Ikut la Sunnah, Rasulullah banyak berpuasa
IF ialah Intermittent Fasting. Telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah DIeT terbaik. Bukan nak sangkal pasai Paleo Diet, Atkins , Mediterranean etc.. tapi my personal opinion, kita ada sunnah .
Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa, dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.
Nak buat puasa Nabi Daud , macam tak mampu. Sebab iman nipis. Setiap hari ada pasar malam , pasar rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan.Macam 20 tahun x makan. Padahal baru minggu lepaih pi beli. Kan kan. Sape sentap memang kita sama la.
Intermittent Fasting, usus kita rehat dalam 12-14 jam
IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12 – 14 jam. So terpulang u olls nak mula jam bape. Kalau start 630 pm, esok jam 930 am baru breakfast.
Kalau 830 malam – 1130 pagi baru start makan/breakfast.
Apa kebaikan IF?? Banyak!! Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”
Biar betul Doktor? Ianya terbukti dalam kajian
Betul. Inilah yang saya sudah dan telah jalani selama lebih kurang 10 bulan. Waktu terakhir kami makan malam ialah jam 630 pm.
‘Berpuasa’ dalam ertikata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD” di siang hari anda, akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK Kilo!
Di dalam Journal Cell Metabolisme , kajian telah dilakukan ke atas 2 kumpulan tikus yang diberi Diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari,
Kumpulan Pertama dibenarkan makan & makan malam dan siang (Healthy,controlled diet ) dan kumpulan Kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan:
“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (Lean Muscle) dan kumpulan Pertama yang makan & makan selama mahu menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”
Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16?jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 930 /1030pagi!
Latih diri puasa 12 jam dulu, kemudian baru puasa 14 jam
As newbie – Kak Siti advice buat 12 jam dulu . Ie kita start last dinner kul 630 pm, esok bekfes 630 pagi.
Bila dah ok ,buat 14 jam . Ie 630 pm dinner dan 830 am bekfes. Lepas tu, teruskan perjuangan 16 jam .Ie dinner 630 pm , bekfes merangkap lunch kul 1030. Sebaiknya 14-16 jam berpuasa .
Its fleksible. Buat ikut keperluan. Cth, smlm ada kenduri makan kul 830 pm, esok tu tak payah bekfes, terus lunch!
Lapar ? In between tu , anda boleh untuk
- Minum air masak
2. Minum air garam – garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral
3. Green Tea
4. Coffee
5. Tea
No 3,4,5 semua without sugar or susu. Kang Kak Siti cakap tak boleh gula, boleh la pi mamak mintak teh sarbat! Abab nanti!
Dalam pada itu, IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan insulin, rasa malas, craving, ketagihan, tabiat rasa nak mengunyah yang tak habis habis tu.