Jawab secara ringkas sahaja.
- Tuhan telah mencipta alam ini dengan indah sekali, kenapa Dia perlu memusnahkannya begitu sahaja semata-mata untuk mengadili manusia di hari akhirat?
- Kerajaan buat PKP dan darurat pun kes Covid 19 banyak juga baik tak payah buat.
- Tuhan baik, kenapa Dia akan memasukkan sebahagian manusia ke dalam neraka?
Bradon Liew Chin Shen. SX201675EAWHF01
1. Kerana kita manusia mempunyai unsur-unsur kaitan dengan Tuhan dan dunia ini wujud kerana adanya manusia. Tuhan menjadi kelemahan kepada setiap manusia dan Tuhan bertugas untuk sampaikan kepada semua bahawa kita bukan individu yang dominant dan juga kebenaran kepada alam semesta ini
2. PKP dibuat bagi menyekat dan berperanan untuk mengurangkan kontak rapat Covid 19 antara manusia di jarak yang tertentu. Peningkatan Kes Covid berlaku kerana penyebaran yang tidak dapat dikesan jaraknya dan susah untuk dihapuskan. Jadi kedua-dua ini tidak berkaitan secara langsung dan secara subjektif.
3. Bagi pendapat saya, Tuhan, Syurga dan Neraka merupakan tafsiran kita sebagai manusia. Yang maha berkuasa dinamakan tuhan, yang baik dipanggil syurga, dan yang sebaliknya digelar neraka. Kita mempunyai persoalan tersebut apabila Yang maha berkuasa mengadili kelakuan seseorang manusia tersebut dengan hukum baik dan buruk alam semesta ini.
Untuk soalan 3. Tambahan : Persoalan ini wujud kerana kita ada pemikiran baik dan buruk, dan pandangan kita sebagai manusia. Jika kita bukan sebagai manusia, maka persoalan ini mungkin tidak akan wujud.
1. Di mana kita datang di situ kita kembali. Tugas manusia di bumi adalah untuk hidup di akhirat, dalam al quran sudah dinyatakan kiamat pasti berlaku tetapi di rahsiakan. Kehidupan manusia tidak hanya berlangsung di dunia, melainkan berlanjut abadi hingga akhirat.
2. Jika tidak berlakunya PKP akan berlakunya lagi banyak kes Covid 19 daripada sekaranag.
3. Setiap perbuatan di dunia pasti ada ganjaran nya. Jika seseorang untuk baik maka masuklah kesyurga, jika sebaliknya nerakalah jalan nya. Oleh itu, kita sebagai manusia mestilah sentiasa meminta keampunan daripada Allah swt keran Allah maha pengampun dosa hamba-hamba nya, jika dosa setinggi langit pun Allah tetap mengampunkan dosa hamba nya.
1. Manusia mudah lupa diri dan terlalu selesa dengan segala alam yang dicipta oleh Tuhan, sebab itulah berlakunya seperti pencemaran udara, alam sekitar dan sebagainya demi mengejar kemajuan hidup. Oleh kerana itu, Tuhan kena memusnahkan begitu sahaja demi memberi kesedaran kepada manusia bahawa cintailah alam daripada semata-mata untuk mengejar kemajuan hidup tanpa menghargai alam yang sedia ada.
2. Kerajaan buat PKP dan darurat bagi mengurangkan kes jangkitan merebak dengan berleluasa. Memang pun kes Covid 19 masih banyak sedangkan kerajaan telah melaksanakan PKP dan darurat, jika PKP ini tidak dilaksanakan sejak awal lagi, maka kes jangkitan Covid 19 ini akan meningkat berapa kali ganda serta kes kematian lebih tinggi berbanding pelaksanaan PKP yang telah diputuskan oleh kerajaan.
3. Tuhan sentiasa memberi peluang kepada manusia untuk berbuat baik di dunia. Jika manusia telah salah langkah untuk melakukan jenayah tanpa berasa insaf pada diri sendiri, maka Tuhan terpaksa memasukkan manusia tersebut ke dalam neraka. Setiap perlakuan manusia ada balasannya mahupun baik atau buruk. Agama adalah pegangan hidup untuk manusia, ajar kita tentang falsafah hidup, sentiasa berbuat baik, mempunyai hati yang berakhlak mulia, perlu berasa insaf jika berbuat salah kerana Tuhan sentiasa mencintai kita dan juga sentiasa memaafkan kita. Tuhan sentiasa mengampuni dosa kita selagi kita ingin berubah dan berasa insaf dengan kelakuan kezahilan yang telah dibuat. Jika setiap jasa baik yang Tuhan berikan langsung tidak diambil kisah, maka neraka lah tempat perginya di akhirat.
