Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Lestari
Greetings,
Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 1 Januari 2020, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan memperkasakan dan memantau kempen “No Single-Use Plastic” atau “Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna” di seluruh kampus UTM JB dan UTM KL.
Kempen ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran tentang larangan penggunaan plastik sekali guna seperti bekas plastik makanan/minuman, penyedut minuman plastik (straw), beg plastik, sudu/garfu plastik dan sebagainya. Selain itu, hala tuju kempen dan larangan ini adalah untuk mendokong “Program Zero Waste” selaras dengan inisiatif yang diadaptasi dalam Sustainable Development Goals UTM.
Sebagai alternatif, semua warga kampus digalakkan untuk membawa sendiri bekas makanan/ minuman sendiri semasa membeli makanan/minuman
Oleh yang demikian, pihak UTM berharap kerjasama dari semua pihak termasuk staf, pelajar, peniaga, pembekal dan sebagainya supaya lebih peka tentang kempen dan larangan ini.
Adalah dengan ini dimaklumkan untuk pengetahuan umum bahawa hari-hari yang berikut adalah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Johor bagi tahun 2020.
BIL.
HARI KELEPASAN AM
TARIKH
HARI
1.
Tahun Baru Cina
25 Januari
Sabtu
2.
Tahun Baru Cina (Hari Kedua)
26 Januari
Ahad
3.
HariThaipusam **
8 Februari
Sabtu
4.
Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor **
23 Mac
Isnin
5.
Awal Ramadan **
24 April
Jumaat
6.
Hari Pekerja
1 Mei
Jumaat
7.
Hari Wesak
7 Mei
Khamis
8.
Hari Raya Puasa *
24 Mei
Ahad
9.
Hari Raya Puasa (Hari Kedua) *
25 Mei
Isnin
10.
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
6 Jun
Sabtu
12.
Hari Raya Qurban *
31 Julai
Jumaat
13.
Awal Muharram (Maal Hijrah)
20 Ogos
Khamis
14.
Hari Kebangsaan
31 Ogos
Isnin
15.
Hari Malaysia
16 September
Rabu
16.
Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar **
24 September
Khamis
17.
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)
29 Oktober
Khamis
18.
Hari Deepavali *
14 November
Sabtu
19.
Hari Krismas
25 Disember
Jumaat
Catatan:
* Tertakluk kepada pindaan
** Hari Kelepasan Am Negeri
Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.
PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT UTM – SENAMROBIK PERDANA SIRI 11/2019 Perkara di atas adalah dirujuk dengan segala hormatnya
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak UTM Sports Excellence akan menganjurkan
Program Gaya Hidup Sihat UTM – Senamrobik Perdana Siri 11/2019. Program akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 16 Disember 2019, Isnin
Masa : 7:30 – 7:45 pagi – Kehadiran Warga UTM
7:45 – 8:45 pagi – Senamrobik Perdana
9:30 pagi – Staf lapor diri ke PTJ/Fakulti masing-masing
Tempat : Stadium Azman Hashim, UTM JB
Seluruh Warga CICT UTM adalah dijemput bersama-sama untuk memeriahkan program.
Semoga hasrat Pengurusan UTM untuk memastikan gaya hidup sihat sebagai budaya Warga UTM dapat direalisasikan. Kerjasama seluruh Warga UTM dalam menjayakan prorgam ini amat dihargai.
Asset Management Business Solution International Conference (AMBiS 2020)
7th – 8th April 2020
Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Theme:
Anchoring Asset Monetisation & Benefit
CALL FOR PAPERS/PARTICIPANTS
Dear Professor/Dr./Sir/Madam,
We are pleased to announce that the Centre for Real Estate Studies (UTM CRES) of Universiti Teknologi Malaysia will organise the inaugural Asset Management Business Solution International Conference (AMBiS 2020), to be held on 7th – 8th April 2020 at Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
The main aim of AMBiS 2020 is toestablish linkages between researchers, academicians, practitioners and industry players of asset and facilities management and development at the international level, for the sake of highlighting the latest issues, sharing and disseminating novel findings as well as creating new directions for future works and collaborations.
Prospective authors are cordially invited to submit original and unpublished works for presentation at the conference. Potential participants are invited to submit full paper(s) of the following topics (but not restricted to):
Sustainable Asset Management Strategy
Asset Monetisation and Financial Modelling
Human Dimension in Asset Management
Asset Life-Cycle Costing
Asset IR 4.0
Facilities Management
Commercialisation of Real Estate Asset
The Business Case of Tourism Asset
Community-Based Asset Strategy
Biological Asset
IP Asset Development and Management
Housing Asset Eligibility
Land Management
The conference proceeding will be published with ISBN Number. SELECTED high-quality paper will be recommended for publication in Planning Malaysia (SCOPUS indexed journal, ISBN: 1675-6215 eISBN: 0128-0945) (additional publication fee will be applied).
Sukacita dimaklumkan bahawa Kolam renang UTM ada menganjurkan program pada hujung bulan Januari ini seperti berikut :-
BERMULA PADA 22 JANUARI 2019
Sesiapa yang berminat menyertai kursus ini, boleh dapatkan borang penyertaan di pejabat Kolam Renang serta perlu lampirkan gambar ukuran passport dan yuran bayaran semasa pendaftaran dilakukan.
Unit Endowmen UTM, CDE dan Penawar Special Learning Centre (PSLC) (Hospital Penawar Johor) bekerjasama untuk mewujudkan LITTLE GENIUS – Pusat Terapi dan Latihan Autism.
InsyAllah, Pusat Terapi dan Latihan Little Genius akan beroperasi di bawah pengurusan Unit Endowmen UTM, CDE Sekolah Pendidikan, Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan serta Team CDE dan PSLC yang akan beroperasi tidak lama lagi di Rumah Alumni.
Kadar bayaran perkhidmatan amat berpatutan dan mampu dibayar oleh semua lapisan masyarakat. Bagi staf UTM diskaun istimewa iaitu sebanyak 10 peratus akan diberikan. Marilah beri sokongan kepada Little Genius yang beriltizam memberi sumbangan dan menjadi satu pusat perkongsian ilmu/rawatan kepada masyarakat yang berbilang bangsa khususnya di Daerah Johor Bahru.
Hasil pendapatan dari inisiatif ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Endowmen UTM dan untuk digunakan membantu pelajar UTM yang amat memerlukan bantuan kewangan.