Pembukaan Pendaftaran “Little Genius” – Pusat Terapi dan Latihan Autism di UTM Johor Bahru – Sabtu, 5 Januari 2019

Salam Sejahtera Semua Warga UTM
 

BERITA BAIK UNTUK ANAK YANG MEMERLUKAN PEMBELAJARAN KHAS

LEBIH 130 IBUBAPA TELAH MENDAFTAR SECARA ONLINE

Unit Endowmen UTM, CDE dan Penawar Special Learning Centre (PSLC) (Hospital Penawar Johor) bekerjasama untuk mewujudkan LITTLE GENIUS – Pusat Terapi dan Latihan Autism.

InsyAllah, Pusat Terapi dan Latihan Little Genius akan beroperasi di bawah pengurusan Unit Endowmen UTM, CDE Sekolah Pendidikan, Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan serta Team CDE dan PSLC yang akan beroperasi tidak lama lagi di Rumah Alumni.

Kadar bayaran perkhidmatan amat berpatutan dan mampu dibayar oleh semua lapisan masyarakat. Bagi staf UTM diskaun istimewa iaitu sebanyak 10 peratus akan diberikan.  Marilah beri sokongan kepada Little Genius yang beriltizam memberi sumbangan dan menjadi satu pusat perkongsian ilmu/rawatan kepada masyarakat yang berbilang bangsa khususnya di Daerah Johor Bahru.

Klik URL ini untuk pendaftaran secara atas talian https://goo.gl/forms/Kp1ds9Mp57GwCpCp2 

Hasil pendapatan dari inisiatif ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Endowmen UTM dan untuk digunakan membantu pelajar UTM yang amat memerlukan bantuan kewangan. 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *