Waktu Sesuai Melaksanakan Solat Sunat Hajat

Solat sunat hajat boleh dilakukan pada siang dan malam.

Terutama apabila ada suatu hajat yang baik untuk dipohon kepada Allah SWT.

Namun lebih afdhal jika:

— ia dilakukan pada waktu tengah malam sama ada pukul satu, dua atau tiga pagi.

Setelah bangun daripada tidur terlebih dahulu hendaklah solat tahajjud.

Kemudian dibacakan al-Fatihah sekali untuk dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, arwah kaum muslimin muslimat dan arwah ibu bapa.

Selepas itu barulah dimulakan solat sunat hajat ini.

Lafaz Niat Solat Hajat

Setelah bersedia dengah wuduk, mulakan solat sunat hajat dengan lafaz niatnya:

niat solat sunat hajat                      Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala 

                      Maksudnya:  Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala

Jumlah Rakaat Solat Sunat Hajat

Solat ini dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-sebanyaknya 12 rakaat.

Solat hajat paling afdal ialah 12 rakaat, 6 kali salam.