As part of Izura’s PhD study on flood and architectural disaster-respond, AN/DS has came out with a design proposal for the development of permanent housing solutions for flood-prone areas. The PhD study has discovered that the flood-affected communities prefered to stay within their current inhabitant although it is uncertain if disasters may struck again in the future. Nonetheless, previous resettlement programs due to disasters initiated by some agencies, including governments and private stakeholders, were only successfull in deployment however had neglected the fundamental requirement for local livelihoods; creating ‘homes’ that brings a sense of place, sense of belonging and sense of cultural values for the communities.
The proposal is divided into two, one is to cater for houses built on the original land, the other is a new permanent resettlement for communities to relocate to. Both proposal intends to establish that post-flood recovery in architecture should be flexible to the habitant needs as well as to adapt with the chaging climate in order to create a resilient community in Malaysia.
The project description is described in Malay below:
Rumah TAMBAH
Asas. Fleksible. Responsif. Kos efektif. Teknologi.
1. Asas
Penyediaan elemen dan ruang untuk sebuah rumah yang asas bagi membolehkan penghuni menjalani kehidupan yang optimum setelah menghadapi banjir. Elemen pengudaraan dan pencahayaan turut diambilkira bagi memberi keselesaan kepada penghuni Rumah TAMBAH ini.
2. Responsif
Rekabentuk Rumah TAMBAH mengambilkira situasi sewaktu banjir dan pasca banjir bagi mengurangkan trauma serta kerugian yang dialami penghuni (mangsa banjir). Antara komponen rekabentuk yang responsif terhadap banjir adalah seperti:
Lantai tinggi dan boleh buka
Lantai aras bawah dibina lebih tinggi dari aras tanah sebagai langkah awal menangani banjir. Selain daripada itu, struktur lantai merupakan struktur yang boleh dibuka bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan pasca banjir.
Laluan kecemasan
Penyediaan laluan kecemasan adalah bagi membolehkan penghuni Rumah TAMBAH untuk keluar dari rumah ketika berlakunya banjir besar. Setiap unit Rumah TAMBAH dilengkapi dengan dua ruang/laluan kecemasan.
Ruang simpanan
Ruang simpanan diadakan berdasarkan ruang loteng yang terdapat pada rekabentuk kebanyakan rumah kampung. Ruang ini terletak di bahagian bumbung bagi menyimpan barangan seperti dokumen penting dan juga bekalan makanan ketika kecemasan.
3. Fleksibel
Rumah TAMBAH direkabentuk sebagai sebuah rumah yang fleksibel. Ia terbahagi kepada dua bahagian utama yang boleh dibina secara berperingkat. Bahagian pertama dibina pada peringkat awal menempatkan ruang-ruang utama seperti ruang tamu, ruang makan, dapur, tandas, bilik tidur. Bahagian kedua pula, cuma mempunyai kerangka asas seperti tiang dan rasuk bagi membolehkan pengubahsuaian di masa akan datang. Penghuni boleh memasang semula komponen-komponen bangunan dari rumah lama mereka bagi menambah keluasan rumah dan memberikan identiti kepada rumah baru. Secara tidak langsung rekabentuk jenis ini memberikan penghuni fleksibiliti untuk menaiktaraf status keluarga, setelah kemusnahan yang dihadapi ketika banjir.
4. Kos efektif
Rekabentuk yang cuma dilengkapi ruang-ruang asas (di peringkat pertama) di dalam Rumah TAMBAH membolehkan ia dibina dengan kos yang minimum. Pengubahsuaian boleh dilakukan mengikut keadaan ekonomi dan juga keperluan ruang bagi sesebuah keluarga. Sekaligus menjadikan Rumah TAMBAH sebagai rumah yang kos efektif.
5. Teknologi
Rumah Tambah dibina menggunakan teknologi pasang siap bagi membolehkan pembinaan dibuat dalam jangkamasa yang singkat.
If you are interested in engaging and working with us on your next project, please contact us at:
aimanmohdrashid@utm.my / izura@utm.my