Jawapan 1:
Dari segi rohaniah, malapetaka fenomena alam adalah bentuk teguran dari yang Maha Esa. Manusia adalah golongan ciptaan elit yang telah ditakdirkan oleh sang pencipta untuk menjadi khalifah dan penguasa di muka bumi ini. ini dapat dilihat dengan adanya tamadun manusia serta perkembangan yang pesat dari segi teknologi dan ilmu pengetahuan. Namun begitu, fenomena alam telah diberikan kepada mereka oleh kerana tingkah laku manusia yang tidak wajar dan salah di sisi agama mahupun undang-undang. Didorong oleh perasaan tamak haloba dan lebih mementingkan kepentingan duniawi, bnyak perkara dan ekploitasi yang telah dilakukan oleh manusia sehingga ajaran agama tidak dititikberatkan dalam kehidupan manusia. Lantaran itu, kemusnahan alam disebabkan kejadian seperti gempa bumi, tsunami dan banjir kilat adalah bentuk teguran oleh dia bahawa adanya seseorang yang lebih berkuasa dari manusia mahupun teknologi yang sedia ada. Contohnya seperti kejadian tsunami yang melanda tanah Acheh suatu ketika dahulu. Masyarakat di Acheh terkenal dengan perilaku manusia yang tidak baik dan ianya berleluasa sehingga tsunami yang melanda tempat tersebut telah mengorbankan banyak nyawa serta kerosakan alam dan harta benda. ini adalah peringatan yang besar bagi umat manusia bahawa manusia sudah terlalu jahil dari segi perbuatan dan perlakuan yang kian pesong dari ajaran agama. contoh lain yang berlaku adalah insiden tanah runtuh di Gunung Kinabalu yang telah mengorbankan beberapa nyawa pelancong asing yang dikatakan mengadakan pesta bogel setelah sampai ke puncak gunung tersebut. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa fenomena alam yang berlaku adalah bentuk teguran dari Yang Maha Esa bahawa adanya entiti yang berkuasa dari manusia dan perlunya ada keinsafan dan kebijaksanaan dalam kehidupan untuk bekalan akhirat nanti.
Jawapan 2:
Pandemik Covid19 yang melanda negara Malaysia sejak March 2019 telah memberi impak yang besar kepada negara amnya ekonomi, pendidikan dan juga urustadbir negara. Kerajaan telah mengambil langkah pencegahan daripada virus ini terus merebak di kalangan masyarakat. Namun begitu, pelaksanaan PKP yang berperingkat serta pengumuman darurat di seluruh negara menunjukkan tren yang tidak menentu sehingga kes kian meningkat saban hari. Persoalannya di sini, kenapa ianya masih dilaksanakan walaupun tiada penurunan dalam kes Covid19 berlaku. Pada dasarnya, pengumuman PKP dan darurat di seluruh negara adalah merupakan antara langkah besar yang telah diambil oleh kerajaan dalam mengawal penularan kes penyakit ini berjangkit. Penyakit yang berada pada tahap pandemik ini bukan sahaja di dalam negara, malahan di seluruh dunia mengalami benda yang sama. Tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah antara lainya adalah merupakan saranan yang telah diberikan oleh World Health Organisation yang menyarankan bahawa rakyat di dalam sesebuah negara haruslah diarahkan untuk melakukan segala sesuatu hanyalah dari rumah. Tidak dinafikan, ianya telah banyak memberikan dampak yang kurang baik di mana penyesuaian oleh mana-mana individu untuk melakukan pekerjaan, sesi persekolahan mahupun konferensi dari rumah mengambil masa dan menyusahkan. Namun begitu, masyarakat haruslah sedar dan berperanan dalam langkah kerajaan sebegini agar pandemik ini dapatlah dikurangkan sesuai dengan tujuan pelaksanaan PKP dan Darurat dalam negara kita.
Jawapan 3:
Tuhan adalah pencipta kepada umat manusia dan juga segala sesuatu yang ada di alam semesta. ini menunjukkan kebaikan-Nya kerana adanya kehidupan. Manusia juga pada dasarnya adalah ahli syurga yang kemudiannya dilahirkan di dunia untuk menjadi Khalifah serta penjaga bagi kehidupan di muka bumi. Neraka pula adalah adlah tempat dimana hanya golongan yang diperbuat daari unsur api sahaja tinggal iaitu syaitan dan iblis. Terjerumusnya manusia dalam dosa telah membawa kepada kemurkaan Yang Maha Esa sehingga manusia yang berdosa dan tidak memohon keampunan serta kurangnya amal di dunia akan dimasukkan ke dalam neraka. Hal ini adalah sebagai memperingati manusia bahawa nerakalah tempat bagi manusia sekiranya melakukan banyak dosa dalam kehidupannya. Manusia pada azalinya amat suka dengan cerita. Oleh itu, Tuhan telah menjadikan neraka dan menceritakannya dalam kitab-kitab ajaran agama agar manusia mempunyai rasa takut dan keinsafan bahawa adanya azab yang menanti sekiranya kehidupan tidak tejaga dan diurus dengan baik dari segi tingkah laku dan amalan.
