Taklimat NC dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri UTM 2022 diadakan pada 12 Mei 2022 ( Khamis)

Setelah beberapa tahun sambutan hari raya aidilfitri tidak diadakan kerana pandemik Covid 19 alhamdulillah tahun ini dapat meraikannya. Diraikan dengan suasana yang meriah di Dewan Sultan Iskandar UTM. Taklimat NC bermula pada 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi . Selepas taklimat Naib Canselor berakhir , staf-staf mula membanjiri khemah-khemah yang menyediakan juadah-juadah hari raya dari pelbagai jabatan dan fakulti di UTM.