Tidak seperti makhluk yang lain, manusia memiliki kuasa unik yang tiada batasannya,
yang luar biasa, dan tidak dapat diambil oleh orang lain. Ia adalah kuasa besar di
bawah kawalan manusia. Ia juga adalah kuasa yang menentukan kedudukan sesebuah
tamadun bangsa, tahap kemajuan, dan kemakmuran – itu adalah kuasa berfikir.
Yang paling hebat adalah kuasa pemikiran positif. Ia membuka pintu untuk pencapaian,
kejayaan, kegembiraan dan kemakmuran. Kualiti pemikiran anda menentukan kualiti
sikap, disiplin dan tindakan anda.
Pemikiran adalah benda. Pencapaian atau kegagalan timbul dari pemikiran. Apa yang
kita fikirkan; terhasillah buah fikiran. Kekayaan dan kegembiraan atau kesedihan
bermula dalam minda. Dengan itu, buah fikiran menentukan kemenjadian anda dan
kualiti kehidupan anda.
Dr. Joyce Brothers berkata, “Kejayaan adalah pernyataan pemikiran. Jika anda ingin
berjaya, mulalah dengan berfikir diri anda adalah yang berjaya.”
Apabila anda mengawal pemikiran anda, anda juga mengawal perasaan, sikap dan
tindakan anda. Pemikiran positif akan membawa kepada sikap positif yang akan
membuatkan anda individu yang berkualiti.
Menurut beliau lagi, orang yang pesimis adalah orang yang menjangkakan keburukan
yang bakal ditemui dalam kehidupan. Orang yang begini lebih banyak fokus kepada
apa yang salah, dan lupa tentang ada yang benar selain dari salah.
Pemikiran positif membuatkan anda lebih tabah dan sanggup berusaha lebih untuk
mencapai kejayaan. Pemikiran negatif melemahkan semangat anda dan
menghilangkan harapan anda, menjadikan anda tertekan dan terpesong dari apa yang
telah dirancang.
Walau bagaimanapun, kehidupan anda bukanlah dinilai dari apa yang anda fikirkan,
impian, dan perancangan. Ia dinilai dari hasil apa yang difikirkan, impian dan
perancangan; ia dinilai dari apa yang anda capai.
Sebenarnya pemikiran positif dan sikap positif tidak dapat menjamin pencapaian dan
kejayaan. Pemikiran positif dan sikap positif seharusnya digabungkan dengan usaha,
perasaan positif, tindakan positif, dan semua in akan meningkatkan kemungkinan untuk
berjaya.
kita dapat menguasai kehidupan.
Dr. Peter Koestenbaum berkata, “Apabila seseorang dalam kesedihan, saya tidak
menasihatinya dengan, ‘lupakan saja’, ‘masa akan mengubati’ – ini adalah nasihat yang
menafikan integriti pengalaman pahit itu. Saya akan menasihati dengan memberitahu,
‘Fikir sedalam-dalamnya. Ingatkannya sebagai satu sumber penting untuk pengetahuan
dan panduan dalam hidup. Dengan begini anda akan berani menghadapi dengan
tabah.”
Apabila kita menghadapi masalah dalam kehidupan, terdapat banyak cara untuk
menanganinya secara positif.