Nama: Zean Cevieto Madang
No. Matrix: SX200529EAWHS12
1. Setiap yang ada di dunia ini iaitu manusia, haiwan, alam sekitar dan lain-lain merupakan ciptaan Tuhan tetapi Tuhan juga memusnahkan semua ini untuk mengadili umat manusia di akhirat. Hal ini kerana segelintir manusia tidak bersyukur dan tidak menjaga akan kesemua ciptaan yang dilakukan oleh Tuhan di bumi. Seperti contoh, manusia telah melakukan pencemaran, melalakukan perkara yang negatif yang memudaratkan alam sekeliling. Tuhan telah memusnahkan semua keindahan yang telah dicipta agar manusia tidak terlalu senang dan manusia sedar akan semua keperluan yang ada untuk hidup dalam keadaan yang saling melengkapi. Tanpa kemurkaan daripada Tuhan, manusia tidak akan pernah sedar akan semua perbuatan atau perlakuan yang dilakukan dan agar manusia sentiasa hidup dalam keadaan yang sedar akan ajaran agama masing terutamanya melindungi alam sekeliling.
2. Wabak covid-19 merupakan satu wabak yang sangat mudah merebak antara satu individu ke satu individu dan di Malaysia wabak covid-19 telah hampir melumpuhkan sistem ekonomi, sistem perundangan, sistem kesihatan dan lain-lain di Malaysia. Untuk membanteras gejala wabak ini daripada ini terus merebak, kerajaan telah memutuskan untuk melalakukan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) untuk mengurangkan rantaian wabak ini. Namun akhir-akhir ini kes semakin meningkat walaupun darurat telah dilakukan, peningkatan ini berlaku kerana kurang kesedaran daripada masyarakat tentang bahaya wabak ini. Tambahan pula, masyarakat pula mengendahkan segala prosuder keselamatan yang diperkenal seperti memakai pelitup muka, tidak berkumpul dalam kelompok yang banyak dan sebagai nya. Darurat dan PKP merupakan satu langkah yang amat baik dilakukan oleh pihak kerajaan namun masyarakat haruslah bersama-sama membanteras wabak ini daripada terus berlaku, Jika segala amalan dan prosedur keselamatan tidak diendahkan maka kes wabak ini akan terus meningkat dari hari ke hari. Kita dapat bayangkan jika darurat dan PKP tidak dilakukan kemungkinan kes covid-19 mungkin akan tinggi lagi dan kadar kematian kemungkinan meningkat.
3. Sejak kecil lagi kita telah mendapat didikan agama dan agama menyatakan sentiasa menyeru agar semua umatnya sentiasa melakukan kebaikan dan menghindar daripada kejahatan dan jika melakukan kebaikan kita akan masuk syurga dan jikalau kita melakukan kejahatan kita akan masuk ke syurga. Tuhan mencipta syurga dan neraka kerana memberi makluman dan kesedaran kepada semua manusia untuk sentiasa melakukan kebaikan semasa masih hidup tidak kira lah apa sekali pun kebaikan atau sekecil manapun kebaikan. Jika perkara ini tidak diajar kepada semua manusa, manusia akan sentiasa melakukan sesuatu yang ingkar dan melakukan perbuatan yang dilarang oleh setiap agama. Manusia juga akan sentiasa bersedia semasa hayatnya untuk selalu melakukan kebaikan jika mengetahui kewujudan syurga, walaupun setelah kita mati kita tidak tahu adakah kita ditempatkan di syurga ataupun di neraka. Kita sebagai manusia haruslah sentiasa beringat akan segala perbuatan dan perlakuan yang akan kita lakukan dan jika kita melakukan kesalahan cepatlah kita meminta kemaafan daripada Tuhan agar kesalahan kita itu dimaafkan oleh Tuhan.
Nama: Amir Zarif Bin Ghauthal Hardy (SX200546EAWHS12)
1) Tuhan menciptakan kita untuk menjadi khalifah di muka bumi. Dengan itu kita hendaklah melaksanakan tugas kita sebagai umatnya. Dimana hidup dibumi ini hanyalah sementara. Menjadi tempat untuk kita di uji oleh Allah s.w.t. sebelum kita di adili di akhirat nanti.
