Memasak
Ha, bagi yang selalu mengadu tidak ada masa untuk memasak di rumah sebelum ini, inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Hampir sebulan PKP dilaksanakan, anda bolehlah mula mencuba resepi-resepi yang selama ini hanya mampu kongsikan di wall anda sahaja. Lagipun, homecooked food biasanya lebih sedap dan bolehlah diolah agar betul-betul menepati cita rasa anda. Anak-anak pun suka! Berikut merupakan akaun-akaun Instagram dan Facebook page yang boleh anda follow untuk resepi-resepi awesome yang anda boleh cuba :
– Khairulaming
– Marion Grasby
– Yatie Kitchen


Bersenam
Siapa kata bersenam hanya boleh dilakukan di luar rumah? Terdapat banyak senaman ringan yang boleh anda lakukan di dalam rumah, terutamanya senaman yang menggunakan berat badan sendiri seperti angkat berat, tekan tubi dan sebagainya. Bersenam di rumah juga baik untuk kesihatan, terutamanya untuk mereggangkan otot-otot setelah jenuh scrolling screen telefon bimbit anda sehari-harian untuk kekal up-to-date dengan isu-isu semasa.
Bagi mereka yang baru berjinak dalam bidang senaman, anda boleh membuat senaman ringkas seperti naik turun tangga (contoh, naik turun tangga sebanyak 10 kali). Selain bersenam secara langsung, anda boleh mengeluarkan peluh dengan cara lain seperti bercucuk tanam, mencuci kereta (walaupun anda tidak pergi ke mana-mana pun, anggap sahaja sebagai ‘senaman’ hehe), sapu dan mop lantai dan sebagainya.
Belajar Skil Baru
Masa yang terluang juga sebaik-baiknya dimanfaatkan dengan mempelajari skil baru, bak kata pepatah, menuntut ilmu biarlah sampai ke negara Cina. Namun jangan risau, anda tidaklah sampai perlu pergi ke China untuk menuntut ilmu (not until COVID-19 settle, at least). Apa yang boleh anda lakukan ketika PKP ini adalah dengan menyertai kursus-kursus di atas talian. Antara website atau portal yang boleh anda terokai adalah seperti Youtube, Courserra dan sebagainya. Bukan itu sahaja, Amazon turut memberi akses percuma kepada buku dan audio stories untuk kanak-kanak yang boleh diakses melalui pautan ini. Dengan itu, anda dan anak-anak pastinya dapat memenuhi masa terluang dengan lebih bermanfaat.