Assalamualaikum wbt.
Kesinambungan dari post saya yang lepas, banyak institusi pengajaran telah mula mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam talian dengan menggunakan pelbagai platform. Bagi pelajar yang tidak mempunyai masalah dengan talian internet mereka, para pengajar kebanyakkannya akan menggunakan platform yang membenarkan pengajaran secara segerak (synchronous) seperti Google Meet, Webex, Zoom dan BigBlueButton. Manakala bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah talian internet, ramai pengajar yang mengambil inisiatif untuk menggunakan aplikasi media sosial yang telah biasa digunakan oleh para pelajar seperti FB live, Instagram live, Whatsapp dan Telegram. Dalam keadaan ini, para pengajar perlu menjadi kreatif untuk menggunakan kesemua platform ini demi menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Akan tetapi, para pengajar akan ada masalah untuk memastikan pelajar betul-betul mendapat ilmu yang ingin disampaikan. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah dengan memberikan kuiz untuk menguji ilmu yang telah dipelajari. Jadi, bagi para pengajar yang menggunakan Telegram sebagai medium pengajaran, disini saya ingin kongsikan tutorial untuk membuat ‘polling’ atau kuiz dalam telegram.
Klik disini untuk menonton tutorial tersebut.
Selamat mencuba dan semoga membantu!