2)Kerajaan telah buat PKP ini adalah dasar usaha untuk membanteras kes covid-19. Jika xda usaha dari kerajaan ini maka bertambah teruk lah kes di tempat kita. Orang semakin cuai sekira nya tak ada usaha dari kerajaan. Setiap orang akan bebas dan lebih mudah untuk menyebar virus jika tidak dibuat PKP.
3) Kita harus mengetahui bahawa kita dicipta oleh Allah s.w.t. dan hendaklah laksanakan tugas kita sebagai umatnya. Dengan ada nya neraka, manusia akan lebih takut untuk membuat perkara larangan dari pencipta kita.
Soalan 1
– untuk memberikan kesedaran kepada umat yang melanggar perintah-Nya
– bumi sudah terlalu tua
– untuk memberikan keadilan buat umat-Nya dan alam semester
Soalan 2
– mengurangkan kes yang lebih Kritikal Kategori 5 (Penggunaan Oksigen dalam bilik Icu)
– sebab ada segelintir masyarakat belum menerima vaksin
– menjaga golongan yang lebih berisiko seperti kanak-kanak dan orang tua
Soalan 3
– agar memperingatkan manusia berlakuan baik dan beradab semasa masih hidup di dunia
– menjaga kesejahteraan dan kehormanian antara manusia di dunia
– mewujudkan manusia yang bertanggungjawab dengan semua alam semester
1. Kerana Tuhan ingin kita terus berada di haluan yang betul. Ini adalah untuk mengingatkan manusia bahawa dunia ini sekejap dan mengelakkan dari manusia leka dengan perkara di bumi sahaja.
2. PKP dan darurat ialah ikhtiar kerajaan untuk mengawal situasi yang sedia ada. Jika tidak berbuat sedemikian mungkin kes mati dari covid 19 akan lebih tinggi.
3. Tuhan yang akan tentukan samada amalan kita cukup atau tidak, dan Dia juga yang akan menghakimi kita di akhirat nanti.
1. Tuhan memusnahkan alam yang diciptaNya kerana ingin manusia menyedari bahawa setiap tindakan atau keputusan yang manusia lakukan pasti mempunyai kesannya tersendiri.
2. PKP dilakukan untuk mengawal penyebaran virus Covid19 selain menurunkan kes harian yang semakin meningkat.
3. Tuhan memasukan sebahagian manusia ke neraka supaya manusia sedar bahawa mereka tidak seharusnya menghitung segala kebaikan yang telah dilakukan dan mengharapkan balasan daripada Tuhan. Mereka perlu ikhlas dalam melakukan kebaikan.
1. Tuhan menciptakan alam ini ataupun menjadikan alam ini hanyalah sementara dan untuk menguji kepatuhan manusia terhadap tuhan dalam menjalani kehidupan seharian di dalam alam yang penuh keindahan dan melalaikan. Hari kemusnahan iaitu hari kiamat sentiasa diingatkan kepada manusia supaya seseorang manusia itu melahirkan kesedaran dalam diri dan bersedia menghadapi hari akhirat dan bekalan amalan kebaikan selama hidup di muka bumi.
2. Kerajaan melakukan PKP disebabkan untuk mengendalikan rangkaian kontak rapat kepada para-para pesakit yang sudah sah positif. PKP juga bertujuan untuk pengendalian keselamatan masing-masing agar tidak merebak seperti mana ianya, kuarantin diri sendiri, berjumpa dengan dorktor untuk membuat swab test dan sebagainya untuk mengatasi jangkitan covid19. Namun begitu, kes covid19 banyak disebabkan terdapat rakyat yang bermentaliti mengingkari arahan dan tak endah terhadap SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
3. Tuhan baik, tuhan maha mengampuni, sebahagian yang masuk neraka itu adalah yang melakukan dosa dan tidak bertaubat ataupun tidak memohon pengampunan dari tuhan.
1.Tuhan menciptakan manusia untuk mendiami muka bumi yang diciptaNYA yang seindah kejadian, maka adalah tanggungjawab manusia untuk diam di bumi ini untuk menjaga dengan sebaiknya. Oleh itu, manusia perlu melakukan kebaikan dan meninggalkan laranganNya. Jika kita sebagai manusia tidak dijanjikan dengan balasan yang setimpal mungkin, tiada yang ingin melakukan kebaikan.Justeru adanya hari pembalasan untuk mengadili semua amalan dan perbuatan manusia di muka bumi.Kehancuran yang digambarkan akan berlaku membuktikan kekuasaan Allah yang mencipta muka bumi ini dan berhak melakukan apa sahaja dengan kuasaNYA.
