Latihan CENTOS dan LDAP berlansung pada 1 Mac hingga 4 Mac 2020 bertempat di Perpustakaan, Bangunan Gunasama,Edu Hub Pagoh. Program ini dianjurkan oleh SIme Darby dengan kerjasama syarikat Uniti Runding.

Latihan ini dianjurkan bagi memberi latihan kepada setiap staf ICT di Edu Hub Pagoh untuk memantapkan pemahaman terhadap OS CentOS dan LDAP.

Antara  yang diajar adalah cara instalasi,konfigurasi dan penyelenggaraan sistem Linux dalam persekitaran rangkaian. Selain itu, para perserta di ajar teori dan praktikal berkenaan LDAP antaranya iaitu Data Information Tree,objectClasses dan attributes. LDAP
Interchange Files (LDIF), LDAP security, STRUCTURAL, AUXILIARY dan ABSTRACT
Object Classes, Schemas, ASN.

Diharap latihan yang diberikan dapat membantu kami ni Unit ICT untuk terus memberi khidmat yang baik kepada Universiti.