MONDAY BLUES-

Each morning when I open my eyes I say to myself: I, not events, have the power to make me happy or unhappy today. I can choose which it shall be…. I have just one day, today, and I’m going to be happy in it. Have a Great Monday!

SERASI BERSAMA – KENANGAN YANG TAK DAPAT DILUPAKAN – SEM 1 SESI 2019/2020

~KENANGAN~

Terima kasih kepada semua pelajar pada semester kali ini. Banyak kenangan dan ragam dapat dikongsi bersama. Suka duka sepanjang kita bersama untuk semester ini sangat memberikan makna yang mendalam kepada saya. Segala ilmu dan pengalaman yang kita ada telah kita kongsi dan lalui bersama. Percayalah saya sentiasa menunggu kejayaan kamu semua dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak didik saya tidak kira lah dimana kamu semua berada. Saya halalkan semua ilmu dan apa yang saya kongsikan untuk semester ini. Semoga kamu semua berjaya menjawab peperiksaan untuk semua subjek.

#DONE!!!

~KEJAYAAN TIDAK AKAN HADIR JIKA KITA TIDAK MENGEJARNYA~

 

HAPPY NEW YEAR !!!

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR UTM.

“Tahun cepat berganti bagaikan daun gugur tertiup angin. Sedih, gembira, susah senang lebur menjadi satu demi menyambut tahun yang baru. Selamat Tahun Baru 2020”

“Sebuah akhir selalu ada awal yang baru. Semoga di tahun baru 2020 ini akan menjadi langkah menuju suksesnya hidup. Selamat tahun baru”

“Tak terasa setahun sudah dilalui saatnya meningkatkan amalan yang baik di tahun yang baru ini. Selamat tahun baru 2020”

“Membungkus setitik harapan, menjadikannya sepucuk doa di penghujung waktu. Terbangkan di samudera dan langit tertinggi dengan penuh harap kan menjadi pelangi yang indah. Semoga selalu diberikan kebahagian bagi semua. Selamat tahun baru”

“Masa lalu merupakan kenangan terindah, masa kini adalah yang nyata adanya sedangkan masa yang akan datang adalah suatu pengharapan setiap insan. Semoga dapat terwujud segala impian. Selamat tahun baru 2020”

“Tiada kata seindah syair, tiada mutiara secantik bidadari di surga. Berjuta manusia menantikan detik-detik mendebarkan. Hanya satu yang mampu terucap Selamat tahun baru”

JIWA AKADEMIA

Pembangunan modal insan seharusnya bermula di peringkat akar umbi lagi. Justeru, tidak dapat dinafikan golongan pendidik memegang amanah besar bagi melahirkan pemimpin masa depan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, keluhuran adab sopan, kemantapan integriti, dan sahsiah diri yang unggul. Oleh yang demikian, karisma seorang pendidik dituntut untuk memberi impak besar kepada pembangunan modal insan yang seimbang.

Mendidik dengan sentuhan kasih sayang meliputi kesantunan, perhatian, memuliakan, menghargai, dan menghormati. Sikap sedemikian menjadikan pelajar lebih bermotivasi, menenteramkan jiwa, dan memberikan inspirasi kepada mereka. Amanah dan tanggungjawab memerlukan kejujuran, memegang teguh kepercayaan dan integriti yang tinggi daripada seorang pendidik.  Ini akan menjadikan proses pendidikan lebih bermakna.  Ilmu tanpa amal tidak mampu memberi apa-apa kesan dalam kehidupan seseorang.   

Oleh yang demikian, dengan semangat yang ada seperti inilah yang membuatkan saya berada di tempat saya sekarang iaitu sebagai salah seorang warga pendidik.  Saya memilih kerjaya sebagai pendidik kerana saya diberikan peluang oleh UTM untuk menjadi salah seorang pendidik di UTM. Setelah saya menghabiskan pengajian di peringkat PhD, saya terus diberikan peluang oleh panel sains sukan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pensyarah sains sukan di UTM. Walaupun saya graduan PhD di dalam bidang teknologi, saya dipilih oleh panel sains sukan untuk meneraju bidang teknologi dalam sukan dengan kepakaran yang saya perolehi. Dengan minat yang mendalam dalam bidang teknologi  dan sukan ini, akhirnya saya berbakti kepada UTM sebagai salah seorang akademia dalam tempoh masa dua bulan dari tarikh panggilan temuduga.