2.Kerajaan telah berusaha mengawal penularan penyakit covid-19 dengan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia. Namun demikian, kejayaan mengawal peningkatan kes masih belum dicapai.Hal ini mungkin tidak seiring dengan situasi di amna orang ramai tidak lagi tahan untuk berkurung di rumah dalam tempoh waktu yang agak lama.Tambahan pula,banyak sektor telah dibuka secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian keadaan pandemik.Adakah penularan ini disebabkan program vaksinasi tidak berjaya atau sebaliknya, kita juga tidak pasti akan kesahihannya.Namun dari segi permerhatian saya, semakin ramai yang telah mendapatkn vaksinasi semakin meningkat kes covid-19 di Malaysia, namun kebaikannya penghidap covid19 tidak mengalami gejala kronik apabila dijangkiti selepas mendapat vaksin.
3.Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani umatNya, tidaklah Allah sengaja memasukkan manusia ke neraka tanpa timbangan dosa nya yang lebih berat daripada timbangan pahalanya.Terdapat banyak dalil yang memberitahu kita sebagai manusia wajib beriman kepada ALLAH. Barangsiapa yang tidak menyembahkan dirinya kepada ALLAH nescyaa nerakalah tempatnya.Namun, setiap perbuatan salah yang melanggar perintah Allah, segeralah memohon keampunan nescaya Allah Maha Pemurah dan lagi Maha Pengasihani mengampuni umatNYa.Janganlah kita menunggu hari pembalasan barulah terfikir untuk bertaubat dan sujud kepada Allah.
1. Semua mengakui Tuhan merupakan penguasa sekalian alam dan kuasa mutlak untuk berbuat apa sahaja adalah terpulang kepada kebijaksanaannya. Sekiranya kita memahami tujuan kita dijadikan iaitu untuk beribadah kepada Tuhan. Hal ini dijelaskan oleh Imam Al Junaid AL Bahgdadi (Berita Harian, 2021) manusia diutuskan ke dunia untuk membuktikan pegangan teguh kita kepada ALLAH dalam Perjanjian di alam roh atau Perjanjian Alastu. Dunia merupakan tempat ujian kepada keimanan kita terhadap ALLAH dan apabila tiba masanya akan dimusnahkan segala ciptaan hatta malaikat kesemuanya. Keindahan yang ada dalam alam yang serba indah ini merupakan ujian serta tempat untuk Allah menunjukkan kebesarannya seperti siang dan malam, turunnya hujan, pasang surut air laut. Kebesaran Allah ini untuk manusia memikirkan betapa hebatnya penguasaan Allah. Dunia juga disebut sebagai darul imtihan iaitu tempat diuji sebelum diadili manusia itu di akhirat kelak.
2. Apabila dunia dilanda pandemic termasuklah negara Malaysia, kerajaan telah mengambil langkah dengan melaksanakan Perintah Kawalan Berkurung (PKP) di seluruh negara bermula Mac 2020 lepas. Perintah Kawalan Pergerakan DIperketatkan (PKPD) juga turut dilaksanakan di sesetengah tempat yang dijangkiti teruk virus Covid 19. Ternyata langkah ini berjaya mengekang ancaman virus berbahaya ini sehingga Malaysia pernah mencatat sifar kes pada tahun lepas dan bermula Julai sedikit demi sedikit beberapa kelonggaran dibuka untuk semua termasuklah persekolahan. Namun segalanya serba tidak menjadi tatkala gelombang kedua dan ketiga virus covid yang bermutasi ini telah menaikkan semula kes jangkitan di negara kita sehingga PKP dilaksanakan semula sehingga kini. Tindakan kerajaan sebenarnya tepat dan sebenarnya tidak ada satu formula pun yang terbukti sehingga kini untuk mengatasi pandemik ini dan perintah PKP atau lockdown adalah satu-satunya cara di samping vaksinasi yang telah berjaya dilaksanakan di negara kita. Terdapat beberapa tohmahan mengatakan tindakan pihak kerajaan tidak betul kerana walaupun PKP dibuat, kes tetap meningkat. Hal ini terjadi kerana ini merupakan gelomnbang kedua yang mutase virus ini lebih cepat merebak berbanding gelombang pertama. Setidak-tidaknya kitab oleh mengurangkan kadar kematian serta kadar jangkitan dengan adanya PKP yang dilaksanakan. Sekiranya tidak dilakukan PKP serta PKPD, sudah pasti ramai lagi nyawa terkorban dan fasiliti di hospital pasti tidak mencukupi. Kehilangan nyawa dalam jumlah yang besar akan merugikan negara daripada aspek sumber modal insan dan kekurangan tenaga manusia pada masa akan datang akan menyebabkan indrustri tidak berjalan dengan lancar.
