Pemakluman/Annoucement: Perlanjutan Penutupan Portal CIMB Clicks Merchant/Heads up service interruption via CIMB Clicks impacting ePayment services & CIMB Clicks Merchant Portal access

Featured

Assalammualaikum W.R.T & Salam Sejahtera.
YBhg. Prof. / Dr. / Saudara, 

Adalah dimaklumkan bahawa penutupan sistem di portal CIMB Clicks Merchant adalah dilanjutkan sehingga 1 Disember 2020. Oleh itu, pelajar adalah disarankan untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi UTMSmart atau MyUTM.

Bagi bayaran yang telah dibuat oleh pelajar melalui portal CIMB Clicks bermula 25 November 2020 sehingga tarikh tersebut tidak dapat dikemaskini di akaun pelajar oleh Seksyen Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UTM disebabkan penutupan sementara sistem di portal CIMB Clicks Merchant.

Oleh itu, kepada pelajar yang telah membuat bayaran dalam lingkungan tarikh tersebut hendaklah emelkan resit bayaran beserta maklumat pelajar (Nama Penuh, Nombor Kad Pengenalan/Nombor ISID) kepada norazizi@utm.my atau shmariam-sps@utm.my  bagi tujuan pelepasan sekatan hutang untuk pendaftaran kursus Semester 1, 2020/2021.

Sebarang kesulitan yang berlaku amat dikesali.

Sekian terima kasih.  

__________________________________________________________________

Please be informed that the system closure on the CIMB Clicks Merchant portal has been extended until 1 December 2020. Therefore, students are advised to make payment using UTMSmart or MyUTM application.

For payments made by students through CIMB Clicks portal from 25 November 2020 until that date they are unable to be updated into students’ account by the Student Financial Section, Department of the Bursar UTM due to the temporary system closure of the CIMB Clicks merchant portal.

Therefore, for students who have made payment within the date, kindly email the payment receipt together with student information (Full Name, Identity Card Number/ ISID Number) to norazizi@utm.my or shmariam-sps@utm.my for the purpose of debt restrictions release for course registration of Semester 1, 2020/2021.

Apologies for any inconvenience caused.Thank you.

Promosi Penginapan di BATC Lodge UTM Kuala Lumpur

Assalamualaikum wrt wbr. dan salam sejahtera,
Khas buat pelanggan BATC Lodge yang dihormati, 
BATC Lodge kini menawarkan promosi bilik penginapan dengan harga serendah RM65.00 sahaja bagi satu malam. Promosi ini merupakan promosi harga termurah yang ditawarkan khas buat anda semua. Promosi ini adalah sah sehingga Julai 2021. Berikut merupakan senarai harga promosi dan bilik-bilik penginapan yang terdapat di BATC Lodge:
🌸 Bilik Single : RM 90.00 Kini hanya RM 65.00 Nett

🌸 Bilik Double : RM 120.00 Kini hanya RM 95.00 Nett

🌸 Bilik Superior Deluxe : RM 180.00 Kini hanya RM 120.00 Nett

🌸 Bilik Single Long-Term (Bulanan) : RM 960.00 Kini hanya RM 690.00 Nett

Tempahlah sekarang dan kami sedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang kami atau boleh sahaja menghubungi talian khidmat pelanggan kami. Berikut merupakan maklumat berkaitan yang boleh anda hubungi: 

Facility and Room Accommodation, 
Business Advanced Technology Centre ( BATC),
Faculty Technology And Infomatic Razak  ,
Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur,
Phone : 03-2180 5319 / 5309
Faks : 03-2180 5422
Operating Hour :-
Monday to Thursday : 8.00 a.m. – 5.00 p.mLunch hour : 1.00 p.m. – 2.00 p.m
Friday : 8.00 a.m. – 5.00 p.m
Lunch hour : 12.15 p.m. – 2.45 p.m.
Primary Email: batc.rs@utm.my 
WebSite:      http://razakschool.utm.my/facilities/  ,  
http://apps.razak.utm.my/myhotel

GIMNASIUM STADIUM AZMAN HASHIM UTM

Assalamualaikum wm. wbt. dan Salam Sejahtera. 


YBhg. Dato’./Prof./Tuan/Puan yang dihormati,


Sukacita  dimaklumkan bahawa GIMNASIUM STADIUM AZMAN HASHIM UTM sudah mula beroperasi kepada semua warga UTM.   


Waktu Operasi seperti berikut:
8.00 pagi – 11.00 pagi (Ahad hingga Khamis) 
4.00 petang – 7.00 petang (Ahad hingga Khamis)


Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami :-
Pejabat – 07 5536890
Pn. Siti Noor Adzfar – 011 11275164
En. Shyaiful Aiman – 011 29266551

2021: TERBITAN BAHARU

Judul: Selangkah Ke Arah Kelestarian Global Keusahawanan Negeri Johor
Penulis:  Kamariah Ismail & Salina Muhammad
ISBN: 9789835217388
Harga : 50.00

Sinopsis:Buku ini membincangkan tentang hala tuju keusahawanan global bagi mengekalkan kelestarian Industri Kecil Sederhana (IKS) di negeri Johor di samping memberi nafas baharu dalam membangunkan perusahaan yang berpotensi tinggi seperti hasil pertanian, penternakan dan perikanan. Model pendekatan dimensi yang digunakan adalah model triple helix melalui inisiatif Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) atau kini dikenali sebagai Johor Innovation Valley (JIVe). Buku yang mengandungi 10 bab ini mengupas isu-isu dan cabaran untuk mengekalkan kelestarian keusahawanan IKS sebagai hab sekuriti makanan, keperluan latihan yang komprehensif, dan juga pengenalan teknologi dan teknik terbaharu untuk meningkatkan hasil pertanian dan penternakan. Selain itu, buku ini juga menggarap peluang dan kaedah bagi memperkasa jaringan revolusi industri halal selain memberi pendedahan mengenai penggunaan platform digital sebagai kaedah jual beli, penjenamaan dan pemasaran produk halal paling efektif di peringkat global. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan buat semua golongan usahawan IKS yang ingin mengetahui cara mengubah kaedah perusahaan konvesional kepada penggunaan inovasi baharu yang lebih cekap dan berteknologi tinggi untuk produk dan perkhidmatan mereka, berpaksikan libatsama kepakaran Universiti, sokongan kerajaan negeri, dan juga penglibatan industri dalam pemerkasaan ekonomi masyarakat itu sendiri.Dapatkan salinan anda di:

