1. Rosken Dry Repair Skin Dry Skin Lotion

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Losyen dari Australia ini diperkaya dengan kandungan vitamin E yang bukan sahaja boleh melembabkan semula kulit kering, malah boleh melindungi kulit dari bahaya persekitaran.

Ciri-ciri;

Losyen ini dapat menghasilkan lapisan perlindungan yang mengelakkan kulit daripada kering.

Dengan tekstur tidak melekit, sesuai digunakan pada kulit normal hingga kering kerana boleh melegakan kulit.

Boleh dipakai hari-hari setiap kali jika kulit rasa kering malah sesuai juga jika kulit gatal-gatal disebabkan kulit kering. 

Review;

‘Tak melekit langsung. Bau pun sedap dan kulit rasa lembut je lepas pakai. Memang sesuai untuk kulit kering dan mengelupas,” productnation.

2. Nivea Body Lotion – Repair & Care

Losyen dengan tekstur seperti susu jenama Nivea ini diformulasikan khas untuk yang mengalami masalah kulit terlampau kering. 

Ini kerana mengandungi minyak avokado, Intense Moisture Serum dan dexpanthenol yang menguatkan lapisan perlindungan kulit. 

Jika digunakan dengan konsisten selama 2 minggu, anda dapat rasai keberkesanannya di mana kulit lebih selesa dan tiada lagi ketegangan hingga 72 jam.

3.Vaseline Intensive Care Body Lotion Advange Strength

Produk keluaran Vaseline ini boleh membaiki kulit kering yang degil kerana dapat menjadikan kulit lebih lembab dalam masa 5 hari jika digunakan dengan konsisten. 

Bukan itu sahaja, turut melembutkan dan menyihatkan kulit di seluruh tubuh termasuk tangan dan siku yang kasar dan merekah. 

Bahan yang terkandung dalam losyen ini akan meresap jauh ke dalam kulit untuk membentuk lapisan perlindungan. 

Yang penting, sesuai digunakan pada kulit sensitif dan rengsa sekaligus mengurangkan tompokan kering pada kulit.