Ramai orang akan menetapkan azam apabila tiba tahun baru. Pernahkah kita terfikir apa agaknya azam tahun baru orang-orang berjaya. Adakah azam mereka sama seperti kita? Atau ada keunikan yang akan membantu mereka terus berjaya?
- Nyatakan matlamat, bukan resolusi.
Orang berjaya tak panggil pun azam tahun baru sebagai azam kerana mereka lebih menyukai ianya sebagai satu matlamat yang perlu dicapai dalam tahun tersebut. Matlamat yang ditetapkan akan dihuraikan dengan lebih spesifik dan memenuhi format SMART iaitu:
- S = Specific
- M = Measurable
- A = Attainable
- R = Realistic
- T = Timely
- Berhenti fikir tentang apa yang difikirkan oleh orang lain.
Sebab utama orang berjaya tak ambil berat pasal apa yang orang lain fikirkan kerana mereka tak mahu benda-benda seperti itu (terutama hal negatif) akan menghalang tindakan mereka untuk menjadi lebih maju.
Kalau tak maju, tak berjaya. Jadi, mereka akan fokus kepada matlamat berbanding hal sebegitu.
- Urus masa dengan baik
Masa adalah emas bagi orang berjaya. Setiap detik itu berharga dan ada menyamakan ia dengan nilai wang. Maka, penting bagi mereka menguruskan masa 24 jam sehari agar hebat dalam kerjaya dan kehidupan.
Disebabkan itu juga, perkataan ‘produktif’ sangat sinonim dengan orang berjaya di mana setiap waktu diletakkan had-had tertentu untuk aktiviti-aktiviti tertentu agar masa tidak terbazir begitu sahaja.
4.Luangkan lebih masa untuk keluarga.
Memang benar orang berjaya sepanjang masa sibuk. Tetapi mereka juga manusia yang memiliki keluarga. Jadi, keseimbangan kerjaya dan keluarga adalah penting dan ia simbol berjaya yang sebenar. Keluarga adalah penyokong dan punca seseorang mahu menjadi orang berjaya. Jangan diabaikan mereka.
“You spend with your family?”…”Good. Because a man who doesn’t spend time with his family can never be a real man.” – Don Vito Corleone/Godfather
Setiap tahun mereka akan cuba meluangkan lebih masa untuk bekerja dan dalam masa yang sama wang akan terus bekerja untuk mereka. Orang berjaya juga tidak mencampur-adukkan masa kerjaya dan masa bersama keluarga. Maka, tidak pelik jika mereka memilih untuk menutup atau silent telefon sewaktu bersama orang tersayang.
5.Ada ruang masa untuk relaks.
Ia adalah masa peribadi bagi orang berjaya. Kebiasaannya waktu sebegini memberi peluang kepada orang berjaya untuk mengecas semula tenaga agar produktiviti dan kreativiti mereka tidak terbatas.
Ruang masa rehat ini dipenuhi dengan aktiviti tidur sebentar, meditasi dan membaca kitab untuk kerohanian.
- Sihat sebelum sakit.
Orang berjaya tahu kesihatan itu penting dijaga dengan baik. Tanpa kesihatan yang baik dan stabil, segala perancangan dan matlamat akan terganggu kerana ia boleh mengganggu-gugat apa yang telah dan sedang dibangunkan oleh orang berjaya.
Maka, mereka akan fokus menjaga kesihatan secara keseluruhan termasuk kesihatan fizikal, kesihatan mental, dan kesihatan tubuh badan.
- Hidup terancang dan teratur.
Ini lebih kepada penyediaan persekitaran yang tersusun agar membantu menghindari orang berjaya rasa serabut selepas keletihan bekerja seharian. Persekitaran hidup yang terancang dan teratur ini penting bagi memastikan produktiviti di tahap positif dan memberikan ketenangan dan kejelasan pada pemikiran orang berjaya.
- Kuasai ilmu atau kemahiran baru.
Orang berjaya adalah orang yang hebat kerana pakar di dalam sesuatu perkara hingga membolehkan mereka mencapai kejayaan. Disamping kepakaran, orang berjaya mempunyai semangat untuk belajar dan kuasai ilmu atau kemahiran baru yang akan memberi nilai tambah di dalam kehiduan mereka.
- Mencari mentor atau rakan kongsi yang bertanggungjawab.
Sebelum seseorang menjadi orang yang berjaya, dia adalah orang biasa yang mahu mencapai keluarbiasaan. Bagi memenuhi matlamat tersebut, orang sebegini akan mencari dan berkawan dengan orang yang telah berjaya.
Bagi mereka yang telah berjaya pula, pembentukan perhubungan dengan mentor atau rakan kongsi yang bertanggungjawab akan membantu mereka bukan sekadar menjadi orang berjaya tetapi orang yang hebat.