Pada 12 November 2020 (Khamis) yang lepas saya telahpun menyertai satu bual bicara bersama Professor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin yang telah dianjurkan oleh UTHM.
Bual bicara ini sangat menarik dan memberi pandangan baru kepada saya berkenaan perpaduan di dalam Malaysia dan apakah peranan universiti dalam membantu perpaduan negara ini. Bual bicara ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir bin Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTHM.
Sesi ini sangat bermanfaat dan saya sangat gembira kerana berpeluang untuk menyertai sesi seperti ini. Tahniah dan terima kasih kepada penganjur dan Prof Ulung!