PUTRAJAYA – Genap setahun berperang dengan Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk terus berjuang.
Menerusi video tribute khas untuk barisan hadapan yang dilancarkan pada Khamis, beliau berkata, di saat sedang mendepani pandemik tersebut bukan masa untuk menuding jari mencari salah. Sebaliknya teruslah dengan matlamat yang sama memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit yang memerlukan.