Cara Buat Dan Masak Resepi Sotong Phat Phet Ala Thai - Eresepi

CARA BUAT DAN MASAK RESEPI SOTONG PHAT PHET ALA THAI

Berikut dikongsikan cara menyediakan Resepi Sotong Phat Phet Ala Thai untuk memudahkan anda memahami resepi tersebut. Bahan-bahan dalam penyediakannya senang diperolehi di pasaraya berdekatan anda. Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah..

Bahan-bahan A (Kisar/blender kasar)

  • Cili api/cili merah ikut kepedasan sendiri
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Belacan
  • Lada hitam letak sedikit saja
    (Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti sotong)

Bahan-bahan B

  • Sotong
  • Asam keping
  • 1 batang serai (titik)
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun limau purut
  • Bahan Sayur
  • Kacang panjang
  • Carrot
  • Bunga kobis

CARA BUAT DAN MASAK RESEPI SOTONG PHAT PHET ALA THAI

Langkah 1
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yang dititik sehingga naik bau dan pecah minyak.

Langkah 2
Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air (jangan terlampau banyak).

Langkah 3
Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula.

Langkah 4
Akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis. Kacau rata dan biarkan layu sedikit,

Langkah 5
Angkat, siap dan hidangkan dengan nasi panas.