3. Apa sahaja berkenaan dengan Tuhan semestinya baik dan tidak ada satu pun kekurangan kerana Tuhan itu bersifat yang memberi mudarat dan manfaat. Kadang-kadang saya juga ada terfikir mengapakah Tuhan perlu untuk meletakkan manusia yang tidak mengikuti syariat di neraka kelak sedangkan diberitakan di dalam Al Quran makhluk yang bernama manusia ini merupakan sebaik-baik ciptaan dan diciptakan dengan “tangan” Allah sendiri yakni bermaksud dicipta dengan penuh kasih sayang. Namun hal ini jika kita lihat seorang petani yang menanam padi daripada proses permulaan pasti akan dapat jawapannya. Petani akan mula mengerjakan sawah, seterusnya menabur benih sendiri di setiap petak semaian dan seterusnya menunggu sehingga masak. Apabila padi menguning, petani akan mula mengutip hasil tanaman dan diletakkan di pondok untuk urusan seterusnya. Selepas itu, petani akan mula memilih buah padi yang berguna untuknya iaitu buah yang baik dan tidak rosak. Setelah mengasingkannya, petani akan meletakkan padi yang bermutu serta berguna di dalam tempat yang baik manakala yang rosak akan dibuang. Sekiranya kita memahami tamsilan ini. Atau perumpamaan ini, itulah juga yang terjadi kepada kita. Bukanlah Allah atau Tuhan mahu bersifat kejam kepada kita sebagai manusia. Setelah diciptakan terus dizalimi di dalam neraka. Hal ini terjadi kepada mana-mana manusia yang mentaati Tuhan, maka mereka berguna dan bermanfaat kepada Tuhan, manakala yang tidak ada manfaat dan kegunaan akan diletakkan di dalam api neraka sama seperti nasib padi yang rosak tadi.
1) Tuhan telah mencipta alam ini dengan indah sekali, kenapa Dia perlu memusnahkannya begitu sahaja semata-mata untuk mengadili manusia di hari akhirat?
Ini adalah kerana Tuhan ingin menunjukkan kekuasaanNya yang kekal abadi dan Maha Kuasa, agar manusia yang beriman sentiasa beribadah kepadanya dan memperoleh keuntungan di negeri Akhirat abadi manakala yang leka dengan dunia ini akan mendapatkan kerugian di akhirat kelak.
2) Kerajaan buat PKP dan darurat pun kes Covid 19 banyak juga baik tak payah buat.
Ini adalah usaha kerajaan dan rakyat bagi membantu menyekang kes kenaikan Covid 19. Cuba kita fikir, jika PKP telah dilaksanakan kes masih meninggi, bagaimana pula jika tiada PKP? Pasti akan lebih teruk lagi. Tuhan menyuruh kita untuk berusaha dan bertawakal ini lah bukti kita telah berusaha dan selebihnya berserah kepada Nya.
3) Tuhan baik, kenapa Dia akan memasukkan sebahagian manusia ke dalam neraka?
Segala puji bagi Tuhan sekalian alam, yang baik itu semuanya dari Tuhan. Dia memasukkan sebahagian manusia ke dalam neraka kerana di dunia manusia diberi pilihan bagaimana untuk menjalaninya. Samada mengikut peraturan Tuhan ataupun tidak, itu bergantung kepada pilihan manusia. Dia memasukkan sebahagian manusia ke dalam neraka kerana untuk menyatakan bahawa setiap perkara yang kita lakukan di dunia pasti ada balasannya di akhirat kelak. Jadi, ini kita harus jadikan sebagai panduan hidup.
1. Sesungguhnya segala yang diciptaNya akan kembali kepadaNya kelak. Tiada apa yang kekal di dunia ini, segala kenikmatan dan keindahan yang diberi di dunia adalah pinjaman semata-mata. Manusia dicipta di dunia ini adalah untuk menyemabah Tuhan serta berbakti kepadaNya atas segala pemberian yang diterima. Kesemua manusia akan diadili secara adil di akhirat kelak akan perkara-perkara yang telah mereka lakukan semasa hidup di dunia, hanya mereka yang terus kekal bertaqwa kepada Tuhan akan diberi ganjaran Syurga bagaimana mereka yang terpesong akan ditempatkan di Neraka.
2 . PKP merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membendung wabak Covid19 yang baru ini. Sesungguhnya virus Covid19 ini adalah sesuatu mikroorganisme yang kita tidak dapat lihat pergerakkan mereka oleh mata kasar, oleh yang demikian tidak patut kita terus menyalahkan kerajaan atau tidak langsung mengambil cara lain untuk hindari dari terkena penyakit ini. Sudah tentu berbeza jumlah kes Covid19 kalau hendak dibandingkan sekiranya kita langsung tidak mengikuti PKP ini dengan kita mengikuti arahan kerajaan dalam melaksanakan PKP ini. Lebih-lebih lagi penyakit ini boleh menyebabkan kematian kepada manusia. Sesungguhnya, adalah lebih baik kita mati mencuba daripada mati tidak berbuat apa-apa.
