Lukisan Dasar Laut Sekolah Rendah | Cikimm.com

Penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari tahun depan seperti mana dimaklumkan Kementerian Pendidikan sebelum ini.

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata,semua murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada tarikh berkenaan.

Katanya, bagi sekolah menengah pula, murid Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh sama.

Murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara home-based learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Sesi pembelajaran secara bersemuka akan bermula pada 8 Mac 2021.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga membuat keputusan untuk meminda tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 22 Februari 2021.

Manakala, peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula akan bermula pada 8 Mac 2021.