Kedai Buku Universiti Penerbit UTM Press

81310 UTM Johor BahruJohor

MALAYSIA

Tel: 07-5536336/07-5535754
Pautan pembelian atas talian:
https://penerbit.utm.my/booksonlinehttps://shopee.com.my/utmpress

PROMOSI PENJUALAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN KHAS “UTM” SEMPENA TAHUN BAHARU 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Semua Staf UTM

YBhg. Datuk/YBrs. Prof./Ts./Ir./Sr./Ar./Dr./Saudara,

PROMOSI PENJUALAN NOMBOR PENDAFTARAN “UTM” SEMPENA TAHUN BAHARU 2021

Terlebih dahulu UNIT ENDOWMEN UTM mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 202.
PROMOSI TAHUN BAHARU 2021
Diskaun yang menarik sebanyak 30 Peratus hingga 55 peratus tertakluk kepada terma dan syarat.  Bayaran perhidmatan dikenakan sebanyak RM10 setiap nombor pendataran yang dibeli bermula 1 Disember 2020 hingga 31 Januari 2021.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI untuk memiliki nombor pendaftaran kenderaan khas “UTM” dengan tawaran istimewa dalam sebelum tempoh promosi berakhir.
Sila layari https://bida.utm.my/User/Pembida/Default.aspx
APA NO. PLATE YANG MASIH ADA: Taip nombor sahaja (1238)Klick https://bida.utm.my/User/Pembida/SemakNombor.aspx
Penjualan Nombor Pendaftaran Khas “UTM” dalam PROMOSI TAHUN BAHARU 2021
ini adalah secara WALK-IN (WhatsApps/Emel) & tidak melalui bidaan.

CARA MEMBELI SECARA WALK-IN TANPA HADIR KE KAUNTER

Hantar maklumat melalui whatsApp: 019-7270158 / 012-7721037

1. Salinan Kad Pengenalan depan & belakang ATAU SSM / Sijil Pendaftaran Syarikat

2. Alamat emel

3. No. Staf / Kad Matrik Pelajar/ Kad Pesara/ Kad Alumni (Salinanan iIazah / Diploma UTM)

4. Slip bayaran EFT bank / ATM (Tambah RM10 untuk bayaran perkhidmatan setiap no. plate yang dibeli)

CARA BAYARAN

Secara Electronic Fund Transfer (EFT)

No. Akaun Ambank Islamic Berhad/Ambank Berhad: 8881 0209 83100

Bayaran atas nama (payable to): Universiti Teknologi Malaysia

Ref. no Plate UTMXXXX
Secara Tunai – Datang ke
Unit Endowmen, Bahagian PemajuanJabatan Timbalan Naib canselor (Pembangunan)Aras 4 Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim
UTM Johor Bahru
POTONGAN GAJI STAF UTM – 6 bulan
Muat turun borang, silaklikBorang Potongan Gaji No Plate UTM
Terima kasih atas kesudian membeli nombor pendaftaran kenderaan khas “UTM” sambil menderma bagi membantu pelajar UTM yang amat memerlukan bantuan kewangan.
Urusetia
Unit Endowmen, Bahagian PemajuanJabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)Aras 4 Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim
UTM Johor BahruTel. +607-5531043/42endowmen@utm.my

Makluman : Lanjutan Tarikh Penyertaan Pertandingan Video Pendek KKP FM3S.

Assalammualaikum.wrt.wbt & Salam Sejahtera,

YBrs. Prof/ Prof.Madya/ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari,
Perlanjutan Tarikh Penyertaan Pertandingan Video Pendek KKP FM3S

Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa Pejabat  OSHE UTM telah memutuskan untuk melanjutkan tarikh tutup penyertaan bagi pertandingan video pendek KKP seperti ketetapan berikut :

Tarikh Tutup Penyertaan (Baharu)31 Mei 2021
HariIsnin
Masa11.59pm

Lanjutan tarikh penyertaan ini adalah selaras dengan penangguhan Fiesta Maya 3S fasa ke-2 yang akan berlangsung pada bulan Julai 2021.
Kepada peserta yang telah menghantar penyertaan, anda boleh menghantar semula penyertaan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada hasil karya ciptaan anda. Jika tidak, OSHE@UTMKL akan menerima video asal yang di telah dihantar sehingga ke tarikh tutup penyertaan yang baharu.

Sehubungan dengan itu, penyertaan daripada semua warga UTM (staf & pelajar) amatlah dialu-alukan. Sila layari http://kl.utm.my/oshe/pertandingan/ bagi pendaftaran penyertaan & maklumat lanjut pertandingan.
Jangan lepaskan peluang ini. Penyertaan adalah percuma dan hadiah lumayan menanti anda!
Sekian, terima kasih.
“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”
Saya yang menjalankan amanah,

UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE)Universiti Teknologi MalaysiaJalan Sultan Yahya Petra54100 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2615 4927/4667Emel: oshe.kl@utm.myLaman Web:http://kl.utm.my/oshe