3. Tujuan utama penciptaan manusia adalah untuk menyembah Tuhan ketika masih hidup di dunia, berbakti dan berbuat baik kepada segala jenis kehidupan yang ada di muka bumi ini. Kita diberikan akal fikiran serta pilihan sebelum melakukan sesuatu kerana setiap pilihan yang dibuat akan melibatkan orang lain, sama ada baik ataupun buruk. Oleh yang demikian, segala perkara buruk yang berlaku kepada diri orang lain ataupun alam sekitar hasil daripada tindakan kita tersebut hendaklah diadili dengan secara adil iaitu menerima hukuman. Hukuman masuk ke dalam Neraka adalah akibat daripada pengumpulan dosa-dosa seseorang itu yang telah pun menjadi semakin banyak ketika dia masih hidup di dunia.
1. Tuhan mencipta dunia untuk didiami manusia dengan alam untuk keseimbangan kedua duanya. Tuhan merupakan maha adil, dimana sikap manusia memperlakukan alam dengan manusia sendiri dinilai semasa kehidupan di dunia. Sekiranya seseorang manusia bertingkah laku jahat dalam sesuatu perkara mereka akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat nanti. Di sini, kita dapat menyimpulkan bahawa Tuhan mencipta dunia dan memusnahkannya suatu hari nanti untuk mengambil tindakan yang adil ke atas manusia terhadap perbuatan mereka di dunia.
2. Kerajaan mewujudkan PKP dengan bertujuan untuk membendung wabak Covid 19 daripada terus berleluasa. Walaupun usaha ini dilihat tidak berkesan ke atas kes positif Covid 19 yang melanda rakyat, ia tetap diteruskan untuk mengurangkan risiko wabak ini berjangkit dan boleh membawa kepada kematian. Justeru, dalam menjalani PKP, rakyat perlu menjaga diri sendiri terutamanya mengenai kebersihan diri. Ini bermaksud, rakyat bukan sahaja perlu berkurung di dalam rumah dengan santai, tetapi mengambil langkah untuk menjaga kebersihan diri dan menjarakkan diri daripada orang lain.
3. Tuhan memasukkan sesetengah manusia ke neraka untuk membalas perbuatan manusia di dunia. Manusia yang bersikap negatif terhadap manusia sendiri atau alam akan dihukum setimpal dengan perbuatan mereka. Hal ini dapat mengawal tingkah laku manusia semasa hidup di dunia iaitu untuk mengekalkan kebaikan dalam kehidupan mereka. Manusia yang bertindak jahat dan tindakan tersebut tidak dapat diketahui di dunia akan mendapat balasan yang sama di akhirat. Manusia dicipta untuk hidup dengan patuh kepada ajaran Tuhan dimana semua agama mempratikkan nilai positif untuk mengekalkan kehidupan yang abadi sama ada di dunia ataupun di akhirat.
1. Tuhan mencipta dunia untuk didiami manusia
dengan alam untuk keseimbangan kedua duanya.
Tuhan merupakan maha adil, dimana sikap manusia
memperlakukan alam dengan manusia sendiri dinilai
semasa kehidupan di dunia. Sekiranya seseorang
manusia bertingkah laku jahat dalam sesuatu perkara
mereka akan mendapat balasan yang setimpal di
akhirat nanti. Di sini, kita dapat menyimpulkan
bahawa Tuhan mencipta dunia dan memusnahkannya
suatu hari nanti untuk mengambil tindakan yang adil
ke atas manusia terhadap perbuatan mereka di dunia.
2. Kerajaan mewujudkan PKP dengan bertujuan
untuk membendung wabak Covid 19 daripada terus
berleluasa. Walaupun usaha ini dilihat tidak berkesan
ke atas kes positif Covid 19 yang melanda rakyat, ia
tetap diteruskan untuk mengurangkan risiko wabak
ini berjangkit dan boleh membawa kepada kematian.
Justeru, dalam menjalani PKP, rakyat perlu menjaga
diri sendiri terutamanya mengenai kebersihan diri. Ini
bermaksud, rakyat bukan sahaja perlu berkurung di
dalam rumah dengan santai, tetapi mengambil
langkah untuk menjaga kebersihan diri dan
menjarakkan diri daripada orang lain.
