Category Archives: #utm
ai
background tnchep
DASHBOARD LPU
background dashboard
Background UTM
Promosi Penginapan di BATC Lodge UTM Kuala Lumpur
Assalamualaikum wrt wbr. dan salam sejahtera,
Khas buat pelanggan BATC Lodge yang dihormati,
BATC Lodge kini menawarkan promosi bilik penginapan dengan harga serendah RM65.00 sahaja bagi satu malam. Promosi ini merupakan promosi harga termurah yang ditawarkan khas buat anda semua. Promosi ini adalah sah sehingga Julai 2021. Berikut merupakan senarai harga promosi dan bilik-bilik penginapan yang terdapat di BATC Lodge:
Bilik Single : RM 90.00 Kini hanya RM 65.00 Nett
Bilik Double : RM 120.00 Kini hanya RM 95.00 Nett
Bilik Superior Deluxe : RM 180.00 Kini hanya RM 120.00 Nett
Bilik Single Long-Term (Bulanan) : RM 960.00 Kini hanya RM 690.00 Nett
Tempahlah sekarang dan kami sedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang kami atau boleh sahaja menghubungi talian khidmat pelanggan kami. Berikut merupakan maklumat berkaitan yang boleh anda hubungi:
Facility and Room Accommodation,
Business Advanced Technology Centre ( BATC),
Faculty Technology And Infomatic Razak ,
Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur,
Phone : 03-2180 5319 / 5309
Faks : 03-2180 5422
Operating Hour :-
Monday to Thursday : 8.00 a.m. – 5.00 p.mLunch hour : 1.00 p.m. – 2.00 p.m
Friday : 8.00 a.m. – 5.00 p.m
Lunch hour : 12.15 p.m. – 2.45 p.m.
Primary Email: batc.rs@utm.my
WebSite: http://razakschool.utm.my/facilities/ ,
http://apps.razak.utm.my/myhotel
GIMNASIUM STADIUM AZMAN HASHIM UTM
USRAH MUSLIMAT
Jom timba ilmu.
2021: TERBITAN BAHARU
Judul: Selangkah Ke Arah Kelestarian Global Keusahawanan Negeri Johor
Penulis: Kamariah Ismail & Salina Muhammad
ISBN: 9789835217388
Harga : 50.00
Sinopsis:Buku ini membincangkan tentang hala tuju keusahawanan global bagi mengekalkan kelestarian Industri Kecil Sederhana (IKS) di negeri Johor di samping memberi nafas baharu dalam membangunkan perusahaan yang berpotensi tinggi seperti hasil pertanian, penternakan dan perikanan. Model pendekatan dimensi yang digunakan adalah model triple helix melalui inisiatif Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) atau kini dikenali sebagai Johor Innovation Valley (JIVe). Buku yang mengandungi 10 bab ini mengupas isu-isu dan cabaran untuk mengekalkan kelestarian keusahawanan IKS sebagai hab sekuriti makanan, keperluan latihan yang komprehensif, dan juga pengenalan teknologi dan teknik terbaharu untuk meningkatkan hasil pertanian dan penternakan. Selain itu, buku ini juga menggarap peluang dan kaedah bagi memperkasa jaringan revolusi industri halal selain memberi pendedahan mengenai penggunaan platform digital sebagai kaedah jual beli, penjenamaan dan pemasaran produk halal paling efektif di peringkat global. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan buat semua golongan usahawan IKS yang ingin mengetahui cara mengubah kaedah perusahaan konvesional kepada penggunaan inovasi baharu yang lebih cekap dan berteknologi tinggi untuk produk dan perkhidmatan mereka, berpaksikan libatsama kepakaran Universiti, sokongan kerajaan negeri, dan juga penglibatan industri dalam pemerkasaan ekonomi masyarakat itu sendiri.Dapatkan salinan anda di:
Kedai Buku Universiti Penerbit UTM Press
81310 UTM Johor BahruJohor
MALAYSIA
Tel: 07-5536336/07-5535754
Pautan pembelian atas talian:
https://penerbit.utm.my/booksonlinehttps://shopee.com.my/utmpress