Yang Hitam, yang lama, yang suram seringnya disisihkan, dipulaukan, tidak diendahkan, di beri kata “nasihat” semahu-mahunya tanpa mengira rezeki allah tidak sama bagi semua hambaNya, sama beratnya dengan ujian Allah tidak sama manis rasanya bgi semua insan.

Waktumu mungkin masih indah

Tidurmu mungkin masih lena

Hatimu mungkin masih tenang

Akan ada waktu untuk semua insan, akan ada keadaan tuntuk semua yang telah tertulis.

Dengan hanya melihat tidak akan pernah sama dengan yang merasa, simpatimu itu penuh ikhlas atau sekadar memenuhi kata hatimu tanpa berfikir di akalmu?