3. Tuhan memasukkan sesetengah manusia ke neraka
untuk membalas perbuatan manusia di dunia.
Manusia yang bersikap negatif terhadap manusia
sendiri atau alam akan dihukum setimpal dengan
perbuatan mereka. Hal ini dapat mengawal tingkah
laku manusia semasa hidup di dunia iaitu untuk
mengekalkan kebaikan dalam kehidupan mereka.
Manusia yang bertindak jahat dan tindakan tersebut
tidak diketahui di dunia akan mendapat balasan
yang sama di akhirat. Manusia dicipta untuk hidup
dengan patuh kepada ajaran Tuhan dimana semua
agama mempratikkan nilai positif untuk mengekalkan
kehidupan yang abadi sama ada di dunia ataupun di
akhirat.
Jawapan 1:
Tuhan mencipta alam dengan indah untuk dihuni dan dijaga oleh manusia. Namun Dia perlu memusnahkannya begitu sahaja untuk mengadili manusia di hari kiamat kerana tidak semua manusia memiliki dan mempraktikkan sifat-sifat yang telah diajar oleh Tuhan untuk menjaga alam ini. Jadi untuk mengadili manusia, sekalian alam perlu dimusnahkan untuk membahagi manusia mengikut amalan yang diamalkan serta dilakukannya terhadap alam ini.
Jawapan 2:
Tujuan kerajaan melaksanakan PKP adalah demi mengurangkan penularan wabak virus Covid19 ini namun tidak semua rakyat yang mematuhi dan mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan yang mana menyebabkan peningkatan kes Covid19 ini walaupun semasa perintah kawalan pergerakan dijalankan. Bukan hanya rakyat, malah ada juga golongan atasan, kilang-kilang dan banyak lagi tidak mengamalkan dan mematuhi SOP yang telah diperintahkan. Hal ini menyebabkan kes semakin meningkat dan sukar untuk dikawal. Jadi untuk mengatasi dan mengurangkan penularan kes Covid19 ini, adalah sebaiknya kita mematuhi SOP yang telah diperintahkan oleh kerajaan. Jika kita bersama-sama mematuhi arahan yang diberi, nescaya jumlah kes akan mulai menurun walaupun tidak secara drastik.
Jawapan 3:
Tuhan itu baik namun masih ada manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Ini adalah kerana perbuatan amalan manusia itu semasa hidupnya. Manusia diberi akal fikiran untuk membezakan mana yang baik dan mana yang tidak baik. Pilihan untuk melakukan kebaikan dan kejahatan adalah ditangan manusia itu sendiri. Tuhan telah memberi kita nikmat untuk memilih namun iblis akan sentiasa menggoda manusia untuk melakukan kejahatan. Kita diberi kuasa untuk memilih sama ada mahu atau tidak. Jika engkau memilih kejahatan dan tidak bertaubat, maka nerakalah tempat engkau kelak dan jika engkau pernah melakukan kejahatan dan engkau mahu bertaubat, syurga itu masih menyambut engkau. Jadi sebagai manusia yang dikaruniakan dengan akal dan fikiran, gunalah sebaiknya dalam menentukan tempatmu di hari kiamat kelak.
1. – Dek kerana tindakan manusia yang telah memusnahkan alam sekitar seperti pencemaran air, udara dan pembalakan haram di mana akhirnya telah menyebabkan sesetengah spesies haiwan untuk pupus dari muka Bumi ini.
– Maka, oleh kerana sifat mementingkan diri oleh manusia, Tuhan telah memusnahkan alam untuk menyedarkan manusia akan tindakan mereka yang telah melampaui batas terhadap alam sekitar yang sepatutnya dihargai dan disayangi kerana ia merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.
-Pada masa yang sama, manusia yang sedar akan kesilapan mereka sudah pastinya akan dinilai dengan baik di hari akhirat nanti dan sebaliknya pula bagi mereka yang degil untuk berubah.
2. Jikalau PKP dan darurat tidak dilaksanakan, sudah pastinya kes Covid 19 akan meningkat berlipat ganda dan mereka yang belum menerima vaksin seperti kanak-kanak sudah tentunya akan menghadapi risiko yang lebih tinggi dek kerana para dewasa di sekeliling mereka yang berkemungkinan besar menjadi pembawa virus tersebut.
3. – Sebagai umatNya, kita mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan kehidupan berdasarkan ajaranNya dalam harapan untuk masuk ke syurga di akhirat nanti.
– Sekiranya kita ingkar dengan melakukan jenayah seperti membunuh, mencuri dan sebagainya, sudah pasti Tuhan tidak dapat menerima tindakan tersebut dan ini akan menyebabkan sebahagian manusia untuk masuk ke neraka pada akhiratnya.