Para graduan, jangan memilih pekerjaan. Jangan melihat pada angka gaji dan sijil kelayakan.

Saya pernah ditemuduga dengan sebuah institusi. Rezeki saya rupanya adalah pada temuduga yang ke-5!

Saya pernah bekerja cuci tandas semasa pengajian master; saya belajar merendahkan hati bila ada yg memandang sinis.

Saya bekerja di Pusat Bahasa Inggeris yg tiada kena mengena dengan kelayakan saya. Saya pernah dihina penguasaan bahasa saya oleh seseorang; namun saya berhenti dengan kemahiran Bahasa Inggeris tahap 9 (beruntungnya saya punya mentor yang selalu memberi dorongan).

Saya berulang alik JB dan KL mengajar pelajar diploma kolej swasta semasa pengajian PhD walaupun duit gaji banyak yang habis di jalan raya; saya lengkapkan diri dengan pengalaman mengajar kerana bidang pendidikan saya perlukan diri kaya dengan pengalaman dan kemahiran pendidikan.

Saya pernah mengeluh. “Panjangnya jalan saya!”

Beberapa hari ni kerap terlintas dengan isu graduan sarjana muda, sarjana dan PhD yang menganggur. Semoga Allah bukakan ruang dan peluang serta pintu rezeki untuk semua. Barangkali boleh cuba menimba pengalaman. Tidak dinafikan ia banyak membantu perjalanan hidup yang mendatang.

Sijil kelayakan adalah keperluan, namun sudah tidak menjamin masa depan. Yang menjamin masa depan adalah sikap dan keinginan belajar tanpa henti.

Semoga berjaya!