PEMAKLUMAN DARIPADA PENGURUSAN USHOP
TEMPAHAN BAJU KORPORAT UTM TERBAHARU
Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera kepada Warga UTM yang dihormati!
Sejajar dengan kempen penjenamaan semula UTM, baju korporat terbaharu telah dilancarkan dengan warna yang lebih menarik dan menepati warna korporat UTM. Baju ini didatangkan dengan saiz yang lebih pelbagai. Berikut adalah beberapa maklumat penting berkenaan tempahan baju korporat yang terbaharu ini:
- Terbuka untuk pra-tempahan (pre-order) bersama wang pendahuluan sahaja
- Tarikh tutup tempahan baju korporat UTM (kumpulan 3/round 3) adalah pada Rabu, 26 Disember 2018 di Kedai Universiti
- Deposit RM50akan dikenakan bagi setiap helai baju yang ditempah (untuk semua saiz)
- Tempahan dijangka siap pada pertengahan bulan Februari 2019
- Hari terakhir untuk membuat tempahan tailor-madeadalah pada hari ini, Selasa (18 Disember 2018) dari jam 11 pagi hingga 2.30 petang di Kedai Universiti (walk-in).
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan staf UTM Souvenir Shop di talian berikut:
Tel: 07-5566732 atau WhatsApp: 019-8737520 dan emel : shop@utm.my
Jangan ketinggalan untuk membuat tempahan dan memiliki baju korporat UTM yang terbaharu ini!
#iamutm