Sebagai seorang pendidik, saya sering bimbang akan isu dimana adakah pelajar saya mudah menerima teknik pengajaran saya yang menggunakan teknologi yang mereka tidak familiar dan yang paling utama adalah kebimbangan jika mereka tidak dapat adaptasikan pembelajaran mereka kedalam kehidupan seterusnya. Cabaran yang dirasai sebagai seorang akademia adalah untuk melahirkan pelajar yang sentiasa kreatif dan aktif. Pengalaman yang pernah dirasai adalah sentiasa tercabar dengan teknologi-teknologi yang semakin canggih yang digunakan dalam pendidikan. Cabaran bagi saya sebagai akademia yang baru untuk meneraju teknologi dalam proses PnP saya dan memastikan pelajar sentiasa selesa dan mengaplikasikannya dalam proses pembelajaran mereka.

Walaubagaimanapun, untuk saya memilih menerajui bidang akademia ini adalah bermula daripada melihat akan semangat seorang pendidik yang telah pun menjadi idola saya di dalam bidang ini.  Beliau adalah seorang pensyarah dalam bidang teknologi dan merupakan salah seorang penyelia ketika saya melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Ketabahan beliau dalam mendidik dan memastikan anak didikannya berjaya mencapai apa yang diingini sering membuatkan saya kuat dan terinspirasi untuk berjaya sepertinya. Inspirasi dan menjiwai bidang ini bukannya datang dari beliau sahaja bahkan melihat akan kejayaan isterinya juga membuatkan saya semakin cintakan kerjaya yang sedang digalas ini. Walaupun kejayaan mereka semakin meningkat naik, apa yang dapat dinilai dari mata hati saya adalah mereka sentiasa ikhlas menjalankan tanggjungjawab mereka dan yang paling menjadi panduan kepada saya adalah kita jangan pernah sekalipun menjatuhkan orang lain untuk mencapai kejayaan kita. Kata-kata yang sering diungkapkan mereka kepada saya juga sentiasa saya pegang iaitu jika kita memudahkan kerja orang, Allah akan memudahkan kerja kita pula. Ikhlaskan hati dan jangan mudah merungut dengan apa yang kita lalui. Sabar itu tidak mudah tetapi sabar akan menjadi mudah jika kita sentiasa semai didalam jiwa kita.    

Dalam mendidik ‘anak sendiri’, pendidik sebagai ibu atau ayah pastinya memikirkan  hanya yang terbaik untuk ‘anak mereka’. Mereka bukan sahaja berperanan untuk memastikan pelajar dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan melalui kurikulum tetapi juga membentuk akhlak, menerapkan nilai murni dan memupuk nilai keagamaan dalam diri pelajar mereka.  Proses penerapan ilmu dan akhlak ini tidak boleh dilaksanakan secara mekanikal tanpa melibatkan perasaan dan semangat untuk mendidik, malah emosi memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran.

Nescayanya, apa yang dapat diungkapkan adalah bukan mudah untuk berjuang sebagai seorang akademia. Terlalu banyak tanggungjawab, kerja dan bebanan yang perlu digalas. Banyak jiwa-jiwa akademia yang telah hilang akibat daripada mengejar pangkat, wang ringgit, imbuhan, nama dan sebagainya. Kelalaian seperti inilah yang boleh membunuh jiwa-jiwa kita secara kita tidak sedar. Walaubagaimanapun, kita perlu ingat kita boleh memilih untuk bergerak kejalan yang bagaimana. Pesanan dari mereka-mereka yang lebih awal menerajui bidang akademia sering di ingati dan tersemat didalam jiwa ini. Ikhlaskan hati dan sentiasa ingat “Kerana Tuhan Untuk Manusia”. Semoga jiwa akademia yang baik dapat diwarisi dan dikekalkan sepanjang hayat. “Jangan Di Bunuh Jiwa Itu”.  

“Jangan Di Bunuh Jiwa Itu”

~Soul of Academia~
Adjah


# HAPPY HOLIDAY..!!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua..

Selamat pulang kekampung kepada semua pelajar-pelajar UTM..semoga anda semua ceria dan bergembira bersama keluarga. Jaga keselamatan dan tahniah kepada semua kerana telah menamatkan peperiksaan pada semester 201820192 ini. Tahniah untuk semua..!! 

# FINAL EXAM 201820192

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. 

Selamat menduduki peperiksaan akhir bagi semester 201820192.

Tips menjawab soalan peperiksaan :p

  1. Bertenang
  2. Tawakal
  3. Yakin